Pages

Maha Mendengar by Halim

Assalamu'alaikum

Selamat mendengarkan single seterusnya daripada saya, sebuah lagu yang indah tentang kita sebagai seorang hamba yang sentiasa memerlukan Allah tak kira di masa susah mahupun senang. Banyakkan berdoa & memohon hanya kepadaNya. Terimalah, MAHA MENDENGAR :-)



Maha Mendengar
Lagu/lirik/susunan muzik: Halim
Hakcipta Neurotic Studio (2012)



Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA

Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama

Ya ALLAH
Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan

Ya ALLAH
ENGKAU Maha Memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH....

Update Terbabas!!! Show di Thailand 2012

Assalamu'alaikum semua,

Hmmm...tak tau nak start dari mana..Ada banyak perkara nak cerita..Sangat banyak..Antaranya?

1) 25-27 Februari 2012 - Pergi Thailand, show dengan UNIC
2) 27-29 Mac 2012 - Pergi berjalan-jalan di Bandung, Indonesia
3) 26-30 April 2012 - Pergi berjalan-jalan & urusan kerja di Seoul, Korea
4) 6 Mei 2012 - Pelancaran Album Devotees 336

OK saya bahagikan cerita mengikut lokasi ye. Untuk post kali ni kita cerita tentang..........


THAILAND (25-27 Feb 2012)

Ke sana bersempena show UNIC dan memandangkan Fadzli UNIC tak dapat join untuk show sesi siang 25hb, jadi diorang minta saya jadi sessionist. Untuk pertama kalinya menjejakkan kaki ke Thailand, bezanya kali ni bukan dengan kumpulan sendiri tapi dengan group orang lain la pulak. Bertolak dari KL ke Kedah jumaat malam (24hb) dan sabtu pagi (25hb) berkumpul di rumah Fakhrul sebelum penganjur datang jemput untuk terus dibawa masuk ke Thailand (ayat macam kena seludup)

Pagi lebih kurang jam 10 lebih dah melepasi sempadan negara, menuju ke Yaala dan singgah sebentar beli sarapan. Gambar bersama Abg Duan Saufee selaku PR, Fakhrul, dan Bazli


Sampai di Yaala tengahari tu kami terus menuju ke pejabat kerajaan untuk sesi taklimat dengan penolong pegawai pentadbiran di sana. Belum sempat kenyang sarapan dalam perut tadi kami dijamu pulak dengan makan tengahari. Betul kata budak2 UNIC, show kat Thailand ni perut memang tak sempat lapar.

Lokasi persembahan petang tu adalah di sebuah universiti yang sebahagian besar pelajarnya beragama Islam. Persembahan dimulakan sekitar jam 3.30 ptg oleh kumpulan-kumpulan nasyid Thailand. Tahu tak, honestly saya sangat merendah diri kerana saya agak orang-orang Thailand tak kenal kumpulan Devotees, tapi once kitorang first sampai dewan show tu untuk sessi soundcheck, budak2 nasyid Thailand tu salam dan ada yang tegur "Eh, kumpulan Devotees kan?"..WOW..! Sy dah mula sedikit confident dan tak sangka betul lagi kata budak2 UNIC yang Devotees dah memang dikenali di Thailand. Bukan setakat diorang kenal saya je, malahan ada salah satu group situ gak yang akan perform lagu Devotees, Sahabat pada persembahan yang sama.

Selesai persembahan UNIC sessi pertama, saya mengambil giliran untuk muncul sebagai special appearance dalam lagu Sahabat yang dibawakan oleh kumpulan Ihsan. Memang rezeki diorang la tak sangka nak perform lagu Sahabat tetiba penyanyi asalnya ada pulak (ayat angkat diri..hihi)

Persembahan petang tu memang happening dan walaupun di Thailand, tapi kita bebas bercakap dalam bahasa melayu sebab memang hadirin yang datang juga bertutur dalam bahasa melayu kelantan. Jadi takdelah masalah komunikasi. Malahan sewaktu saya diperkenalkan pada sessi pertama, bila saya cakap saya kumpulan Devotees & nyanyi sikit lagu Tika Dinihari, semua hadirin sambung nyanyi dan tepuk tangan..WOW LAGI! Memang sambutan cukup mengharukan.

