/
0 Comments
Bismillah, asssalamu'alaikum..
semua apa khabar? lama x update cerita2 sensasi..hehe, so utk posting kali ni ada 1 crita terbaru yg terkena pada saya..sepertimana tajuk di atas, nak habaq mai crita ttg husnuzzon..rasanya smua tahu, husnuzzon ni istilah bahasa arab yg bermaksud 'bersangka baik'..lawannya pula ialah su'uzzon (sangka buruk).

ceritanya begini, lebih kurang jam 6 lebih pd 10 feb lepas, sy makan petang dengan adik perempuan di kedai makan berhampiran uia, depan skolah teknik gombak. so sampai je di sana terjumpa la 2,3 rakan, dan mereka ni dah tahu yg perempuan dengan sy ni adik sy, so ok lah. tp tengah dok borak2 dengan adik masa tunggu mknn yg kami order sampai, terlebih dahulu 1 sms sampai di phone saya yg berbunyi "Ni keluar ngn awek mane pulak ni...mmbuka pintu fitnah ko ni..."bila malu sudah hilang,lakukanlah apa sahaja yg kamu mahu"..afwan ya akhi." saya agak terkejut tp stay cool, saya rasa ada somebody yg kenal saya berada di sekitar tu, dan dia mesti x tahu yg bersama sy ni adik saya. then sy reply "sapa ni ye? ni adik kandungku..salah ke?" dan selepas itu sy ternmpk sorang sahabat saya tengah makan di kedai bersebelahan, dan dia sdg tersnyum pada saya..mungkin dia x terima lg sms reply dari saya. lepas tu baru dia reply dan minta maaf sbb tersalah sangka. walau macamne pn mood saya sedkit terganggu petang tu dan rasa terpanggil utk menulis ttg perkara ni.

mgkn ramai yg masih x tahu saya ada adik permpuan di uia gombak, tp rasanya jgn la terus main terjah je kan..saya respect sahabat tu sbb beliau seorang yg memelihara al Quran dan menjaga agama, tp sedikit terkilan sbb x pasal2 saya kena sound free..huhu. di sini sedikit renungan bersama, utk stiap perkara yg kita tak pasti kesahihannya, adalah lebih baik kta selidiki dulu dgn cara yg baik dan berhikmah, dan juga saya teringat satu petikan hadith (maaf x berapa ingat riwayat dari siapa) yg maksudnya lebih kurang berbunyi 'Barangsiapa yg merasakan dia telah cukup tawaduk dan zuhud, maka dia sebenarnya orang yg paling riya'..na'uzubillah..mudah2n stiap perkara yg kita rasakan x berapa betul, kita cuba utk perbaiki dgn niat nak bantu agama Allah dan bukan nak tunjuk pandai dan baik. Rasulullah sndiri bersabda maksudnya 'Apa yang paling aku takuti pada diri kamu (umat) ialah syirik kecil, dan syirik kecil itu ialah riya'. Jadi cerita ni sekadar utk renungan bersama. Baik buruk itu nilaian yg paling sempurna dan tepat adalah dari Allah. Smoga kita berjaya pada pandanganNya, insyaAllah.

Terima kasih kerana membaca ! :) assalamu'alaikum...


You may also like

Bismillah, asssalamu'alaikum.. semua apa khabar? lama x update cerita2 sensasi..hehe, so utk posting kali ni ada 1 crita terbaru yg terk...