/
0 Comments
Alhamdulillah, kenangan yang sangat2 best, dan insyaAllah tak dapat nak dilupakan. Percutian di Kemboja sepanjang lebih kurng 6 hari mmg mbuatkan cuti kali ni sangat2 bermakna, tak tergambar ! hehe, teruja sangat nak tulis diari di sini, nak upload smua gambar2 yg best di sana & x sabar nak pergi lagi klu ada pluang, kalau ada orng2 yg sama yg pergi, dan thanks beribu2 bintang buat EZQurban Sdn Bhd sbb taja kami ke sana..=)

DEVOTEES@Kemboja [09Dis2008/selasa]---------waktu Malaysia

11.30am :
Devotees berkumpul di LCCT dengan Sarah (wakil EZQurban), Muhammad x dapat pegi sama time tu sbb ada urusan kerja. Dia akan datang esok (hari rabu).
12.30pm :
Check in
3.15pm :
Sepatutnya boarding, tapi flight delay plak, lebih kurg sejam gak delay..
4.30pm :
Boarding
6.00pm :
Tiba di Phnom Penh International Airport, disambut hebat dan hangat oleh wakil2 EZQurban, terharu sangat rasanya, tapi masih belum btul2 knal mengenal lagi.. Then menuju ke tempat makan naik coaster (bas psiaran yg comel)..(waktu di Kemboja kurang 1 jam dari waktu Malaysia iaitu jam 5pm)
6.45pm :
Tiba di tempat makan, kna naik perahu untuk ke rumah rakit..hehe, pngalaman yg sgt best, first2 dtg dah mkn di rakit, lihat telatah budak2 kcik yg comel2 sgt, tengah siang ikan..haha..kami disajikan dengan nasi dan lauk pauk org sana, merasa gak mskn org Kemboja utk pertama kalinya..
9.00pm :
Kami dalam keadaan terpinga2 (sebb tak tau apa next plan) dihntr ke sbuah rumah di KM8 yg akan jadi tempat penginapan kami malam tu..Ohh, rupanyer rumah kg yg sangat best, family kluarga tu sangat sporting, kami x rasa macam berada di tempat asing pun..
Yang paling mnariknya bile tido pun dipasangkan kelambu..wahhh, lama sangat tido x guna kelambu..malam tu berkenal2n lah dgn pmuda anak tuan rumah, namanya Suhaimi..bljrlah sket2 bahasa kmboja..Malam tu rancak lah berbual, ketawa2, dan jam tangan mnunjukkan dah jam 1am (waktu di Kemboja dah 12tgh malam) je masing -masing dah sdia masuk tido..x sabar menanti hari esok yg lebih penuh keceriaan dan kegembiraan..=)


