/
0 Comments

Gambar ni diambil masa Devotees show di Danga Bay Johor Bahru sabtu & ahad lepas dalam program 2 hari di booth Kota Ilmu Jom Heboh TV3. Sepanjang 2 hari tu mmg kerja kami memeriahkan booth di bawah seliaan Jabatan Dokumentari TV3 tersebut, yg menerbitkan banyak program2 ilmiah di TV3 termasuklah Al Kulliyyah, Al Hidayah, Motivasi Pagi, Jejak Rasul, dan banyak lagi. Gambar ni kami bersama adik Fadzly Shah, seorang kanak2 istimewa yg turut hadir bersama opah nyer..hari sabtu adik fadzly ni dah dtg dan tengok persembahan kami, kemudian hari ahad kata opahnya pagi2 lagi dia dah mintak nak ke booth Jom Heboh sebab nak tengok Devotees lagi..terharu rasanya, walaupn mgkn x dapat nak layan betul2 tapi insan istimewa ni dapat juga kami duduk sebentar berbual2 dengan opahnya. Suka dia bila Devotees start menyanyi, opah terlupa bawak kamera, gambar ni dia mintak sangat2 untuk pos ke rumahnya. InsyaAllah opah, x lama lagi sampai lah gmbr ni kat rumah opah tu..;)


p/s: paling terharu bila opah kata adik fadzly ni walaupn kurang upaya (termasuk tak boleh berkata2, dan beberapa kekurangan upaya fizikal) tapi solat 5 waktu tak tinggal ! Allahuakbar..


You may also like

Gambar ni diambil masa Devotees show di Danga Bay Johor Bahru sabtu & ahad lepas dalam program ...