/
0 Comments
Assalamu'alaikum semua..
alhamdulillah masih pjg nafas ni untuk tambah sedikit coretan peribadi..Hari ni rasanya dah masuk raya 13, dan kali ni ada beberapa cerita nak kongsi iaitu :
1) cerita beraya di kelantan & walimah 2 orang rakan
2) SMS

Ok yang pertama iaitu cerita sy yg sempat menyambut hari raya dalam kemeriahan cara rakyat negeri Kelantan. Raya ke 4 hari tu saya bertolak ke kelantan dan stay sana lebih kurang 5 hari ditemani kwn baik, Iffwat dan kami tido di rumah datuk n neneknya di pantai cahaya bulan (PCB). Lama beraya di sana bukan saje2, tapi mmg dtg juga utk memnuhi undangan walimah 2 orang sahabat di uia iaitu bro Fakhri & bro Qayyum. Tahniah buat kedua sahabat saya ni yg selamat mendirikan rumahtangga, masing2 pasangannya orang Kelantan jugak. Mudah2an kebahagiaan sentiasa mengiringi mereka sampai ke syurga, insyaAllah.Puas jugaklah merayau2 di negeri orng ni. Antara rumah sahabat yg sempat sy bersinggah termasuklah rumah syahman nasyid indie, rumah taqi (nice), fattah uia, dan faizal uia. Terima kasih semua yg sudi menjmput saya ke sana, melayan dengan baik, dan menjadikan cuti raya sy di Kelantan sungguh bermakna.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah, cerita yang kedua ni baru saja berlaku hari ni, dan terlebih dahulu sy ingin pohon ribuan ampun dan maaf jika ada menyinggung sesiapa yg membacanya..Bukan utk mengaibkan sesiapa, ttapi ada sesuatu yg ingin saya sampaikan di akhir cerita ini. Ceritanya begini:

Ptg tadi semasa di kelas saya terima sms dari seorng muslimah, saya x kenal beliau secara langsung cuma dalam sms sahaja, dan beliau bertanyakan soalan begini :

"assalam abdul halim. ana nk tnya pendapat enta. sbg seorg lelaki lah. seorang hafizah itu tk sesuai ya jika menyukai seseorg(ntk djdkn suami) y bukan nye hafiz@sewaktu dgnnye? tp dr segi hal lain baik lg bagus."

Jadi saya pun balas sms beliau dengan menyatakan sedikit pandangan saya. Dan selepas itu tiada balasan dari muslimah tersebut.

Kemudian lepas isya' td muslimah ni SMS saya sekali lagi, dan di sini saya taip smula stiap perbualan kami (tanpa mengurangkan/melebihkan sedikit pun dari apa yg benar2 diperbualkan) :

muslimah : assalam. halim. tentang tu pun xbole ckp ye@minta pendpt? enta mmg
dsyaratkn begitulah kre ye. mesti enta fikir y **** mcm peminat sesaje nk
'ye2', biasalh dpt kesempatan cntct artis nasyid lah katakn.

abdhalim : Tentang apa tu?xfhm..

muslimah : lah. tk fhm.punye lah pjg **** hta.minta PENDAPAT tentang phubungn(ini kot
ayt y sesuai).dr enta lah sbg seorg lelak. soalan : seorang hafizah itu tk sesuai ya
jika menyukai seseorg(ntk djdkn suami) y bukan nye hafiz@sewaktu dgnnye?
tp dr segi hal lain baik serta bagus.

abdhalim : Td kn ana da jwb. Xdpt ke msjnya?