DEVOTEES@Kemboja [10Dis2008/rabu]---------waktu Kemboja

4.30am :
Bangun subuh, solat di masjid NurunNaim, blkg rumah Suhaimi, juga tmpt yg akan kami buat show nanti. Suasana solat di masjid tu xde beza sgt pn dengan di Malaysia, orng2nya pun macam kita gak, pkai baju mlayu, kain pelikat, kopiah, sama je..Selesai solat subuh ada baca yasin, selawat, dan bersurai.
6.00am:
Hari masih awal, tp langit macam jam 7am di Malaysia. Devotees x sambung tido, tapi dok berbual dan baru nak start latihan untuk show malam ni..hehe, xberlatih lgsng dari hari tu, so ni pagi2 baru nak memekak di umah org.
6.30am :
Sarapan, macam2 ada..hehe
7.30am :
Naik "tut-tut" (pngangkutan awam, macam teksi la kat malaysia), tapi ni motor ubahsuai ada ruang penumpang di belakang..hehe, best..pngalaman yg xdapat di Malaysia..kali ni menuju ke Mekong Palace, hotel yg akan kami menginap plak mlm ni..(sebenarnya xnak dok hotel, lg best dok umah Suhaimi, tp sbb pnganjur dah byr untuk hotel, so kena ikut arahan gak..).Sampai di Mekong Palace, smuanya sedang berkumpul untuk g sarapan (kami dah srpn di umah Suhaimi tadi), tp sarapan gak sket lagi di Halal Restaurant.
8.15am:
Next destination? Oh, Tuol Sleang ! Penjara masa zaman pemerintahan Polpot (kalau sapa2 belajar sjarah akan tau)..jom! Naik coaster plak kali ni..
9.00am :
Tiba di Tuol Sleang, mlihat2 bilik2 dalam tu, pnjara2 lama, alat2 penyiksaan, gmbr2 banduan yg disiksa, gmbr2 penyiksaan, tengkorak2 dan lain2. X sampai hati nak tengok smua ni lama2..Next destination? Central Market, Psar Thmey !
10.15am :
Tiba di Psar Thmey, ni dia baru bermula waktu shopping2..macam2 ada...=) makanan pelik2, baju murah2, perhiasan, baju jade, cincin, rantai emas, perkakasan perak, kraf, jam tangan, gadget2 murah, handphone, dan ada gak jual bunga2an..hehe..sempatla shopping2 beberapa barang, masih x boleh boros lagi sbb banyak lg tmpat nk g pasni..
11.30am :
Smua berkumpul smula di coaster, balik ke kM8 (rumah fmily Suhaimi) utk mkn tghari..kali ni kami mkn di umah jiran betul2 sblh umah Suhaimi, kebetulan plak umah tu tgah kenduri kahwin..hehe..hari ustaz Zamri dan beberapa org lagi akan balik M'sia, so yg tu tak berapa sempat nak bermesra2 lagi.
1.oopm :
Lepas selesai makan tengahri, Devotees curik2 pluang utk berjalan2 di sekitar KM8 tu, dgn Suhaimi dan Akmal. Plannya nak cari simcard sbb nak call org2 di Malaysia, tapi bnyk no yg kami nak tu xde..xpela, then balik umah Suhaimi smula ikut jln kg (menyusuri tepian dan celah2 umah2 org di situ). Smpai di umah berehat jap, sepatutnya kena sambung latihan utk show malam tu.
5.30pm :
Muhammad tiba, org PA System pun tgah setting mic n speaker etc, time tu rmai budak tgh main badminton, bersosial, dan berborak2 di halaman masjid tu..kiranya masjid mmg pusat aktiviti kat situ lah..halaman masjid tu nnt tempat penonton dtg menyaksikan persmbahan Devotees, Devotees akan nyanyi di tangga masjid menghadap penonton. Selesai test mic kami pun balik umah, mandi n bersiap2 untuk show.
6.45pm :
Makan malam bersama org2 EZQurban dan tuan rumah, Devotees akan beraksi jap lagi menghiburkan penduduk2 Islam di sekitar KM8 tu, then mula bergerak ke tempat show (dkt je, kat blkg umah je punn..hehe)
7.30pm :
Konsert pun bermula, antara lagu2 yg didendangkan termasuk Selawat intro, neoselawat, tola'al, hijrah menuju Allah, lament, tika dinihari, puji-pujian, 25 rasul, thank you Allah, dan give thanks to Allah..Sambutan hangat dan sangat seronok tengok telatah org di situ yg mungkin jarang dihidangkan dengan hiburan2 sebegitu, smua golongan turun tengok show Devotees,,dari kalangan ibu2, kakak2, adik2 kecik, brother2, ayah2, nenek2, smuanya datang dan respon positif je.mmg satu pngalaman yg best buat Devotees. Oh ye, lupa, penterjemah kami pada malam tu ialan abg Rozali, yg juga abg kpd Suhaimi, dan juga tourist guide kitorang sepanjang berada di sana.
9.15pm :
Selesai konsert, balik umah fmily Suhaimi untuk berkemas, kena check in hotel plak malam ni..huhu, sdey..malam ni xdapt tido bawah kelambu lagi..takpe2, esok boleh jumpa diorg Suhaimi lagi..Lepas check in hotel malam tu, smua berehat, dan esok akan bermula hari yg lebih2 best..nyum2...=)


