/
0 Comments
Bismillah..
Semua sedia maklum dengan berita pemergian Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani, dan berita ni sememangnya satu 'kejutan' buat smua, rakyat Malaysia, khususnya peminat dan penggiat industri nasyid..Saya sendiri menerima tamparan hebat dan sms yg diterima dr saudara Husaini pd jam 11pagi tadi mmg macam gurauan kasar, tp itulah realitinya..Bukan kita tak pernah kehilangan munsyid2 yg terlebih awal pergi meninggalkan kita sebelum ini, seperti Allahyarham Soleh (Hijjaz) dan Allahyarham Zairey (Raihan), tetapi pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim ni sememangnya terkesan di jiwa saya memandangkan sy (dan kumpulan Devotees) sendiri baru 4tahun menceburkan diri dalam bidang ini, dan kenal secara in-person dengan allahyarham, sentiasa bergurau kalau bertemu, malah saya kagum serba serbi tentang allahyarham.

Ust Asri dan kumpulan Rabbani merupakan satu2nya kumpulan nasyid 'otai' yg saya respect, salute, dan puji sebab mereka mesra, x sombong, pemurah, dan macam2 lagi sifat2 mahmudah yg disukai juga oleh mereka2 yg lebih kenal sendiri allahyarham dan Rabbani. Org kata murah rezeki org yg pemurah, begitu jugaklah yg saya lihat sendiri pada allahyarham dan Rabbani. Mereka saya kira menerima terlalu banyak undangan show, menjadi duta, dan lain2..Tapi mereka x pernah melupakan kami adik2 baru yng nak kenal2 dunia nasyid ni..Sepanjang mengenali allahyarham dan Rabbani, banyk show yg kami dapat melalui mereka, kalau ada event pun kami diundang sama, dan hasilnya kita dapat lihat nama Rabbani tu sndiri terletak sebagai Artis Nasyid Popular lebih 8x..

Allahyarham Ust Asri dan Rabbani juga kumpulan nasyid yg sentiasa menjaga hati pihak2 lain, x kira dengan golongan munsyid, peminat, artis2 luar sana, mereka smua mengakui yg allahyarham & Rabbani merupakan kumpulan nasyid yg x sombong dan nampak tidak membeza2kan org lain meskipun membawa imej nasyid. Jadi mudah orng ingin mendampingi mereka, dan kita dapat lihat sendiri akhir2 ini kolaborasi mereka dengan Amy Search, Dato' Siti Nurhaliza, yag datang dari genre & muzik yg berbeza, tp dek kerana kemurnian dan 'something' yg dibawa oleh allahyarham & Rabbani itu sendiri, mengapa tidak dua dunia yg berbeza itu disatukan.

Semoga Allah sentiasa merahmati ruh allahyarham, ditempatkannya bersama ahli syurga, dikurniakannya segala kenikmatan di akhirat..Tiada yg dapat menggantikan tempat allahyarham, sejak zaman Nada Murni sehingga kini, Ust Asri Ibrahim tetap dalam kenangan..Lebih menyayat hati lagi x sempat allahyarham meraikan ketibaan Ramadhan Kareem, dan kenangan terakhir buat tatapan kita bersama rakaman2 yg sempat dijalankan oleh allahyarham untuk ditayangkan pada Ramadhan nnt..Ust Asri Ibrahim in memory..Al Fatihah...;(


You may also like

Bismillah.. Semua sedia maklum dengan berita pemergian Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani, dan berita ni sememangnya satu 'kej...