muslimah : xde pun ..(ini diubahsuai sbb msej asalnya dah terdelete selepas dibaca)

abdhalim : Wa'alaikumussalam. Pndpt pribadi ana, x slh pn dlm hl ni sbb suami ttap ktua
kluarga n istri sbg pbntu. Utk pmpin kluarga msti ada ilmu yg dipandukan
al quran.jd istri yg mgkn lbh arif ttg al quran ni lh yg kna sma2 bntu suami,yg
mana kurg dpbtulkn.sbb Allah ciptakn suami tu dgn byk klbhn bbnding istri,
tp ada jga kkurgn n klemahn yg msti ada org tdkat yg mmbtlknnya. Wallahu
a'lam. (ni mesj asal yg ptg td saya dah sent tp x delivered tu)

muslimah : owh.. hemm,,,tp kan ada pula lelaki y baik gtu(hnya bukan hfl quraan je) merasa
rendah diri sangat2 hinggakn rasa tk lyk pdhl hati masing2 bkenan..jd tk ke
kesian pd perempuan tu? lelaki tu pula nampak spt tk hargai plak.. dh la dgn
keadaan dunia akhir zmn g plak. jd enta rase cne?

abdhalim : Pd pndpt ana dlm hl ni bgntg pd pndrian llaki tu n mcmana pdkatn pmpn tu plak
dlm myakinkn laki tsbut utk trima drinya. Pmpn pn kna ada cra yg btl mdkati
laki tu.jgn main terjah je.kna mlalui org tgah yg blh dpcayai llaki tu.

muslimah : melalui org tga y perempuan tu cye tk bole?

abdhalim : Boleh jugak.org tu kna btl2 knal dgn pmpn tu,n kna gak org yg jujur,spaya x
menipu laki td.wallahu a'lam.

muslimah : loh.ada ke y sungguhnye suka@bkenan tp nk mnipu?

abdhalim : Ada je.manusia ni sifatnya kdgkala suka mbesarkn crita n mgmbrkn suatu yg
indah2,lbh dr hkikat sbnr. Cnthnya,wakil c wanita td mrisik c llaki tu bg pihak
wnita tsbut n dgmbrknnya bhwa wnita tu sgt smpurna n ckup sgla2nya pdhal
mgkn sbnrnya x srupa dgn sifat sbnr.jd dlm hl ni akn mnganiaya laki tsbut.
Wallahu a'lam.

muslimah : oOoOo..loh.mcm tk bjumpa lah srta tk kawen lah org tu.

muslimah : jd,ana nk tnye.dgn situasi enta n kwn2 enta,dvotees tu,korg mmg lah
sesempurna dh.rupa,tk yh kre la kalau ada jerawat tu, akhlak insyaAllah kot en,
suara dh mantap(maaf kalau slh).ini ana bukan sesuka hati tarik phatian enta
nk
puji k,jgn perasan.ni sbb dga rmai dok memuji.ha,mcmne kalau ada org dlm
DIAM
y nk jd isteri?(clsmate,coursemate,n apa g mate lah,pminat). ye2 nih dlm
diam2
g plak tuh.adakh enta senang je nk adakn taaruf@tk lgsung lyn?mcm
korg muda2
ag kn semua,tkenal la gk,mesti lah en byk dugaan.ke tk lgsung xde
pape,sunyi
sepi?

abdhalim : Ni soalan yg kna buat research tu ke?

muslimah : tmbhn. sb nmpk psekitaran y islamik begitu addicted dgn nasyid wa penasyid.
habis tanak jwb???

abdhalim : Ana ada hak utk mnolak drpd mjwb soalan tu kn? ;-)

muslimah : hak?ya. tp ana anggap hutang. jd mcm mana?

abdhalim : Eh,xblh la gtu. Ana x redha utk jwb soaln tu. Klu enti pksa gak, ana mgundur diri
n xbntu pape lg.

muslimah : oh.begitu.baiklah.hormati kehendak enta. 1)apa mksd enta bantu pape?
2) knp x redha? 3)apakah hnya org ttentu je dpt kredhaan enta? wah begini ke
cara pendakwah y tkini...hem..masyaAllah.