DEVOTEES@Kemboja [11Dis2008/khamis]---------waktu Kemboja

5.00am :
Bangun subuh..hehe, hari ni lewat sket..maklumlah, tido hotel..kami dapat bilik yg paling eksklusif lah, tapi ada masalah plak pagi tu..lbh kurg jam 6lebih kami dimaklumkan yg air xde !! wahahaha, check kat toilet mmg betul air xde..so terpaksalah x mandi dulu, tunggu arahan nak buatpe pasni..diorng kata tido je dulu, nnt dah ada air baru mandi n bsiap2 untuk aktiviti seterusnya..
8.00am :
Air dah ada, so apa lagi, mandi cepat2 sebelum air kembali xde..hehe
9.00am :
Smua turun dan berkumpul untuk ke Chroy Metri (Kg. Menteri), naik coaster. Bawak turun barang2 smua sbb malam ni akan check in hotel lain plak. Kali ni perjalanan merentasi sungai Mekong, melalui jambatan (x tau apa namanya)..Jalan yang berliku2 dan penuh berdebu tapi kitorng lek aje, sbb dalam coaster kan..kalau naik moto mungkin gk merasa debu2 cinta dari tanah merah yag kering kat situ..hehe.
10.30am :
Tiba di Chroy Metrii dan kali ni akan saksikan upacara penyembelihan..atau disebut KORBAN...2 ekor lembu tumbang, kami sempat bergambar dengan lembu tu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir..=) hehe..sembelihan dilaksanakan oleh wakil EZQurban di sana..
12.45pm :
Bergerak ke umah salah seorang sahabat EZQurban ( x ingat nama kampung), untuk makan tengahari.
1.30pm :
Tiba di rumah saudara Salleh, pemuda Kemboja berbadan sasa, tapi lawak ar dia ni..pndai cakap melayu sket2, suka mengusik..sebab perut masing2 ni tengah lapar, boleh dikatakan sorang makan minimum 2 pinggan. Sebelum balik naik coaster, sempat plak singgah umah salah satu jiran si Salleh ni, pengantin baru..kami melawat pengantin tu dan nyanyi sket lagu pengantin (walaupun diorang x faham), dan maklumkan yg Devotees akan buat persembahan di masjid berdekatan umah diorang malam tu. Lepas tu kami pun beredar.
2.30pm :
Tiba di Asia Hotel yg akan jadi tempat penginapan kami sehingga hari terakhir nnt. Check in dan lepak skejap, lebih kurg jam 3pm nanti nak turun beli simcard.
3.00pm :
Kluar cari simcard, tapi ada masalah kewarganegaraan (haha, nak beli simcard kena warganegara kemboja je, so x dapat nak beli memandangkan xde org kemboja yg bwk pasport time tu).
3.30pm :
Balik bilik, tido!! huhu, penat sket..
4.45pm :
Smua turun berkumpul di KFC bawah hotel, Ust Azhar (Pengarah Urusan EZQurban) belanja smua makan KFC, dan pasni akan menuju ke Chroy Metri skali lagi untuk persiapan show malam ni plak.
5.15pm :
Bergerak ke Chroy Metri dengan coaster, show malam ni di Masjid An Nur, berhadapan dengan Sg. Mekong. Lepas sampai sempatlah soundcheck jap, then solat maghrib lepas masuk waktu.

