/
2 Comments

Bismillah...posting kali ni mmg sy nak tulis mcam diari, semuanya ttg pengalaman masa praktikal, jadi rasanya xde moral value utk dikongsi bersama. kalau xnak baca pn xpe, skadar xnak masa2 indah yg pernah dilalui dlm hdup ni berlalu camtu je..kalau nak baca, layaaannn...
Rasanya 3 bulan ni ckup kejap utk lalui praktikal..12hb hari ni genap 3 bulan jadi 'engineer' kejap..klu kawan2 lain ckp praktikal ni macam jadi kuli, xde kerja, buat kerja free & mcam2 lg, sy plak x rasa macamtu. kenapa? sbb company tmpt bekerja ni bkn la compny yg betul2 besar, skadar sbuah kilang yg ada la x sampai 100 orang. bkerja dgn org2 yg x kerek, yang blh layan cara gurauan kita, yg blh bntu dan bimbing kita, mmg satu pkara yg sgt2 menarik.

bos di company ni ada 2 org (chinese); 1 abg dan sorang lg adiknya. abg ni sifatnya sgt agresif, suka bgerak ke sana sini dan mmg sgt mmentingkn kualiti & disiplin kerja. adik plak jenis cool je,dan gaya serta kredibiliti sorng bos tu mmg ada lah. yg si abg tu kitorg budak2 praktikal & ada la sebilangan engineer yg suka ngolok2 ayat2 yang slalu bos tu ckp. antaranya support, setting, settle, standard & senang. smuanya mula huruf S. Yg best tu bila kami2 ni mengajuk cara bos cakap smua perkataan tu dgn gaya bos, mmg lucu..walaupn dia agk kurang disenangi oleh operator & sebilangan pkerja (kerana sikapnya yg tlalu teliti smpai kekadang jd a bit annoying), tp dia mmg bos yg rajin. siap amik penyapu n sapu tempt yg dia nmpk kotor..dia x suruh org buat tp dia terus buat sndiri.

kalau di bahagian R&D plak, ada 3 org; mr john, kak azrin & kak ainun. kak azrin ni dh macam akak saya sndiri. kitorg gurau btul2 mcm org x betul..hehe..dia engineer yg agak otai la kat ctu, so slalu jmpa dia utk bincang2 kerja & mmg klu kitorg dah lepak cerita, smua story la masuk. walaupn dia dah jadi ibu kpd sorng baby, tp ke'gedik'an dia tu yg kadang2 rasa dia sng utk diajak borak & bgurau..tadi di hujung masa nak berpisah nmpk muka kak azrin mcm kelat sket masa nak farewell, ditambah plak dia terharu sbb saya bg dia donut big apple..bkn apa, masa kitorg gurau2 dari awal dulu mmg asyik dok sebut big apple je, jadi mmg niat saya di hari terakhir ni mmg saya akan bwkkan big apple utk dia..(sesiapa yg xtau apa tu big apple, ialah sejenis jenama donut buatan malaysia, sedap!)

kalau di bhagian production lak, supervisor kitorng iaitu abg izam, mmg supervisor yg plg cool & ada kredibiliti. bkn sng nk handle pkerja2 tnpa perlu beremosi..sy mmg respect sgt cara abg izam ni handle smua org di bawah jagaannya. dia pndai bahagikan 'diri dia' smasa jadi production executive dan sbg 'abg izam'. waktu kerja mmg dia betul2 buat kerja dia, dan waktu makan tghr ke, bila luar wktu kerja mmg automatik jadi kawan2 kpd smua operator. blh makn tghr sama2, dok smeja bkak movie atau pasang lgu sbg hiburn masa makan..plak tu masa setiap kali briefing pagi atau phimpunan mingguan, abg izam ni pndai bagi ayat dan dia xkan marah, tp sindir yg buat kita jd segan. mmg sgt berwibawa dan pndai gak dia berjenaka utk buat org jadi ada mood nk mulakan kerja pagi2.

supervisor sy sndiri plak iaitu abg asri, muda lagi,baru nak masuk 30 an, gaya pn msih muda remaja & jnis mmg blh dibuat kawan. dia x kerek, klu xtau pn dia tanya, klu kerja yg dia bagi saya rasa mcm susah nak buat dia xkan marah tp dia sndiri buat atau at least guide sy utk setelkan. dia x pernah marah lgsg, ada la pkara2 yg kitorng blh kongsi cerita dan dia pn ada gak bg2 tips nk ngorat awek..hehe, ilmu mesti diambil..:p