muslimah : enta(pnasyid+pndakwah jg en) jgn buatkn+rumitkn+tmbhkn umum bsangka
buruk pd pendakwah+bnasyid mcm korg. maaf ats tutur bicara ana.jd, baiklah.
ntk stkt ini dlu. jazakallah khairan kathira ats bantuan+buah fikiran+pendapat+
komitmen+keredhaan enta dlm mnjwb pmasalan y ana dok tnye td ya.assalam
alaik

Sampai begitu shj pbualan kami secara SMS. Jadi apa pndapat anda ttg isu ini? Untuk pngetahuan smua, muslimah tersebut pernah sms sy pada awal2 hari raya hari tu dan katanya nak minta tolong dia buat research, dan saya cuma balas insyaAllah kalau saya mmpu dan kena pada caranya. Dia menamakan dirinya sebagai ****. Tp beliau masih x maklumkan pada saya apa research yg sedang dibuatnya tu.

Saya betul2 x bniat utk aibkan muslimah tersbut dalam hal ni cuma saya terkilan sdikit dgn cara beliau yg mungkin x berapa menyenangkan saya. Saya bersifat neutral dalam jwpn yg sy berikan tanpa cuba menimbulkan sebarang provokasi. Dlm perbualan tersebut saya cuba mengelak dari mjwb soalan yg pada saya x perlu untuk saya jawab sebab 1) mmg hak saya samada untuk menjawab ataupun tidak 2) soalan tersbut rasanya dah sedikit berbaur 'pelik' dan keperibadian. jadi saya mengelak untuk perbualan yg lebih lanjut yg mungkin menjurus ke arah soalan2 lain yg lebih pelik.

Saya agak sedikit panas bila di provoke sebegini.Niat saya cuma nak berkongsi pndapat dari sudut seorang lelaki bernama Abd Halim Bin Ahmad, tp lihatlah pada akhir2 pbualan kami, saya cuma minta hak saya untuk tidak mnjawab soalan tersebut tapi akibatnya saya dihentam, lebih mmburukkan lagi nama penasyid atau pendakwah pula yg diheret sama seolah2 besar sangat kesalahan saya tersebut. Saya sangat2 pelik dgn sikap sebegini sebab saya x tau salah ke jawapan saya tu? kalau salah, sy mohon jutaan ampun dan maaf..tp pada pndangan sy sbg masyarakat Malaysia, sy dah cuba mmberikan jwpn paling simple & terbaik untuk elakkan fitnah.

Saya harap masyarakat tidak buruk sangka dengan kami para penasyid, khususnya saya sebagaimana yg ditujukan dalam sms tersebut. Saya ni manusia biasa, ada banyak dosa dan salah. Selagi mana saya waras pada sesuatu ketika tu untuk cuba elakkan perkara2 yg saya rasa kurang mnyenangkan, saya cuba elakkan. Mungkin pada pndangan manusia nmpk semcam ianya satu dosa, tp pada Allah tidak, jadi mengapa tidak saya pilih apa yg Allah lebih redha? Handphone ni mmg satu kemudahan dan satu masalah besar gak buat saya. Bila orng sms saya x reply, dia kata kite sombong.bila reply jawab elok2 pun kena hentam jugak. Jadi saya minta sangat2 sesiapa pun faham lah ye keadaan diri saya yg hina ini. SMS boleh, insyaAllah saya baca, kalau perlua bantuan yg mmpu saya bantu saya akan bantu, kalau perlu saya balas sy balas, tp tolong jangan sakiti hati saya ye..Terima kasih buat smua yang sudi baca posting kali ni yg saya rasa antara yg terpanjang kot saya taip..;-)

Akhir kata, selamat berhari raya, masih ada banyak open house, n sama2 lah kita habiskan saki baki puasa sunat 6 di bulan syawal ni. InsyaAllah berjumpa lagi di posting akan datang.. Ma'assalamah.


You may also like

Assalamu'alaikum semua.. alhamdulillah masih pjg nafas ni untuk tambah sedikit coretan peribadi..Hari ni rasanya dah masuk raya 13, dan ...