/
0 Comments


Jodoh & Takdir

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan


Assalamu'alaikum smua,

alhamdulillah, punya sedikit ruang waktu ni saya nk berkongsi pngalaman & cerita di sebalik lagu2 yg pernah saya compose, dari dulu shingga skrg. Pertamanya saya bukanlah komposer yg hebat, tak la dpt menandingi bakat abg munif hijjaz, abg isman & abai hijjaz, tp sdikit sbnyk cerita2 yg seumpama ini akan saya selalu update sbg bahan utk dikongsi dengan anda smua.

jadi utk post yg pertama ni saya nak cerita sket sbyk tntg lagu yg berjudul Jodoh & Takdir nyanyian kumpulan Misk. Lagu ni ciptaan saya sepenuhnya (lagu/lirik) dan dimuatkan dalam album Nasyeed Underground. Kepada sesiapa yg belum dapatkan blh dapatkan terus melalui Neurotic Studio (promo sekejap..hehe).

Lagu Jodoh & Takdir ni bukanlah lagu pertama yg saya cipta, ada bbrapa lagu yg dah saya buat terlebih dahulu tp ada beberapa keistimewaan lagu ini pada saya.

Idea
Idea menghsilkan lgu ini pada 2004 (waktu tu di pusat matrikulasi uia, pj) di mna pada masa tu sgt kuat pengaruh lagu2 cintan cintun ni, dan yg pastinya lagu2 InTeam waktu tu mberikan inspirasi kpd saya. Sy rasa mcm tgh layan lagu Kasihku Abadi (album In-Team 04) dan waktu tu mmg idea2 pn dtg dari hati yg berbunga2..yelah, bila layan lagu cinta kita pn rasa indah je kan :p

Lirik & Melodi
Lirik lagu ni ada terlebih dahulu sblm melodinya. Saya cuba baitkan kata2 indah (jiwang la konon), dan lepastu cari melodi. Alhamdulillah, flow lagu ni rasa cantik je (pada pdengaran saya), dari verse 1 sampai chorus mmg ikut flow stiap lirik.

Muzik
Susunan muzik pada waktu tu saya yg baru2 blajar mggunakan software try2 la guna software Fruity Loops 4, dan muzik asas ada la bunyi piano, drum, string, bass yg sangat teruk (sebb xtau konsep bunyi bass camner..hehe).

Penyanyi
Semasa lagu ni dicipta, saya dah mula menganggotai Devotees, dan dlm msa yg sama ada gak grup nasyid sendiri di matrikulasi time tu. Group kami diberi nama Feelhoney dan dianggotai oleh Azizi, Faizal, Iffwat, dan saya sendiri. Waktu tu kami ada la gak buat persembhan utk bebrpa event dlm matrik tu dan antara lagu yg kami pernah nyanyikan termasuklah Jodoh & Takdir ni.

Komen
Maklumbalas dari pendengar waktu tu mmg ramai yg suka nyanyi lagu ni..Shinggakan baru 1st time bawak show lagu ni, then ada budak yg terus tahu kmpulan kami popular dengan Jodoh & Takdir ni. Dalam kumpulan kami sndiri waktu tu pn suka nk menyanyikan lagu ni bila show, kiranya budak2 Feelhoney ni dah berangan la nk ada album sndiri dgn single Jodoh & Takdir..hehe

Anggota Kumpulan
Tahun 2005 menyaksikan pertukaran anggota kumpulan Feelhoney (Ifwatt dan saya) menarik diri atas alasan komitmen pelajaran, dan digantikan dengan Solihin & Faiz. Feelhoney terus bergerak sehingga ke uia gombak.

Feelhoney-->Misk
Tahun 2006 di UIA Gombak kembali menyaksikan pertukaran anggota di mana Faizal menarik diri kerana komitmen pelajaran, sekaligus menukar nama kumpulan daripada Feelhoney kpd Misk (kerana dah ada group nama Feelhoney rupanya iaitu Feelhoney skrg yg juga terlibat dlm album Nasyeed Underground) dan saya kembali mengambil tempat Faizal, menjadikan kami seramai 4 orang smula iaitu Azizi, saya, solihin, dan faiz.

Jodoh & Takdir dalam Nasyeed Underground
Gagasan mewujudkan album Nasyeed Underground telah dimulakan pada tahun 2007 namun disebabkan kekangan masa dan kewangan, saya tangguhkan dan alhamdulillah awal tahun 2009 semuanya kembali bersemangat dan nmpk macam nak jadi, cuma kena tambahkan sedikit kesungguhan. Saya mula kumpulkan material dan buat pencarian kumpulan yg nak join dalam album ni, waktu tu Misk dah sedikit slow disebabkan Azizi tkar tempat study, so disebabkan itu kami pn jadi pasif sket. Saya ada khabarkan pada Faizal ttg kwujudan album ni, dan dia lah yg paling bersemangat utk cetuskan kmbali Misk. Bersungguh2 dia minta sy letakkan Misk dalam album ni dgn mbawakn lagu Jodoh & Takdir. Saya consult dengan Azizi & yg lain2, smuanya pakat berstuju dan sah lagu ni akan dimuatkan dalam album Nasyeed Undrground.

Tanpa Solihin
Misk kembali berkolaborasi -Faizal, Azizi, Solihin, Faiz, dan saya. Namun pada saat2 akhr nak ke sessi rakaman, Solihin dikhabarkan sangat busy dan xdapat nak beri komitmen, takpe, kami faham, disebabkan time tu pn beliau sibuk gak mmbuat persiapan ke jinjang pelamin. Akhirnya hanya ada 4 vokal yg muncul dalam Jodoh & Takdir, kecuali Solihin.

Begitulah sket sbanyak kisah lagu Jodoh & Takdir, dan saya kira dalam posting ni agak banyak gak menceritakan latar belakang Misk. Untuk pengetahuan smua gak, hanya nama2 yg ada saya sebutkan dalam posting ni je anggota kumpulan Misk, dan jika ada pihak yg mengaku dia anggota atau pernah menganggotai Misk, tu adalah fitnah belaka. mungkin dia Misk kumpulan lain kot..:)



Sekian dulu utk Di Sebalik Lagu kali ni, insyaAllah akan datang lagi byk cerita2 begini akan saya kongsikan bersama. Klu ada soalan2 nak tanya boleh tinggal di chatbox atau emel kepada saya di abdhalim.ahmad@yahoo.com. Sekian, assalamu'alaikum.


You may also like

Jodoh & Takdir Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa Moga dikurnia seorang ratu di jiwa Temp...