/
0 Comments
Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah, bersua lagi kita dengan Syawal 1430H kali ni..Puasa 29 hari di bulan Ramadhan yg lepas banyak mengajar suatu yg baru & berlalunya ia pergi membuatkan kita kembali merinduinya..,Mudah2n dipanjangkan umur di tahun akan datang untuk meraikannya kembali dengan amal ibadah yang lebih mantap, InsyaAllah.

Ahlan ya Syawal..baru sekejap terbetik di fikiran tarikh gembira hari ini 1 Syawal 1430H bersamaan 20 September 2009 (20092009). Cantik kan nombor ni? Hari ni sanak saudara dah start datang berkunjung pergi ke rumah ni. Dominasi warna hijau dapat dilihat seisi rumah. Ada yang x dirancang keterbetulan ni, mudah2n smuanya memberikan definisi perpaduan itu masih utuh dalam jiwa dan semoga Allah melimpah ruahkan mawaddah wa rahmah kepada kita semua, insyaAllah.

Salam kemaafan dari hati yg ikhlas yang sentiasa berharap agar setiap insan yang mngenali diri ini samada secara langsung mahupun tidak, mungkin pernah disakiti dengan sengaja, tidak sngaja, atau bertujuan baik tapi natijahnya mendukacitkan, saya harap ianya dapat kita leburkan di hujung jari (atau kekunci komputer ini sebagai wakil pena).

Salam kasih sayang daripada saya, Abd Halim Bin Ahmad..Selamat bergembira, jangan lupa pada yang tiada, dan mereka yang memerlukan..Maaf zahir dan batin..;-)


p/s: Debaran menanti 20102010 =)


You may also like

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah, bersua lagi kita dengan Syawal 1430H kali ni..Puasa 29 hari di bulan Ramadhan yg lepas banyak mengajar...