Habis semua persembahan ada la sessi autograf dan fotografi. Keadaan waktu tu memang sangat luarbiasa, terasa macam diri ni Maher Zain plak. Maklumlah, kita datang sebagai artis luar negara yang diundang khas dalam konsert yang memang tiket confirm sold out, ada la peminat2 yang separuh histeria, kami dikawal ketat dan rasa terharu kian melambung-lambung. Memang best masyarakat Islam di Yaala!

Petang tu kami dibawa makan (makan lagi) di sebuah restoran seafood yang permai dan masakannya memang terbaekkk. Tengok gambar di bawah ni. Ni kenalan baru saya. Mula-mula ibunya (besan kepada pemilik restoran) yang bagitau saya anaknya sangat meminati Devotees. Dia ni pun mula-mula sembang nampak pemalu, lepastu baru dia cakap memang minat Devotees dan juga follow semua karya-karya saya. Siap hafal lagu Message Undelivered, Dalam Sujud Cintaku, etc. Time tu gak gua macam dah nak menangis sebab dos terharu tu dah tahap membuak-buak. Tak sangka sangat-sangat muzik kita bukan setakat didengari oleh segelintir Malaysian yang tahu, tapi rupanya kat Thailand ni ha pun dia follow. Alhamdulillah, sedikit sebanyak semangat saya terus bangkit untuk tak jemu berkarya. Oh ye, udang bakar yang disajikan petang tu memang superbmarvellousdelicous! Nyum--nyum---


Kawan baru saya di Yaala, Thailand


Habis makan kitorang pun dibawa ke Pattani untuk bermalam di sana. Saya sebilik dengan Fakhrul dan malam tu disebabkan hotel tu hotel orang Siam, internet pun takdak, kompas pun takdak, langsung takde petunjuk arah kiblat, kami pun pakai ijma' jelah arah kiblat, dan esok paginya tengok matahari terbit, confirm memang tepat kiblat tu..hohoho (ketawa bangga & bersyukur)


Bergambau depan Gardens Hotel, Pattani


Pagi ahad kami bersarapan di sebuah kedai makan yang sangat banyak pilihan makanannya. Tengok jelah gambar di bawah ni. Pagi2 tengah lapar nampak semua benda nak dimakannya

Lauk yang sangat beraneka dan memang sesedap mata memandang, sedap lagi bahu memikul...emmmmm...


Bangunan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Pattani Thailand. Kalau sesapa nak kahwin kat Thailand, sinilah tempatnya. (Dah takde masalah pasni..ngeh3)


Lepas bersarapan kami singgah di Majlis Agama ni dan lihat ada kursus kahwin sedang berlangsung. Dalam kawasan yang sama ada madrasah yang dah berusia berpuluh tahun. Sempatlah beramah mesra dengan Mudir (pengetua) dan mohon doa & keberkatan ulama'2 di situ.

Balik hotel, bersiap untuk ke Kampung Hapekebendantahtakingatnamanya yang terletak di suatu tempat (pun tak ingat namanya). Di sana katanya ada karnival sekolah tadika dan sekolah rendah Islam. Jadi kehadiran UNIC ni sememangnya satu acara yang ditunggu-tunggu oleh penduduk.

Memang betul pun, sampai kawasan tu dengan diiringi bunga manggar, semua penduduk dan pelajar sekolah berbaris mengalu-alukan kedatangan kami, adik2 kecil comel bagi bunga setiap sorang, pastu kami dibawa berkunjung ke satu-satu booth yang ada di situ yang diusahakan oleh pelajar-pelajar sendiri. Seterusnya selain dihiburkan oleh kumpulan-kumpulan nasyid sekolah, kami sempat juga promo 2 lagu untuk ajak hadirin datang ke konsert yang akan diadakan pada malam tu di Pattani.


Ini makannya! Nampak macam simple, tapi mashaAllah memang sedap sangat2.


Bergambar dengan Ust Uthman dan kumpulan nasyid popular Thailand, Intifadhah


Balik dari karnival tu kami dibawa lepak tepi pantai sementara menantikan Fadzli UNIC sampai dari KL. InsyaAllah show malam tu dia dapat join, dan saya sememangnya berharap dapat turut sama jadi penonton menonton persembahan UNIC, tapi pihak penganjur saje je dah bagitau siap-siap "Abdul Halim, nanti male (malam) nyanyi samo (sama) denge (dengan) kumpule (kumpulan) Ihsan ye..". Wahaha..Ingatkan boleh relaks2, sekali kena perform gak la. Takpe, demi mempromo Devotees I ok jerrr..Cuma yang cuaknya bukan nyanyi lagu Sahabat je, kena gak nyanyi Menanti Di Barzakh. huhu

Lepas Fadzli sampai kami pun dibawa ke tempat penginapan malam ni yang merupakan sebuah chalet tepi pantai. Uhh best best! Ada swimming pool, dan lepas bersiap2 kami terus keluar ke tempat show. Sempat lagi singgah makan dan semestinya rasa yang sangat2 puas hati.