DEVOTEES@Kemboja (12/12/2008 – Jumaat) –Waktu Kemboja

5.30am :
Bangun subuh
8.15am :
Bertolak ke Mamak Corner naik coaster, dekat ajer dengan hotel.
8.20am :
Tiba di Mamak Corner, masing2 pun buat lah order, ramai yg makan nasi lemak, saya makan roti telur. Lepas ni kita akan bergerak ke Psar Tul Tempong (kalau x salah eja..), salah sbuah tempat untuk shopping gak..hehe
9.15am:
Smua selesai mengenyangkan perut pagi2 ni, gerak ke Tul Tempong. Macam2 ada kat sini..banyak beli merchandise macam purse, tshirt, beg pmpuan..ada gak budak2 ni beli vcd & dvd cerita. Ha, kebetulan seorng awek Kemboja ni bawak passport, so mintak tolong la kat dia utk beli simcard! Hehe, beli Starcell 098..Lepas tu dapatlah call family di Malaysia. Harga starting pack tu $4, dalamnya ada kredit $3.
11.00am :
Smua kembali berkumpul di coaster untuk balik ke hotel, berehat. Muhammad akan kembali ke Malaysia hari ni, flight dia ptg. Sampai je kat hotel smua lepak2 dan berehat. Petang ni budak2 ni dah plan nak bersiar2 (bershopping lagi la tu..) dekat area hotel, yg sememangnya dekat sangat dengan Psar Thmey.
3.00pm :
Golongan remaja (kami2 lah ni) start lah berjalan dan merayau2 di sekitar situ, pergi kedai handphone lah, pegi salah satu pasaraya yang hebat la konon2nya ala2 KLCC gituu..Sorya Shopping Centre..tapi x beli pape pun sebab barang agak mahal dan kitorang cepat bosan kat situ, mklumlah, shopping complex kat Malaysia pun ada kan..Jam 4pm berkumpul di bawah Sorya tu, pegi Psar Thmey plak..(memang satu2nya pasar favourite smua org)..
5.00pm :
Masing2 dah penat shopping, balik ke hotel dan masing2 bersiap2 untuk g makan malam di Halal Restaurant.
5.30pm :
Smua turun berkumpul, naik coaster pegi ke Halal Restaurant. Petang tu makan agak hebat gak,Ustz Azhar order ikan, tomyam, telur dadar, dan apa2 lagi ntah, yg rasa macam sangat2 teringat kat makanan Malaysia. Kenyang, Alhamdulillah..
7.45pm :
Kembali ke hotel smula, malam ni xde apa2 aktiviti, so saje2 datang ke bilik budak2 EZQurban ni, tolong2 diorang audit file2 yg berlambak..diorang rupanyer bercuti2 gak, tapi kerja2 kena buat seiring..kitorang je yg datang makan angin kat Kemboja tu..(walaupun mmg ada show, tapi rasa show bukan masa bekerja..hehe). Siap kerja2 tu kitorang pun balik bilik, borak2 lah dengan si Akmal tu..dari cerita guaman, engineering, unversiti, sampailah ke cerita hantu smua keluar..Borak punye borak, sampailah jam 2.15am..Oho, masa untuk tidur…tutup lampu….


