/
0 Comments



assalamu'alaikum..alhamdulillah, berkesempatan lg nak berkongsi sesuatu pd kali ini..sy baru je balik dari menonoton filem terbaru bertajuk "2012" yg baru je mlm semalam mula ditayangkan. cerita yg berkisar ttg bumi yg mula mengalami kemusnahan dan fenomena2 yg sangat luar biasa, bencana alam yg sangat sangat dahsyat..cerita ni menggambarkan sedikit sebanyak fenomena yg akan berlaku sebagaimana hari kiamat ! astaghfirullah..walaupun hari kiamat sebenar jauh lebih mengerikan daripada yg digambarkan dlm filem ni tapi rasanya dengan apa yg ditunjukkan ni pun dah dapat memberi kesan yg mendalam dlm jiwa ni..

letusan gunung berapi, banjir besar, gempa bumi dan pergerakan kerak bumi sehingga beberapa puluh darjah, semuanya sangat bermakna untuk kita hayati betapa apabila benar tiba saat hari yg dijanjikan Allah itu nnt, mmg xde manusia yg dapat melarikan diri, xde yg dapat menyembunyikan diri, dan x mampu dah nak pikir hal2 lain, smuanya jadi pasrah.

cerita ni endingnya bumi masih wujud, cuma kembali sebagaimana awal2 zaman ice age dulu. jadi xlah jadi kiamat, cuma bumi seperti dilahirkan smula, walhal jika benar terjadi kiamat nnt maka langit2 pun akan runtuh, bkan bumi sahaja yg akan musnah, malahan seluruh bimasakti juga akan turut musnah sama sekali. cerita ni juga sedikit sebnyk ada adaptasi dari kisah bahtera Nabi Nuh 'alaihissalam dengan banjir besar yg berlaku pada zaman baginda.

komen saya, cerita ni sangat positif untuk ditonton (x semestinya di pawagam, boleh tunggu vcd released) kerana kita akan lebih rasa bersedia dengan janji Allah iaitu pastinya datang hari kiamat. Mudah2n kita tergolong dalam golongan orang-orang yg sentiasa mengingati kematian, kerana Allah berfirman yg mafhumnya "..orang yg bijak tu ialah orang yang mengingati mati..". Bersedialah di usia muda kerana kita x tahu kita sempat mengecapi usia tua ataupun tidak.


p/s: saya tidak menggalakkan anda yg tidak pernah ke pawagam utk pergi menonton cerita ni, tp pada sesiapa yg dah pernah pergi, pastikan jgn terlepas tengok cerita ni. ambil yg baik, tinggalkan yg buruk. hidup mati hanya kerana Allah. Barakallahufikum.


You may also like

assalamu'alaikum..alhamdulillah, berkesempatan lg nak berkongsi sesuatu pd kali ini..sy baru je balik dari menonoton filem terbaru be...