Disebabkan saya datang tanpa membawa sehelai pun baju ala-ala nasyid, jadi kumpulan Ihsan bagi la terus sehelai baju mereka as compliment. Hehe, rasa lamanya x show pakai macamni. Cuba komen, comel ataupun tidak gambar ni?hehehehehe

Muka nerd tak bole bla~


Habis show malam tu dekat jam 1 pagi jugak. Masing2 dah penat dan balik ke Chalet terus collapse.

Keesokan pagi hari isnin kami bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Malaysia, dan sempat gak singgah makan (makan lagi) di rumah salah seorang anggota kumpulan Intifadhah. Macam-macam lauk ada. Daripada nasi pulut ayam sampailah ke nasi dagang warna merah. Pagi tu lepas acara touching2 kami pun terus menuju ke sempadan.

Dari kiri cepaaatt jalan ! Eh tak, dari kiri: Abg Rusdee, Halim UNIC :p Pakcu, Ust sapentah, dan Fakhrul


Rindu dah nak balik Malaysia sebab saya pun sebenarnya jadi bidan terjun di saat-saat akhir PR UNIC sungguh2 mintak saya replace tempat Fadzli. Jadi dalam kesibukan saya ikut gak UNIC walhal weekend tu sebenarnya Devotees sendiri ada show di Jom Heboh Melaka. Tapi takpe sebab saya membawa misi untuk memperkenalkan nama Devotees di sana.

Sebelum melepas sempadan, kami berhenti di Danok untuk makan lagi dan melihat2 suasana sempadan. Ternyata memang seperti yang diperkatakan banyak pusat pelacuran sampaikan pusat karaoke pun dinding kedainya dihiasi gambar lucah. Penuh kawasan tu dengan 'ayam-ayam' aneka corak, warna dan perisa. Cewaahh. Takut gak nak pandang diorang lama-lama pasal saya tak bawak duit Thailand. Haha, xlah. Risau diorang datang tanya-tanya pasai apa usha diorang plak kan.


Yang berbaju hijau ni kami panggil Ayah Chik, seorang ahli perniagaan yang kaya dan dermawan. Sangat support nasyid dan baik betul menjaga kami di sana


Jadi tamat sudah kisah perjalanan sepanjang di Thailand 2012 ni sempena persembahan dengan kumpulan UNIC. Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu yang ditimba, thanks to UNIC dan semua warga Yaala & Pattani yang selalu menyokong dan membantu di sana. Mudah-mudahan ada rezeki dapat datang show dengan Devotees plak. 

Korang nak dengar lagi cerita? OK Sambung next post ye insyaAllah.

[Album Terbaru 2012] - DEVOTEES 336 !



Assalamu'alaikum semua,

Maaf sangat2 sebab dah lebih sebulan tak update. Memang saya sangat2 terhad masa untuk masukkan cerita2 terbaru. Secara ringkasnya posting kali ni nak promo album terbaru Devotees yang bakal dipasarkan bermula 6 Mei 2012 ini.

Judul album iaitu Devotees 336 ini menghimpunkan 336 bunyi-bunyian asas 29 huruf hija'iyyah yang merangkumi bunyi mad, tanwin, sukun, dan sabdu. Sebuah album yang saya kira penuh dengan eksperimentasi muzik yang Devotees sendiri tak pernah cuba sebelum2 ni, macam2 genre ada seperti african style, pop dance, portuguese style, cartoon musical, dan macam wali band pun ada. Semuanya lagu berentak catchy dan memang tak rugi dibeli dengan harga RM 22.

Kenapa tak rugi? Sebab yang pertama, semua lagu menjanjikan keunikan dan kepuasan mendengar yang tersendiri. Sebab yang kedua selain berhibur anda juga dapat belajar atau kalau dah tahu kita dapat mengulangkaji dan perbaiki sebutan asas bagi setiap huruf, mengikut harkat (panjang/pendek) yang betul.

