/
0 Comments
Tajuk : Message Undelivered
Lagu/lirik/susunan muzik : AbdHalim (Neurotic Studio)

Kau sangat istimewa
Kau tiada duanya
Yang menghangatkan jiwa

Kita telah dipertemukan
Bagai novel cinta
Indahnya cuma kita yang rasa

Tiap saat bagiku
Ingin menyintaimu
Tak pernah kau kulupa
Selalu ku hubungi mu

Kau pun jua begitu
Bicara soal rindu
Katakan apa saja
Pasti kita sama setuju

Namun mengapa sejak kelmarin
Engkau mendiamkan diri sepi dariku
Kucuba menghubungimu tapi
tiada jawapan yang kuterima
Hanya suara wanita yang berkata
Sila hubungi semula

Mengapa apakah yang terjadi antara kita
Tidak pernah aku sedikit pun untuk
Cuba mengguris apatah lagi cuba menyakiti hatimu
di manakah ruang itu yang kau mungkin pernah
cuba untuk menjelaskannya padaku

Masa berganti waktu
Kuharapkan namamu
Kan muncul menyerikan
Paparan panggilanku

Namun hampa yang kutemu
Bila tiap mesejku
Tak sampai kepadamu
Katanya message undelivered


InsyaAllah single sy sendiri yg akan dimuatkan dalam album Nasyeed Underground. =)


You may also like

Tajuk : Message Undelivered Lagu/lirik/susunan muzik : AbdHalim (Neurotic Studio) Kau sangat istimewa Kau tiada duanya Yang menghangatkan j...