/
0 Comments
Assalamu'alaikum smua,

Wahh..lma rasanya x update since post lagu Dalam Sujud Cintaku. Terima kasih kepada smua yang dah mendengar preview lagu tersebut shinggakan dalam masa kurang sbulan dah diview lebih 1000 kali..Alhamdulillah, mudah2n dapat ambil manfaat dari lgu tsebut. Jumlah Tetamu Istimewa saya ke blog ni pn dah mencecah 200++, slamat datang smua, maaf jika saya cuma dpt respon anda sekali sekala je..Terima kasih kerana sudi follow blog ni. Baiklah.

Untuk pengetahuan bersama, skrg saya sedang dalam tempoh praktikal selama 3 bulan. Tempat praktikal adalah sebuah kilang yang menghasilkan bahagian air cond kenderaan, pmbuatan plastik, dan getah..Saya mula ditugaskan bekerja di sana sejak 12 April yang lepas, dan alhamdulillah sehingga ke saat ini (dah lepas minggu ke-3) nmpknya smuanya berjalan lancar dan sy sgt sronok mnjalani praktikal di situ..Biasanya org kata time praktikal ni kita kena buli, kna suruh macam2, tp alhamdulillah, saya dan 3 orng rakan lain yg juga rakan sekelas nmpknya mmg memainkan peranan yg pnting untuk syarikt tu. Kiranya kami ni mmg menjalankan tugas sebagai engineer dan mmg kerja yang byk gunakan otak.

Saya ditugaskan bahagian maintenance, dan kerjanya more to about documentation. File2 perlu sntiasa update, kena tahu operasi stiap machine dan produk yg sykt kluarkan. Memandangkan sykt ni sedang dalam proses mndapat psijilan yg tbaru ISO 2008/TS 16949, so kami2 budak praktikal ni lah yg byk mmbantu engineer di situ untuk sama2 bg pndapat, kurangkn sket beban engineer2 yang dah byk sangat kerja. Supervisor plak mmg sempoi, baik, dan terer. Malahan mmg sgt bfikiran tbuka, x sombong pn nk minta pndapat bsama. Overall mmg suasana kerja buat saya x rasa jemu nk g kerja stiap hari.

Perihal lain plak di sykt tu ialah saya juga bukn skadar jadi 'engineer', tp gak saya ada misi yg tsndiri iaitu utk jadi cikgu, penterjemah bahasa, kaunselor, dan apa2 sahaja lah profesion yng boleh sama2 bantu para operator (pekerja kilang) di situ..hehe..Dok situ seminggu dua je saya dah cuma selami perasaan, ideologi, dan ruang lingkup pemikiran para operator di situ, dan secara jujurnya mmg ada bnyk perbezaan mereka jika nk dibandingkan kita yang mdpat pndidikan shingga peringkat ke tiga ini. (tertier education).

Beberpa org barisan hadapan (sperti supervisor, executive production, line leader, dll) dikehendaki hadir seminar untuk dapatkan pnsijilan ISO/TS 16949 tsebut. Lepas tu kami ni dapat la slide note, dan masing2 yang hadir kena buat report. Peranan saya sbg cikgu & penterjemah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu bermula di sini apabila saya kena sama2 bantu mereka utk buat report. Slide note tu dalam english, jadi mereka ni ada la yng x berapa nk faham english, so saya pn bntu untuk terjemah dan bagi idea ttg bentuk report yang msti dibuat. Walaupn diriku ni pn x hebat english, tp rasanya sgt bagus dgn ilmu yg kita ada sama2 kongsi supaya mereka dapat nmpk kpntingan menguasai sesuatu bahasa dan cara menggunakan kamus..(sbb ada yg terjemah ayat direct dari kamus).

Lepastu peranan saya bertukar jadi kaunselor plak bila ada operator wanita yng umurnya muda dari saya, berkongsi gak ttg khidupannya, masa dpannya yg dicorak oleh family tnpa mengikut kehendaknya dan ending part, dia berada di kilang tsebut. Dalam hal ni plak saya ada gak sama2 kongsi ttg pngalaman utk dia sama renungkan, dan fikir sjenk, dan dia sndiri (gadis ni free hair) pernah mesej saya lepas waktu kerja, saya reply dan bagi kata2 smngt dan ada gak selitkan ttg peringatan utk jgn abaikan solat, dan dia reply saya dengan mngatakan saya lah org ptama yg ingatkan dia ttg solat. Alhamdulillah, btapa sykurnya saya sbb kita2 ni sntiasa dibesarkan dan didampingi dgn orang2 yg sntiasa mndirikan solat dan akan mengingatkan kita ttg solat, tp gadis ni mungkin x berpeluang sebgitu. Saya bukan minta dipandang baik oleh dia, cuma sy nk bila dia pndang saya dia akan ingat apa yg saya igtkan, iaitu solat.

Selain tu, saya jugak kadang2 jadi doktor..haha..sbb ada operator yg sakit, saya akan nasihatkan makan apa yg boleh dan x boleh, apa mknn yg bagus dan x bagus untuk dimakan, jangan buat itu dan ini, jgn stress, jgn jangan jngn jangan dan jgn.! Sehinggakan ada yg kata kat saya, "abg ni minat kejururawatan ke.?"..hehe. bkan minat,cuma ilmu yg ada kena dikongsi supaya mereka x tertutup mindanya, bila demam je telah panadol, pening sket telan panadol, last2 datang migrain plak, time tu telah panadol migrain plak, lma2 jadi barah otak plak, masa tu xkan kita nk rely pada pil sahaja kan? jadi tu la sket sebanyk apa yg saya cuba corakkan pada pmikirn mereka. bukannya saya tunjuk bagus dan sihat sjahtera, tp skadar nk bkongsi untuk kesihatan dan keselamatan bersama.

Jadi ni la sdikit sbnyk cerita saya di tmpt praktikal. insyaAllah masih ada 2 bulan lebih untuk diharungi, mudah2n rasa hepi ni x luntur, dan prestasi kerja semakin bagus. Hepi2 gak, matlamat untuk bantu sesama insan dan kerja dakwah mesti diteruskan! Mohon doa dari smua, moga2 Allah permudahkan jalan dan perkara baik akan bterusan, yg x baik akn segera kita kesan dan kita hindarkan. Maaf gak jika ada yg email, mesej di facebook, di handphone yang saya x balas, mungkin saya sedag bekerja, atau xde kredit atau hal2 lain yg xdapat dielakkan. Skrg ni khidupn sy bertambah sibuk, siang jadi engineer, malam jadi musician.hehe..smoga hati tetap tabah dan dibuang perasaan malas dan penat.

Akhir kata, salam ceria,dan nantikan ALBUM SOLO HALIM, ALBUM NASYID INDIE VOL. 2, dan ALBUM NURFANTZ (MA'AHAD MUHAMMADI). Assalamu'alaikum warahmatullah. :)


You may also like

Assalamu'alaikum smua, Wahh..lma rasanya x update since post lagu Dalam Sujud Cintaku. Terima kasih kepada smua yang dah mendengar prev...