/
0 Comments
Assalamu'alaikum semua,
Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan utk update blog ni. Terima kasih juga kepada para pengunjung baru yg mula jengah2 blog ni, harap2 ada la input atau cerita2 saya yg boleh dijadikan bahan bacaan ringan anda..;)

Utk edisi ke-2 ni, nak tambah 1 pngalaman baru lg yg dapat setelah melalui bulan yg pertama praktikal di company XXXX (dirahsiakan..hehe) ni. Alhamdulillah Allah terus menerus memberikan saya ruang utk belajar ttg byk lagi perkara baru dan yang nak saya kongsi ni ttg kisah seorang kakak (juga boleh dipanggil makcik) di tmpt praktikal saya ni.

Secara ringkasnya saya nak senangkan cerita iaitu sifat akak ni yg suka sangat mengeluh dan merungut di tempat kerja. Terlebih dhulu ni bukan cerita nak aibkan sesiapa, cerita ni skadar pkongsian dari saya dan bertujuan baik iaitu utk kita sama2 muhasabah diri utk jadi lebih baik. So disebabkan saya ni terlebih peramah (maklumlah, doktor, kaunselor dan engineer..hehe) saya biasa lah mendengar rungutan2 dan keluhan2 akak ni..Dia kata sudah malas mau kerja di sini..dulu best, ramai kawan2 melayu, boleh sembang2, sjak 2,3 tahun lepas ramai kawan2 kerja tmpt lain sbb dapat better offer..dan untuk pengtahuan smua, tmpt saya kerja ni operatornya terdiri dari bangsa melayu dan india. Tapi macam biasalah, cina byk ditempatkan di ofis, dalam aircond, buat kerja2 marketing & sales, pegang duit, sedangkan melayu & india hnya ditempatkan sbagai operator sahaja..(tp yang membanggakan iaitu smua engineer disitu orng melayu)

Kemuncak rungutan akak tersebut berakhir stlah dia dimarah oleh org atasan kerana kesilapannya yang mmg sangat2 membuatkan orang lain menghadapi masalah. Lepas tu dia terus kena kaunseling dgn supervisor, dan esoknya terus dia berhenti kerja...

Dalam keadaan begitu saya sememangnya tak layak nak menghakimi diri seseorg samada dia bagus atau x, tp melalui pmerhatian saya yg dapat saya simpulkan di sini ialah saya malu bila org melayu kita kuat merungut, sedangkan operator2 berbangsa india di situ buat kerja dengan tekun dan tak tension pn. Kita sepatutnya faham dengan peranan dan level kita. Bagi saya bila kita sedar kita ni letaknya di mana, di mana kemampuan kita, apa peranan kita, kita akan tahu menghargai apa yg kita dah miliki dan dalam erti kata lain kita akan jadi insan yang bersyukur.

Tp saya x salahkan akak tu 100% sbb saya faham mindanya masih x terbuka utk faham keadaan zaman skrg yg sangat competitive. Even saya tanya dia tahu x apa tu internt,dia kata xtau langsung..bukannya kata macam pernah dengar, tp mmg xtau lgsg. Jadi mcmaner saya nak mula jana pemikirannya spaya lebih kritis, lebih menerima yang susahnya kerja dia atau penatnya kerja dia, tu bergantung pada levelnya sndiri. Sedangkan graduan yg ada ijazah pn buat kerja membanting tulang, jadi kena faham2 sndiri lah orang lain plak macamna..

Saya pn bukan pekerja yg bagus, apa yg saya nmpk ni saya jadikan pengajarn utk diri sndiri, dan tgk balik cermin diri, cuba buang sifat2 sebegini sbb mmg ada sifat mengeluh dalam diri kita, cuma kuat atau x kuat mengeluh je bezanya. Selagi kita muhasabah di mana letaknya diri kita ni, kita akan sedar. Klu nak tingkatkan taraf hidup, kena la tingkatkan level kita, kena mainkan peranan yang lebih pnting. Dari seorng operator x mustahil akan jadi seorang businessman/businesswoman yg berjaya. Hanya perlu fikirkan 1 level yg lebih tinggi dengan targetnya tersndiri, mula bentuk dlm diri kita peranan yg perlu dimainkan utk capai level tu. InsyaAllah klu niat kita ikhlas dan baik, Allah itu tidak lokek utk memakbulkan doa kita..kan..;)

Jadi sampai sni sahaja utk kali ini. Sebenarnya ada byk lagi cerita nak dikongsi cuma x sempat nak taip. InsyaAllah isnin ni (17hb Mei 2010) saya cuti, x kerja, sbb hantr parent dan beberapa ahli keluarga ke KLIA untuk pergi mengerjakan umrah. Mohon doa dari semua moga2 semuanya selamat dan sejahtera, sentiasa mendapat perlindungan dan kasih sayang Allah. Akhir kata salam ceria, dan salam muhasabah :) Assalamu'alaikum warahmatullah.


You may also like

Assalamu'alaikum semua, Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan utk update blog ni. Terima kasih juga kepada para pengunjung baru y...