/
0 Comments
Ibu..ummi..emak..bonda..omoni (bahasa korea)..dan lain2 yg seumpamanya..tapi saya pnggil bonda saya 'mak'..mak insan yg sangat istimewa buat saya, malah kpd sesiapa pun mesti merasakan keistimewaan ibu tu tiada tolok bandingnyer..nape tiba2 bukak isu ibu plak ni kan? hehe, sebenarnya nak berkongsi kisah sket ttg perihal ibu ni, dan sebuah kisah dari pengalaman sendiri.. Begini kisahnya...

Saya ada seorg teman yg boleh dikatakan rapat..tp satu perkara (atau boleh disebut sbg masalah) dia ni ialah, dia kerap merajuk terhadap ibunya..Merajuk bukan mcm budak kecik, merengek atau yg seumpamanya, tp bila mak dia call dia x angkat, mesej lg la x balas..si ibu ni yg jauh di mata sampai menangis2 lh sebab ada 1 hari tu kwn saya ni langsung xjwb call, malah langsung meng'off' hndphonenya, sgaje lost contact dengan ibunya..puaslah akak dia, adik beradik yg lain dok call sana sini cuba cari dia, hampir2 je buat report polis kerana pikirkan si kawan ni dah kena culik @ apa2 musibah lain..

Kadang2 depan mata saya, si ibu call anaknya ni tp dia silentkan dan buat donno (don't know) je..lepas tu disebabkan si ibu ni tahu no fon saya, so ibu tu call lah saya untuk bercakap dengan anaknya..so si anak ni disebabkan dia konon2nya xnak org tau yg dia merajuk dengan ibunya, dijawablah jugak call tersebut..nnt ada la alasan yg diberikan pada ibunya tu..katanya henfon dia habis baterilah, baru nk angkat call tp dah terputus lah, dalam lif xde line lah, dah macam2 lagi 1001 alasan yg senang2 je dia tipu si ibu tersebut..Kesian ibunya..

Bukan x cuba menasihati kawan sendiri, tapi manusia suka mencari alasan dan helah, katanya ibu berat sebelah, lebih pedulikan adik beradik lain berbanding diri kwan ni..mungkin ada betul gak kata kwn ni..tp suatu malam si ibu ni call lah saya lagi..emm, dah paham la tu, msti anaknya x jawab call..tp memandangkan saya x bersama dengan anaknya pada masa tersebut, saya pun x dapat nak bantu si ibu ni bercakap dengan anaknya..Tapi sy cuba gak menyelami konflik dalaman keluarga ni, penuh sopan gak saya minta izin untuk tahu apa sebnrnya mslh yg berkisar di antara si ibu dan si anak tersebut..Ibunya sampai menangis, mengadu dan mgeluh ttg anaknya yg sering merajuk, bukan ibu x berikan apa yg dia minta, tp dah lebih pun cuma anak tu x menyedarinya..Dibandingkn dengan adik beradiknya yg lain, tiada yg kurang, diberinya kasih sayang, wang ringgit, dan keperluan yg rasanya x semua org miliki, tp si anak yg mungkin kurang sifat syukur terhadap rezeki yg telah Allah tentukan baginya..

Sedu sedan suara si ibu kedengaran dalam telefon, diluahkan semua kesedihn, kebimbangan, kekesalan, dan minta saya sedikit sebanyak dpt bantu kwn ni jgn terlalu ikut emosi, cuba lebih matang..hingga 1 tahap di mana si ibu sampai berkata 'nak tunggu dia (ibu) mati baru kwn ni nak rasa bertanggungjawb?'..sayu hati sy mendengarnya..

Bukan saya x pernah melihat bagaimana kemesraan dan begitu ambil beratnya ibu tersebut terhadap kwn saya ni, bukan x pernah saya jumpa kedua ibubapanya itu..Mmg berat hati, sedih, dan kecewa sngt dengn sikap kawan tersbut.. Sanggup x jawab panggilan ibu, mesej pun x dibalasnya, malah si ibu jugak ditipu..Bukannya dia budak 12tahun merajuk, bukannya umur 17tahun merajuk, tp dah lebih kurng sebaya saya je..

Mudah2an hati kwn saya ni akan jadi lebih lembut, lebih mengenang jasa dan budi ibubapa, dan hatinya dilimpahi sifat syukur..Pengajaran buat saya juga..Besar sungguh pengorbanan ibu bapa dalam hidup ni..Kasih sayang, wang ringgit, makanan & minuman, pakaian, dan segala2nya yg membuatkan kita masih berdiri, jadi orang, dapat pendidikan, kenal agama, dan lain2.


You may also like

Ibu..ummi..emak..bonda..omoni (bahasa korea)..dan lain2 yg seumpamanya..tapi saya pnggil bonda saya 'mak'..mak insan yg sangat istim...