DEVOTEES@Kemboja (13/12/2008 –Sabtu) –Waktu Kemboja

5.30am :
Bangun subuh, lepas subuh dapat call dari Ust Azhar !Oh, apa yg suspen sngat ni call pagi2..? Dia kata turun lepas setengah jam, x payah mandi pun xpe..Blur gak ni, xpe, masing2 amik turn masuk toilet, mmg x mandi pun, basuh2 muka gosok gg dan apa2 yg asalkan wajah nampak ceria cukupla..kui3
6.30am :
Ust Azhar dah tunggu kat bawah hotel, dia ajak naik “motodok” (confirm salah eja ni..), salah satu pengangkutan di sana, sebenarnya motor biasa je..ada orng yg akan bawak kita macam teksi..Tapi bezanya mmg satu motor boleh naik sampai 4 orang, kerja yg agak gile sket..haha, saya dengan Adi satu motor, Shauqi plak dengan ust Azhar. Nak ke mana ni..?
6.35am :
Sampai di satu kawasan dataran yang boleh dikatakan macam taman rekreasi, ramai betul orang kat situ tengah aerobic dalam grup masing2. Berdepan dgn dataran tu pintu pagar yg dalamnya terdapat istana Kemboja..Ohh, baru tau apa tujuan Ust Azhar bawak kami ke sini. Lawa istana tu, macam ala2 Thai pun ada gak. Di tepi sungai plak ada orng yng aerobic, bagi makan merpati, bersiar2, pendek kata mmg meriah dan tenang lah di situ. Kitorang pun bagi makan merpati gak dengan bijirin yang ada dijual di area tu.
7.00am :
Lepas ni akan pegi sarapan plak, kali ni kita ke sana dengan menaiki “Cyclo”, lebih kurang macam beca, tapi seat penumpang di depan..sorang naik satu cyclo, mula2 ajak racing tapi memandangkan kesian tengok pakcik yg mengayuh tu macam2 x berapa larat nak brlumba je, kitorg pun bersiar2 dengan tenang je..kali ni ke mana?
7.10am :
Smpai di Hotel Puncak..Sarapan kejap di sini, sementara menantikan anggota2 EZQurban yang lain datang dari hotel, sbb tadi yg pegi dataran depan istana tu Cuma Devotees dan Ust Azhar je.
8.30am :
Kali ni lepas sarapan ada 2 kumpulan yang akan berpecah, Devotees akan ikut Cik Mah (isteri ust Azhar), Atam, dan Sarah untuk ke Pasar Olympic,dahsyat kan namanyer..pasar yg mainly menjual kain2 yang sangat cantik dan mambuatkan mata berbilau2 dan menyilau2..huhu. Letih sungguh bila ikut org pmpuan ni shopping kain kan..hehe
11.20am :
Huhu, baru siap ikut diorng membeli belah dalam tu..kitorang pun ada la beli kain..kain batik..hehe. Pasni balik ke Psar Thmey..Aduhai, mmg situ jelah port kitorng..Sampai di Psar Thmey, ada la beli barang2 sket, then Devotees minta diri dulu pulang ke hotel memandangkan badan dah melengas giler ni, maklumlah dari pagi tak mandi, pastu dalam pasar je dah macam orang Kemboja gak rupanyer kite ni..haha. Sampai bilik je saya tido jap, letih berjalan pagi ni..
2.30pm :
Gerak ke rumah Suhaimi untuk makan tengahari, naik “tuk-tuk”. Sampai je di umah dia kitorang pun ada lah yg terus baring2 dan melepak..amboi, ikut suka je mntang2 dia suh wat cam umah sendiri..tapi mmg rasa seronok..lepas tu kami pun dihidangkan dengan makan tghari, masing2 makan dengan penuh selera dan pastu berehat lah jap..Esok dah nak balik Malaysia, so tu mmg kali terakhir kita akan tgk umah Suhaimi..sedihnya masa bergambar dengan dgn family dia..msti rindu sangat2 nanti..
3.50pm :
Bergerak balik ke hotel, kali ni merasa plak naik “remok”, ala2 bas, boleh naik ramai2 tp xde bumbung..huhu.
4.20pm :
Sampai mana ni? Lohh..x balik hotel, pegi Psar Thmey lagi..haha, kali ni beli jersey lak..pastu selebihnya banyak tengok2 kedai..
5.15pm :
Ha, kali ni betul2 balik hotel..Berehat di bilik..malam ni Suhaimi akan jadi tourist guide untuk kitorang berjalan malam terakhir berada di sana..
9.10pm :
Ya, Suhaimi sudah datang dan kali ni kami berempat naik tuk-tuk ke pasar malam (x ingat la apa namanya) dan suasana kat situ lebih kurang mcm uptown kat area2 kl ni waktu malam..hehe, x beli apa2 pun kat situ, just tengok2 dan pastu bergerak ke dataran depan istana sekali lagi..kali ni bergambar untuk waktu malam plak di sana..siap ajak pak guard istana tu bergambar sekali..huhu..Dah jam berapa skrg? Oh 10pm, so jom lah balik..esok dah nak pulang ke Malaysia..Ha malam ni Suhaimi tido bilik kitorang plak,maklumlah,sdeh kan dah rapat betul kat sana pastu da tiba masa nak balik lak..



You may also like

Alhamdulillah, kenangan yang sangat2 best, dan insyaAllah tak dapat nak dilupakan. Percutian di Kemboja sepanjang lebih kurng 6 hari mmg mbu...