/
0 Comments
Alhamdulillah..msa saya taip diari ni saya berada di rumah di kota tinggi johor, baru skejap tadi kami skluarga mengadakan majlis makan2 dan masak BBQ. Smuanya sedara mara yg datang, terutamanya dari sebelah ayah..mmg havoc dan seronok lah..kitorg panggang ayam, udang, dan apa ntah satu lagi nama spesis kupang ni..selain tu ada gak bihun goreng, mee goreng, steamboat tomyam, kuih muih, hotdoc, dan air campuran cocktail...makcik pakcik yg datang dari KL, kluang, johor bahru, dan skitar kota tinggi (sebab majoriti berkahwin dengan orang dari negeri johor gak) pun sama2 memeriahkan, kira majlis makan2 kluarga lah ni..dah lama gak x buat. sebab ayah anak sulung, so selepas pemergian allahyarham nenek tercinta tahun 2007, rumah ni jadi kampung buat adik beradik ayah yg lain, so saya pun kira tuan rumah la jugak..seronok berkumpul sebab mmg jarang kan nak dapat adik beradik berkumpul serentak, ditambah dengan kehadiran sedara mara, sepupu,etc..esok akan balik ke kl smula sbb rabu dah stat kelas, ada assgnment pun kena hantar..huuh, sedikit sebanyak balik ke rumah sehari dua ni dapat la hilangkan tensen dan kepeningan yg melanda masa di kl..


You may also like

Alhamdulillah..msa saya taip diari ni saya berada di rumah di kota tinggi johor, baru skejap tadi kami skluarga mengadakan majlis makan2 dan...