operator2 di bhagian production plak, yg india termasuk lah kuna (sgt baik & suka bawak mknn ringn untuk sy, pastu kitorg mkn snyap2 waktu kerja..hehe), kak alexndria (mukanya cute & suka ckp 'haiiii' pada sy smbil tangannya dilambai mcm aznil hj nawawi slalu buat), dan kak kanmani (yg selalu tension sbb saya slalu jmpa dia smbil lmbai sebut 'hai!'..kalau 10x lalu dpn dia mmg 10x lah saya akan buat camgitu sampai dia cakap,"ayoyo halim, hari2 lalu mau hai hai hai.."haha), fiza (gadis agak gmpal tp sgt smpoi dan x pernah amik kisah apa org nk gurau dgn dia), teh siew lam (amoi yg saya suka kacau di pjbt, kwn baik sy jugak-tadi nk bpisah dia sudah sgt sdeh & nmpk mcm nk mengalir air mata..), hairiya (gadis free hair yg sempoi, suka gelak, dan sgt bersemangat utk bljr english, nnt cita2nya nak jadi business woman), dan ramai lagi. setiap sorang ada karakter yg tersndiri yg mbuatkan saya rasa mereka smua sgt unik & sukar nak dilupakan.

kalau di AFR production di bahagian bawah plak saya mmg rapat dengan kak fong iaitu production executive yg mmg chinese tp suka berperwatakan melyu. skali pndng sebijik macam melayu, dgn rambutnya, baju kurung kadang2 dia pakai, dan bila bbual ckpnya mmg sbijik mcm melayu, dan slalu gak dia sebut ' Ya Allah', 'astaghfirullah', Allahu Akbar', dan macam2 lg kalimah yg org Islam sebut. terkejut gak masa mula2 dgr dulu, pastu baru tau yg adik beradiknya ada yg memeluk Islam..sgt2 berharap dia pn akan dapat hidayh suatu hr nnt dan mudah2n dia pn akan jadi saudara seIslam kita gak. kak fong ni slalu pnggil saya utk tlg kerja dia, smpai kan dia blnja makan, cerita pasal family, dan siap ramalkan camner ciri2 prempuan pilihan saya..hehe. tp sayangnyer hari ni tadi kak fong x datang, jadi x dpt la nak farewell dengan dia..

di pintu masuk ofis plak, receptionistnyer dulu kak ina (seorang ibu tunggal yang suka bergurau dan baik, sbb sy slalu mintak tolong buatkan air milo..hehe) dgn sarah. tp sarah dah berhenti bulan lepas, dan skrg ada pkerja baru masuk yg sama2 temankan kak ina utk buat kerja2 di meja pnyambut tetamu tu..

tadi last meeting dengan bos kitorg dpt ucapan terima kasih & mcm2 lg sbb byk bantu company, dan dapat gak offer utk kerja di situ bila dah hbs bljr nnt..kalau nak buat part time situ pn sgt dialu-alukan sbb bos kata kitorg dah tau kerja2 kat ctu dan dah kenal2 orang, jadi smua pn jadi senang..dapat gak 'angpau' dari bos & tshirt company as compliment..mmg tadi nak berpisah masa bermaaf2an dengan sbahagian pkerja rasa sayu sangat..esok xkan ada lg saya di situ yg akan berjalan ke hulu ke hilir kacau org dan dgr masalah org, xkan ada lg sy turn naik turun naik dari CTI ke ofis ke AFR plak, dan esok xkn lg saya bgun pagi dan bergegas ke ofis utk punch card sblm kul 8.00 am.. pngalaman praktikal ni btul2 bikin hati mau nangis daa..

so, esok akan mulakan hari yg baru dgn be rsemngt sbg sorng plajar smula! dan pngalaman praktikal xkan hbs di situ sbb dah janji dgn diorang smua yg raya aidilfitri ni insyaAllah klu pjg umur kami bdk2 praktikal ni akan serbu rumah smua pkrja2 dan lepaskn rindu.. smoga ukhuwwah yg terjalin ni akan diredhai Allah dan berkekalan selamanya,aminn..:)




You may also like

Bismillah...posting kali ni mmg sy nak tulis mcam diari, semuanya ttg pengalaman masa praktikal, ja...

2 comments:

Nur Asy Shuhada said...

dah terbaca jadi terkomen laa plak kan...
sebuah pengalaman prktikal yg sgt menarik...
coz rata2 student mmg sgt2 tidak menyukai prktikal..
tahniah sbb dpt ssuaikan diri dgn stiap keadaan...
n slamat menjalani kehidupan sbg pelajar smula...hikhik..

yana said...

salam...
sgt best ble bc pengalaman halim kt sna...nak tnya la...saya rasa saya kenal fiza tu...kawan sekolah saya dulu...