Sebab yang ketiga pula ialah anda sebenarnya telahpun melakukan sedekah yang sangat2 disukai oleh Allah lebih2 lagi kerana setiap RM1 yang diambil dari pembelian album ini akan disalurkan kepada Yayasan Al Baghdadi sebagai dana untuk mengajar tajwid & al Quran kepada saudara baru, anak-anak yatim, dan masyarakat orang asli. Jadi bayangkan hanya dengan RM 22 anda dapat membantu ramai org lain belajar al Quran, dan kalau mereka dah pandai mereka akan solat, baca Quran, dan setiap huruf yang mereka sebut itu pahalanya mengalir juga kepada anda. Senang kan nak dapat pahala jariah hanya dengan modal RM 22?

Jadi semoga kelahiran album ini akan dapat memberi manfaat kepada semua, sebab kalau kita download percuma di internet, youtube, dan lain2 sumber, anda cuma akan dapat dengar sahaja, tapi tidak melakukan amal jariah hanya kerana sayangkan RM 22. Rugi kan? Kami Devotees amat berharap usaha2 murni sebegini tidak diambil kesempatan oleh orang Islam sendiri kerana usaha ini untuk membantu Islam sendiri, jadi kalau anda sendiri yang memusnahkannya maka apalah beza kita dengan orang Israel, betul tak?

Jangan lupa 6 MEI 2012 album akan mula dipasarkan, pelancaran juga pada tarikh yang sama di PWTC jam 12 tghr di pentas utama. Boleh dapatkan terus daripada kami siap dengan tandatangan dan poster. Semoga Allah membalas jasa anda semua yang membaca posting ni dan disebarkan kepada orang lain, dan lebih2 lagi doa saya untuk anda yang beli album ni yang original :) Terima kasih.

Winter in Beijing (2012) Part 5 - The Great Wall China

Bismillah...

Sambungan Winter in Beijing (2012) Part 4 - Silk Factory & The Summer Palace...

Hari ke-3 di Beijing, China. Pagi ni seperti biasa bangun dan bersiap2, setelah bersarapan di bilik kami pun mula berkumpul di lobi hotel. Destinasi utama hari ini tak lain dan tak bukan iaitu Tembok Besar China atau The Great Wall of China. Semua dah tak sabar-sabar ni nak pegi tengok binaan yang diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia.

OK apa-apahal pun macam biasa sebelum nak ke sana tu pastinya kita akan lalu dan singgah di beberapa tempat lain dulu. Pagi ni kami singgah di Jade Museum terlebih dahulu untuk melihat-lihat macamana proses pembuatan produk berasaskan batu jade. Pernah tengok x? Ha jom tengok!


Ukiran patung Terracotta yang diukir daripada jade 


Kuda-kuda jade. Nampak x harganya tu? 2300 Yuan lebih kurang RM 1150 


Bantal diperbuat daripada kombinasi batu-batu jade yang kecil


Bantal diperbuat daripada seketul batu jade. Walaupun diperbuat daripada batu tapi tetap boleh bikin tidur nyenyak di samping untuk tujuan kesihatan


Salah seorang pekerja menerangkan tentang kebaikan penggunaan batu jade dalam kehidupan seharian selain menunjukkan beza antara batu jade asli dan yang palsu. Yang original bunyinya padat dan yang palsu bunyinya lebih berdenting 

video
Video 1 - Harry menerangkan cara pemakaian gelang jade


Antara koleksi batu jade yang dijual di sini 


Bergambau jap dengan bapak dan anak-anak Terracotta ni. Harga yang bapak ni mencecah ratusan ribu ringgit la der~


Inilah dia mesin yang digunakan untuk mengukir batu jade


Antara ukiran batu jade yang dipamerkan di sini. Buatannya sangat halus dan cantik


video
Video 2 - Keluar dari kilang jade


Baiklah seterusnya kami masih lagi tak terus ke Tembok Besar China tapi kami dilencongkan ke Shuijing, iaitu kilang kristal pulak. Kristal ni salah satu unsur bumi yang lebih kurang berlian (diamond) dan boleh dijadikan perhiasan alternatif menggantikan berlian kerana harganya lebih murah tapi kualitinya sangat bagus.


