/
0 Comments
Tajuk : Nilaian Sebuah Tangisan
Lagu/lirik/susunan muzik : abdhalim

Seluruh dunia hatinya bergetaran
Kerana harga dan nilaian setitis air mata

Seringkali kita dihidang
dengan kisah penderitaan saudara yang merana
Seringkali kita abaikan tiap seruan
demi membantu bebaskan mereka
dari kekejaman

Seluruh dunia hatinya bergetaran kerana
harga dan nilaian setitis air mata
anak yang tidak berdosa
tiada pernah kenal bapanya
yang syahid penuh bermaruah demi agama


p/s: lagu ni saya cipta khas untuk group nasyid uia dan akan dipersembahkan pada pertandingan nasyid Majlis Kebudayaan Universiti2 Malaysia (MAKUM) 2009 bakal berlangsung di UNIMAP (Perlis). Tarikh pertandingan masih x confirm sebab ada pindaan saat akhir.


You may also like

Tajuk : Nilaian Sebuah Tangisan Lagu/lirik/susunan muzik : abdhalim Seluruh dunia hatinya bergetaran Kerana harga dan nilaian setitis air...