/
0 Comments
Assalamu'alaikum semua,
Alhamdulillah masih terus2n diberikan kesempatan olehNya utk meminjam udara ini agar dpt terus bernafas dengan sempurna. Kali ni nak tambah satu lagi input baru, apa yg saya dapat contohi dari kisah di tempat praktikal saya.

Ceritanya ialah ada seorg akak ni, org nyer kecik dan comel, msih belum berumahtangga, sangat peramah dan x sangka walaupn tubuhnya kecil tp usianya dah hampir menjangkau 30-an..dia antara operator yg rapat dengn saya dan saya byk berkongsi cerita dan ilmu dengnnya. Antara yg menarik ttg akak ni yg saya nak kongsikan ialah, sejak usianya 3 tahun lagi dia tak pernah berjumpa ibu kandungnya, dan akhirnya dia berjaya dipertemukan smula pada awal bulan mei yg lepas setelah 25 tahun berpisah. Mereka terpisah sebab masalah family, berlakunya perceraian antara kedua ibubapanya itu, dan seterusnya si ibu berkahwin dengan warganegara Thailand & terus menetap di sana. Akak ni walaupn dia mbesar tanpa kasih sayang seorang ibu, dia tetap gigih meneruskan kehidupan, membesar bersama abang2 kandungnya, dan stelah usianya menginjak 28 tahun barulah ibunya 'kembali' ke pangkuan anaknya itu. Sebabnya kenapa? katanya sbb si suami warganegara Thai itu dah mula buat hal (dan mungkin juga berakhir dengan perceraian).

Si ibu x habis2 menyesali tindakannya dulu yang sanggup tinggalkan anak hanya kerana kejarkan kebahagiaan baru, tp akhirnya dia sendiri yg datang menumpang secebis kehidupan anak2 yang serba sederhana itu. Yang sangat saya kagumi ialah akak ni walaupn nasibnya sejak kecil begitu, dia dengan tangan terbuka dan berbahagia menerima kehadiran ibunya semula walaupn dia tahu kenapa dia diabaikan suatu masa dulu. Dia kata "biar buruk ke, jahat ke, walaupn mak akak pernah tinggalkan akak, tp dia tetap mak akak..".

Baru2 ni berkesempatan juga meluangkan masa temankan akak ni shopping kain utk dibuat baju sempena abangnya akan melangsungkan pertunangan. Semangat betul akak ni sbb slama ni shopping kain pn utk baju sndiri, kali ni dia merasakan lebih bertanggungjawab dan seronok sbb dapat belikan utk ibunya, dan x lupa juga 2 orang adik barunya (perempuan) hasil perkongsian hidup ibunya dengan suami warga Thai tersebut. Tahun2 lepas beraya x buat ketupat, xde kuih muih, hanya duduk depan tv dalam rumah menantikan anak2 jiran datang beraya, namun kali ni akak ni lebih bersemangat dan dah siap2 merancang raya tahun ni akan ada ketupat, kuih tart, dan macam2 lagi.

Moral of the story ialah, sbg anak, walau sejahat dan seburuk mana pun apa yg ibu bapa telah lakukan pada kita, jgn sekali2 kita berdendam, apatah lagi membalasnya dengan keburukan juga. Kita hendaklah membalas segala2nya dengan penuh hikmah, berstrategi, lemah lembut, dan selalu berdoa semoga Allah membuka hati mereka utk berubah, dan semoga hati kita sentiasa tabah utk menjadi org yng sabar. Akhir kata, sayangilah kedua ibu bapa kita, kerana mereka, kita ada di sini, kerana mereka, kita kenal Islam, kerana mereka jugalah, kita kenal Allah. Sekian, jumpa lagi di posting seterusnya..assalamu'alaikum :)


You may also like

Assalamu'alaikum semua, Alhamdulillah masih terus2n diberikan kesempatan olehNya utk meminjam udara ini agar dpt terus bernafas dengan s...