/
0 Comments
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, jom sama2 bersyukur sbb Allah, Tuan Pemilik dunia ni masih berkehndakkan kita utk hirup udara & menikmati semua nikmatNya yang terbentang luas ini.. Pertama2nya saya nak ucapkan terima kasih kpd smua yg mendoakan kesejahteraan saya, alhamdulillah saya baru pulih dari serangan demam yang sangat2 berat shinggakan 2 hari xdpt g kerja..Dan spnjng tempoh sakit tu selera makan hilang, kepala pun pening, batuk x henti2, nak buat kerja2 muzik pun x boleh sbb ada sound trouble, dan mcm2 lagi. Tp bak kata kwn2, sakit ni kaffarah dosa, jadi masa sakit ni lh nak kena renung2kan dosa2 & salah silap kita.

Entry kali ni masih lg dalam cerita di tmpt praktikal saya, sbuah cerita ttg slh seorang staf (saya menggelarnya abg F, bukan nama sebenar..hehe) yang sangat2 saya respect dan terlalu ingin sy jadikan contoh buat diri saya. Apa yang menariknya ttg abg F ni? beliau sudah berumahtangga, seorang yang sangat pemurah dengan senyuman, kalau sehari tu xkan sah kalau x terlihat senyuman di bibirnya. Perkara yang sgt mengagumkn saya ialah beliau merupakan seorang suami yang sangat tabah dan penyayang.. Abg F telah berumahtangga dan memiliki 2 org cahaya mata yang dah pun bersekolah, dan isterinya menghidap pelbagai penyakit kronik yang memaksanya untuk mendapatkan rawatan di hospital pada stiap bulan. Kadang2 abg F ni terpaksa cuti sehingga 3,4 hari untuk jaga isterinya, utk bawanya dan temankannya ke hospital.

Bila berborak dengan abg F ni, beliau tetap tersenyum walaupn dia sedang menceritakan penderitaan yg dilalui oleh isterinya..Mklumlah, dengan kehidupn yg serba sederhana, kerja makan gaji sebegitu x pernah jadi sesalan baginya. Katanya biar sikit macamana pn rezeki kita, tp kalau ada keberkatan pasti smuanya mencukupi. Isteri abg F sndiri pernah memberikan 'green light' kpd suaminya kalau2 berniat ingin pasang 'seorang' lagi. Tapi abg F kata, cukuplah, dia x terlalu nak memikirkan soal cari yang lain, tp nak terus setia bersama isterinya. Dari riak wajah abg F ni pn terpancar kesungguhan untuk membela nasib si isteri, yang membuatkan saya betul2 terharu. Saya tabik spring depan abg F ni dan katakan padanya, abg F mmg suami yang paling 'solehah' saya pernah jumpa..hehe =p

moral of the story ialah, saya ingin jadi suami yang paling baik, mcm abg F ! hehe..percayalah, klu ssiapa mengenali peribadi abg F ni, mmg semua org akan cuba mendampinginya. Saya sndiri x tahu mampu ke saya jadi sperti abg F ni, dan pastinya setiap lelaki akan mengimpikan dirinya jadi seorg suami yang paling penyayang dan tabah dalam mengharungi kehidupn suami isteri. Saya selalu cakap dengan abg F, wlupn abg F ni diuji dengan macam2 dugaan, syurga Allah tu dah sedia menunggu suami mcm abg F ni. Saya harap sy akn berjaya jadi suami yg paling penyayang dan sabar...mohon doa dari smua utk kita bersama smoga kita akan dapat jadi yang terbaik buat pasangan kita, kerna dengan adanya ikatan kasih sayang yang pnuh dengan persefahaman dan toleransi, insyaAllah sesikit mana pun rezekiNya buat kita, atau sebanyak mana pun ujian yang ditimpakan ke atas kita, pasti kita akan selalu redha. Akhir kata, doakan saya bertemu jodoh dan jadi suami yg best ! =) assalamu'alaikum wa rahmatullah...


You may also like

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullah... Alhamdulillah, jom sama2 bersyukur sbb Allah, Tuan Pemilik dunia ni masih berkehndakkan ki...