Shuijing 


Pengenalan tentang kristal


Kristal mempunyai banyak warna dan setiap warnanya dikatakan mewakili emosi dan personaliti manusia yang berbeza-beza. Warna oren untuk persahabatan, kebahagiaan dan kekeluargaan. Warna kuning untuk orang yang optimis, matang dan fokus. Hijau mewakili semulajadi, seimbang, dan penyembuh. Biru pula kepercayaan, kejujuran, kesabaran, dan ketenangan. Ungu simbol kreatif, berhikmah, dan pengetahuan diri. Merah jambu pula sudah tentunya cinta, romantis, dan pengubat. Merah sebagai orang yang bertenaga, cinta sejati dan keinginan yang kuat. Hitam melambangkan pelindung, kuasa dan pemelihara, selain putih yang pastinya melambangkan kesucian, bersih, dan tidak bersalah...? (innocence).

Setibanya di sini kami terlebih dahulu dibawa masuk ke bilik tayangan yang menceritakan tentang asal usul dan segala informasi berkaitan kristal. Akhir sekali kami dibawa masuk ke ruang pameran yang mempamerkan pelbagai produk berasaskan kristal termasuklah yang dibawah ni...


 Cermin mata diperbuat daripada kristal jernih. Agak berat cerminnya tapi selain berfungsi melihat dengan lebih jelas ianya juga dalam masa yang sama meneutralkan sel-sel penglihatan (Kononnya nak cakap boleh bantu perbaiki penglihatan, tapi buat ayat sendiri camgini cambest gak..ada bunyi cam medic sket..hehe)


Kristal merah sangat besar walawehhh~


Ruang pameran kristal 


Kedai cenderahati yang terdapat di tingkat bawah kilang kristal. Selain menjual produk berasaskan kristal, terdapat juga banyak produk cenderahati yang lain



Seterusnya kami masih lagi tak terus ke Tembok Besar China tapi kami singgah makan tengahari dan solat di The Golden Palace, sebuah kilang produk diperbuat daripada gangsa yang terdapat restoran di dalamnya.

Jin Dian Cloisonne Factory yang merupakan kilang pembuatan produk daripada gangsa. Terdapat restoran di dalamnya iaitu The Golden Palace 


Ruang makan utama di tingkat atas. Restoran ini menyediakan makanan halal, jadi ramai lah pengunjung beragama Islam terutamanya dari Malaysia yang singgah makan di sini sebelum ke Tembok Besar


Di tingkat bawah boleh lihat proses pembuatan pasu daripada gangsa dan lain2, tapi x dibenarkan ambil gambar. Jadi cuma boleh ambil gambar produk yang dah siap untuk dijual sahaja. 


Semua ini diperbuat daripada gangsa. Harganya agak mahal.


Bergambar kenangan dengan pasu terbesar di situ diperbuat daripada gangsa. Harganya memang ratusan ribu ringgit la der~


Antara produk yang dibuat fresh di sini. Menarik kan?



video
Video 3 - Makan ais krim


Ya akhirnya kami selesai makan, bersolat, dan bershopping lebih kurang di The Golden Palace dan kini tibalah masanya menuju ke destinasi utama kita iaitu Tembok Besar China. OK sedikit latar belakang tentang Tembok Besar China. Ianya merupakan binaan terpanjang dalam sejarah tamadun manusia, dan dikatakan kalau dari angkasa lepas kita cuma boleh nampak 2 binaan sahaja iaitu yang pertama Tembok Besar China ni dan satu lagi saya tak ingat apa dia. Tembok sepanjang lebih kurang 6259.6 Km ini telah dibina sejak sebelum masihi lagi menggunakan bahan-bahan semulajadi. Panjang aih kalau nak story pasal benda alah ni. Kalau rajin sila baca di Wikipedia :)

Dalam perjalanan menuju ke Tembok Besar China ni Harry sempat menceritakan beberapa perkara. Antaranya dikatakan barangsiapa yang berjaya menaiki Tembok Besar China, dia dikira sebagai pahlawan. Kalau kita sampai di tapaknya sahaja pun sekarang ni dah dikira sebagai pahlawan sejati. Jadi kalau sesiapa yang dah sampai tu akan diberikan (sebenarnya kena beli) sijil sebagai bukti kita adalah perwira sejati. Cewahh..

Selain itu juga, Harry kata di Tembok Besar China menjadi tempat bukti cinta bagi pasangan suami isteri, iaitu pasangan yang baru berkahwin akan datang ke sini dan membuang cincin sebagai lambang cinta selama-lamanya dan mereka tak akan berpisah. Kalaulah ditakdirkan jodoh x panjang, mereka kena datang semula ke sini dan cari cincin tu sampai dapat.

