/
0 Comments
Baca tajuknya macam ada berita x best je kan...hehe, jangan risau smua, sbb saya cuma mengambil kesempatan di kala awal2 pagi ni untuk inform ttg latest news about devotees..Ramai sangat yg tanya Devotees ni wujud lagi ker, bila next album release, devotees skrg under sapa, xde show ker, etc..so scara ringkasnya ni la info yg saya dapat maklumkn iaitu Devotees masih lagi wujud, masih lagi berempat, anggota tetap yg sama (Muhammad, Shauqi, Adi, dan Halim). Semenjk Muhammad dan Shauqi kerja ni agak terbatas sket la aktiviti2 persmbahan devotees, tambah2 plak pengurus kami cik tini pun bz dengan kerjanya, lagi la panggilan show tu kurang..walau camnerpun kalau ada undangan mmg insyaAllah kami tetap akan penuhi..tambah2 plak dah dekat2 bulan ramadhan ni, tambah2 plak dah musim2 pesta konvo universiti2, so mungkin bertambah2 la jemputan persembahan..

Skrg devotees masih lagi bernaung di bawah D Voice Entertainment, dan masih dalam proses menyiapkan 2nd album dengan saudara hafiz hamidun..disebabkan beliau seorang yg bz, tambah2 plak devotees pun separuh dah bekerjaya tetap, yg dua orng (halim & adi) plak sibuk blajar gak, so nak arrange jadual recording tu agak sukar sebab nak selaraskan masa smua free mmg susssaahh sangat..Berat hati gak asyik bertangguh je kan album ni, dah 4 tahun xde album, xnak la nama devotees terkubur je plak..web devotees (devo.com.my) pun saya masih x update lagi sebb semua nak brand new, tunggu masa je..

disebabkan nama devotees menyepi agak lama, nak come out dengan sumthing new pun masih agak lambat lagi, dan ramai yg xtau, so saya lebih senang bergerak sendiri skrg ni (BUKAN QUIT DEVOTEES) secara underground, pegi show sorang2, atau dengan team uia, atau dgn sapa2 la yg ajak join sama2 buat persembahan..bukan nak kejar populariti, tp dah darah seni yang mengalir dalam badan ni mmg suka menyanyi, xkan nak tunggu devotees ada show baru sy nak nyanyi, ye x? hehe..jadi janganla terkejut or tersebar2 cerita kata sy buat solo ke, sebab sy masih lagi anggota devotees, never quit! insyaAllah..cuma menyanyi tu kalau dapat jemputan show secara solo saya penuhi gak kalau xde masalah, apa2hal pun saya lebih utamakan devotees. Nak tau lebih lanjut ttg anggota lain, boleh tanya mereka sendiri dihalaman facebook memandangkan mereka pun ada facebook, so tanya jelah kat wall mereka..sekian, slmt hari ahad..;)


You may also like

Baca tajuknya macam ada berita x best je kan...hehe, jangan risau smua, sbb saya cuma mengambil kesempatan di kala awal2 pagi ni untuk infor...