/
1 Comments
Assalamu'alaikum smua..

Seperti yang tertera pada tajuk posting kali ni, saya ingin mengumumkan penyertaan untuk album Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 kini telah dibuka. Jadi sesiapa yg ada group nasyid, atau yg aktif bernasyid secara solo bolehla menghubungi saya melalui talian 017 7222612, dan kita akan berkenal2an lah sket (termasuk anda akan dimaklumkan syarat2 untuk menyertai) sebelum kita proceed to next stage.

Sepertimana yg smuanya sudah maklum, Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 yg bertajuk Nasyeed Underground telahpun berada di pasaran gelap (underground) sejak Ogos 2009 yg lepas, dan alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan rasanya para penasyid yg terlibat di dalam album Nasyeed Underground pun dapat rasa hasil penat lelah mereka bekerjasama dalam album tersebut telah terbayar. Lagu2 mereka kini lebih dikenali, dan mula menerima tawaran2 mengadakan persembahan di merata tempat.

Sedikit info tentang Koleksi Nasyid Indie Vol. 2, tajuk album masih belum ada lagi, tapi insyaAllah kali ni perancangannya lagu2 yg akan dimuatkan mungkin hanya 8 buah lagu sahaja di mana kualitinya sudah pasti akan mengatasi Vol. 1. Jadi kepada yg berminat jangan segan2 nak hubungi saya, penyertaan dari wanita juga saya terima, yg penting boleh beri komitmen dan faham Islam ye..

Produksi Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 ini dijangka bermula November ini dan jika segalanya berjalan dengan baik dan mengikut apa yg dikehendakiNya, insyaAllah akan dipasarkan menjelang bulan April 2010.

Akhir kata, tolong panjang2kan/sampai2kan informasi ni kepada kenalan2 anda, mudah2n peluang yg mereka nanti2kan selama ini untuk menghasilkan album sendiri akan menjadi kenyataan, insyaAllah. Sekian, ma'assalamah.


You may also like

Assalamu'alaikum smua.. Seperti yang tertera pada tajuk posting kali ni, saya ingin mengumumkan penyertaan untuk album Koleksi Nasyid I...

1 comment:

nadiRASUL@iman said...

salam abg halim.

ada lagi tak nak buat album nasyeed underground camni? nak suh kawan sy join la..dia ada good talent. syg plak kalau abaikan cenggitu jer..kalau ada lagi projek camni kasitau kami yer. TQ!