Info sampingan : Hal ini lebih kurang sama dengan sebuah tempat yang dinamakan sebagai Padlock Bridge yang terdapat di Estonia. Ada sebuah jambatan yang terdapat pagar, di situ ramai pasangan datang dan melekatkan mangga yang tertulis nama mereka dan pasangan dan kemudian anak kuncinya akan dibuang ke dalam sungai. Ini juga untuk membuktikan cinta sejati yang selama-lamanya. Kalau nak berpisah kena terjun balik cari kunci yang mana 1 sampai jumpa. Gilerr...


Padlock Bridge di Estonia (Gambar kredit to dsphotographic.com)



video
Video 4 - Tiba di Tembok Besar China


Bergambar kenangan dengan para jemaah di tapak parking bas di kaki Tembok Besar China


Nampak macam panas kan? Ketahuilah sebenarnya suhu dibawah sini sahaja dah bawah 0 darjah celcius. Sejuk ya amat yoo~ 


Ada macam rupa sapa ek..? Superman? Ish..malu la saya camtu...^^,


Mula menaiki tangga dan nampak x berapa jauh dah saya naik tu..huh penat gilo sebab sejuk sangat. Memeningkan kepala 


Pemandangan yang dapat diambil dari jarak setingi lebih kurang 100 meter dari tapak 


video
Video 5 - Tembok Besar China

video
Video 6 - Pali buat kerja gila pakai jersi Malaysia je nak tawan Tembok Besar China la konon-konon. Balik Malaysia demam...


Tak cukup membuktikan saya betul-betul di Tembok Besar China? Ha tengok yang bawah pulak...


 Ini baru betul-betul punya Tembok Besar China. Siap dengan awek cina sekali saya bergambar..gosip2..(OK jangan tanya lebih-lebih siapa perempuan ni. Off record.haha)


Kedai kopi yang terdapat di bawah. Boleh panas-panaskan badan setelah mengharungi kesejukan yang dah mencecah -12 di bahagian atas Tembok Besar China


Monumen yang terdapat di tapak permulaan mendaki Tembok Besar



 Menuruni Tembok, part ni jalan dah rata dah, bukan lagi bertangga


Suasana sekeliling 

Alhamdulillah selesai satu tujuan yang sangat bermakna di sini. Teringin juga nak naik lagi jauh tapi apakan daya, dalam keadaan suhu yang teramat sejuk, tangganya memang sangat curam, nak naik boleh lagi, tapi tang nak turun tu memang gayat sebab terlalu curam. Harry kata dalam bulan lepas or tahun lepas sebelum kami pergi ada tourist dari Pakistan rasanya dia nak ambik-ambik gambar, undur punya undur tak tengok belakang terus terjatuh dari tangga yang memang tinggi ni. Terus terkubur jadi pahlawan kat situ gak.



Baiklah, destinasi seterusnya sebab hari dah nak petang, kami pun dalam perjalanan balik tu sempat singgah di satu lagi tempat perubatan yang saya sendiri pun tak tahu apa namanya. Di sini kami duduk dalam sebuah kelas untuk diberikan taklimat tentang produk kesihatan yang mereka buat. Apa yang menarik di sini? Tiada yang lebih menarik selain pemeriksaan kesihatan secara percuma yang diberikan dan juga 1 produk penyembuhan yang nampaknya sangat berkesan.

Pemeriksaan kesihatan yang dibuat melalui titisan iodin ke atas jari, kemudian mereka akan check pembuluh darah (iyeke? or salur darah la kot) pada jari kita dan dia boleh tengok kelancaran aliran darah kita. Kalau bagus maka baguslah. Kalau tak tu mungkin banyak kolestrol ke, dan sekaligus diorang juga dapat terangkan simptom-simptom yang kita alamai. Saya check kena gak diorang bagitau saya banyak guna bahu dan sering sengal-sengal bahu. Betul la gak sebab kita kan kerja dok mengadap PC, biasalah tu lenguh-lenguh bahu. Kemudian 1 krim tu x tahu apa namanya tapi mereka ada buat demonstrasi secara langsung. Perempuan yang explain tu dia karate besi yang dah dipanaskan, lepastu dia tunjuk pada semua orang tangan dia yang melecur, lepas dia sapu krim tu dan lebih kurang dalam 10-15 minit, kesan luka dah berkurangan. Dan setelah balik Malaysia memang beberapa orang kawan guna alhamdulillah terbukti mujarab.


