/
0 Comments
Assalamu'alaikum semua,

Diharapkan semuanya sihat2 dan bahgia sokmo lah ye ;) InsyaAllah topik baru ni rasanya ramai yg masih x tahu dan ternanti2 apa benda sebenarnya The Untold Story ttg Devotees ni. Jadi kali ni saya nak bongkarkan cerita-cerita dan kenangan silam Devotees, sepanjang 5 tahun yg lepas bergelar penyanyi nasyid, dan mcm2 hal yg telah kami lalui yg mungkin anda x tahu dan x pernah tahu. InsyaAllah citer ni akan jadi saaaaangat panjang, so sy akan bahagikan kpd beberapa part.


Hijrah...

Bermula pada tahun 2004, saya, adi, dan shauqi yang telah sepakat utk mempunyai kumpulan sndiri telah berhijrah ke KL utk mencuba nasib. Alhamdulillah rezeki mmg menyebelahi kami apabila Shauqi ketika itu bjaya menyambung tingkatan 6 di KISAS manakala saya & adi berjaya menyambung pngajian ke pusat matrikulasi uia pj.

Mr. S

Mengenali sesorang yang kami sangkakan baik pada mulanya, dialah pengurus dan org yg bertanggungjwb mnubuhkan devotees; tp dengan memijak orang lain & secara penipuan. Lbh baik sy sebutkan namanya di sini sbg Mr. S (sepertimana yng paper Metro gelarkan). Katanya dia seorang businessman, ada partner bisnes balak di Kelantan, ada pakcik sbgai timbalan dekan di uitm shah alam, dan lain2. Mr. S ni telah menubuhkan syarikat DME Records untuk menguruskan kami.

Pertukaran Ahli

Pada asalnya kami dtg ke kl secara berempat, iaitu dgn Hakim. Seorang rakan yg telah lma berjuang dgn kami sejak dari skolah menengah. Seorang yg berbadan agak gempal, tp suaranya masyaAllah, kalau digilap betul2 boleh beat salleh brothers la kiranya..hehe. Hakim sempat merakamkan suara dalam lagu Mencari Cinta. Untuk pengetahuan semua juga, sejak dari zaman sekolah menengah kami telah menggunakan 'Ideal' sebagai nama kumpulan sebelum ditukar menjadi Devosi (nama yg dicadangkan oleh Yassin Sulaiman)

Dari kiri: Adi, Hakim, Megat, Halim, dan Shauqi (Gambar ini diambil pada tahun 2002)

Shauqi yang pada waktu itu sedang genting membuat persiapan menghadapi STPM tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kumpulan. Atas alasan itu dia menangguhkan sebentar tanggungjwbnya terhadap kumpulan dan tempatnya telah digantikan oleh Saiful Bahri (yang kami gelar kopai), seorang anak yatim, suaranya bernada tinggi dan kerana ingin diserap masuk kumpulan, dia dipindahkan dari SMKA Johor Bahru ke SMKA Kuala Selangor atas cadangan ayah Adi.

Ahli Devosi pada masa itu ialah saya, Adi, Saiful, dan Hakim. Dalam tempoh yang sekejap satu perkara yang tidak kami sangka2 telah berlaku iaitu Mr. S ni telah membuang Hakim daripada kumpulan tanpa sebab dan tanpa persetujuan kami. Kami langsung x dapat nak mbantu Hakim dan semua keputusan adalah berdasarkan apa yg Mr S rasakan ada kepentingan untuk dirinya.

Kembali bertiga, Shauqi diserap masuk semula dan jadual pelajaran dan nasyidnya diatur rapi bagi mengelakkan kedua2nya daripada bertembung. Sekali lagi perkara yang tidak disangka2 telah berlaku. Saya, adi, dan shauqi terpaksa menyaksikan pembuangan seorng lg anggota kami iaitu Saiful yang telah difitnah sekali lagi oleh Mr. S. Tanpa ada silap dia dilempar dengan pelbagai tuduhan sehinggakan perkara tersebut telah membawa masalah pada diri Saiful di sekolahnya. Sudahlah dipindahkan sekolah kerana ingin menyertai kumpulan, x sampai sebulan dah disingkirkan tanpa perikemanusiaan. Walaubagaimanapun Saiful sempat merakamkan suara latar dalam lagu Sahabatku.


Sempat menghiasi dada majalah hiburan tempatan walaupn seketika, Hakim dan Saiful Bahri

Lengkap

Kami yang tinggal bertiga (halim, adi, shauqi) waktu itu telah menjalankan sesi ujibakat di merata tempat, dan rasanya sudah lebih 3 orng keluar masuk kumpulan dalam masa yang singkat. Akhirnya, kami dipertemukan dengan Muhammad, org Sabah yg bru habis belajr di matrikulasi Labuan. Wajahnya yg iras abg suhaimi inteam pada awl perkenalan kami memudahkan kami utk cepat mesra dengannya dan Alhamdulillah, mmg dialah anggota ke-4 yang dicari bagi melengkapkan Devotees. Walaupun pendatang baru dlm kumpulan Devotees, kami telah sepakat utk melantik Muhammad sebagai ketua kumpulan kerana kredibiliti yg ada padanya.



...akan bersambung, part 2. insyaAllah..:)



You may also like

Assalamu'alaikum semua, Diharapkan semuanya sihat2 dan bahgia sokmo lah ye ;) InsyaAllah topik ...