Pemeriksaan kesihatan secara percuma


Krim mujarab yang saya maksudkan tu yang berwarna putih.InsyaALLAH berjaya merawat luka-luka


Inilah lambang syarikat ni. Malangnya saya tak ingat langsung apa nama tempat ni (Excited baru balik Tembok Besar)


OK sudah kepenatan berjalan. Dalam bas balik ke hotel pun kami dah tertidur-tidur dalam bas. Sampai-sampai je terus ke Restoran Salama lagi untuk makan malam. Nak gambar jugak ke? Tak payahlah..Kita makan sudah...

Malam ni rasanya macam nak tido awal lepas balik bilik tu. Tengah transfer-transfer gambar di laptop dapat pulak tengok pemandangan malam yang cukup cun dari sliding door bilik saya. Tengoklah betapa indahnya pemandangan ni :)


Malam di sekitar Crystal Internation Hotel


Bunga Api!!!!!!!!!!!


Baru je nak bancuh milo panas, tetiba pintu bilikku diketuk. 2 orang kawan itu sudah mau ajak jalan-jalan daa. Walaupun penat, tapi kitorang on je. Terus siap-siap terus keluar. Milo pun tak jadi buat. Kalau semalam kitorang keluar hotel dan jalan ke sebelah kiri, kali ni kita try jalan ke sebelah kanan pulak. Dan tau apa hasilnya?






Penjual mercun. Haha, terima kasih kerana sudi dirakamkan gambarnya


Akhirnya dapat jugak saya beli mercun dan bunga api kat sini. Korang pernah dengar tak orang cakap bunga api & mercun kat China murah? Seriously memang murah giler dan saya sangat teruja sampai beli banyak-banyak. Maklumlah kat Malaysia mahal, kat sini pulak main memang kena pada masanya. Malam ni merupakan malam ke 15 sambutan Tahun Baru Cina. Maksudnya malam ni je last dibenarkan bakar mercun. Esok dah tak boleh lagi. Tu yang kitorang pun join orang-orang tempatan main macam nak bakar satu bandar Beijing tu.

Malam waktu main tu memang sejuk tahap giler gaban punya lah. Saya sampai dah nak surrender tak boleh nak go on bakar lagi pasal tangan dan beku nak petik lighter hidupkan sumbu mercun pun x larat. Tapi dek kecekalan budak-budak ni, kitorang berjaya gak bakar semua. Malam tu memang sangat indah dan suwweetttt sangaattt sebab 360 darjah sekeliling kita orang main bunga api & mercun yang cantik-cantik. Berbaloi sangat pergi time ni.


Muka kesejukan dah tak tahan ni tapi masih nak bergambar sebab suasana yang sangat indah :)






Alhamdulillah hari ketiga ni berjalan dengan sangat lancar dan memang menyeronokkan. Memang on time lah kalau pegi time Chinese New Year ni. OK saya rasa tangguh sampai sini dulu memandangkan ni dah jadi post yang terpanjang. Penat gak taip dan korang pun mesti ada skip-skip baca kan..haha. Sambung next posting plak. Bila nak habis ni? InsyaAllah lagi 2 posting habis la kott..hehe. C ya soonnnn..


Next Post : Winter in Beijing (2012) Part 6 - Bird Nest Stadium (Olympic 2008)

Sinopsis Blogger

Assalamu'alaikum & selamat dtg. Nama diberi ialah Abd Halim Ahmad, anak jati Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Seorang graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dari UIA Gombak. Juga merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Malaysia, Devotees. Selain itu saya juga memiliki syarikat rakaman sendiri iaitu Neurotic Studio yang menguruskan hal-hal pembikinan album, pengurusan artis dan rekabentuk grafik.

Blog ini sekadar medium untuk saya menyampaikan informasi samada berkaitan diri sendiri, Devotees, berbentuk ilmiah, atau sekadar berkongsi pandangan terhadap sesuatu isu.

Sekiranya anda ingin memetik material yang terdapat di blog ini samada isi cerita, video, gambar, ataupun lagu, anda boleh berbuat demikian dengan meletakkan kredit atas nama blog ini.

Akhir kata, salam perkenalan & selamat bersiar :)
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates