/
0 Comments
Dalam Tempoh Rakaman

Tempoh rakaman album pertama yang mengambil masa selama setahun setengah mmg penuh dengan dugaan dan masalah yang timbul. Antaranya kami perlu menunggu satu jngka masa yang lama dari rakaman lagu kedua kepada lagu ke-3 sehinggakan saya sudah mula hilng kpercayaan pada Mr S ni. Pernah dia katakan Yassin telah berikan demo lagu ke2 (selepas lagu Mencari Cinta), dan sudah siap untuk dirakamkan, tp bila saya call Yassin sndiri dia kata msh belum bg lagi..jadi di situ byk pertelagahn telah berlaku antara saya dan Mr. S.

Lagi Mangsa

Sehingga ke saat album hampir siap dicetak, ternyata ada lagi pihak yang teraniaya dek kelicikan muslihat Mr. S ni. Designer cover album iaitu Cili Studio yg telah berstuju untuk sama melabur dalam projek album Devotees ni akhirnya terlepas sejumlah wang yang mencecah
RM 10,000 ke tangan Mr. S. Namun begitu hnya seminggu sahaja mereka kekal dalam DME Records Sdn Bhd dan kemudian katanya mereka juga tertipu, dan duit mereka? Lesap begitu sahaja. Kalau anda perhatikan dalam inlay album Devotees yang pertama ada banyak nama2 yang rasanya semua merupakan mangsa penipuan Mr. S ini. Meskipun dalam inlay tu menyatakan mereka ni PR, bahagian kewangan, atau apa2 sahaja jawatan, yg nyata ialah mereka telahpun tiada dlm syrikat setelah album mula dipasarkan.




Payment

Devotees sendiri masih tidak mengetahui tntg hal-hal kewangan melibatkan jumlah yang besar ini. Kami Cuma tau ikut sahaja apa yg Mr S ni suruh. Mmg kami dijaga dan diberikan kemudahan tempat tinggal iaitu sebuah rumah banglo yang terletak di Kota Damansara, tp hati tetap x tenang walau rumah yg cukup besar itu sepatutnya amat memadai bg kami.
Tentang bayaran show pula, jangan sangka jadi artis hidup kami mewah kerana byk terima bayaran. Kalau nak tahu, kami mmg ditipu bulat2 dalam kontrak iaitu kami hanya layak mendapat 30% dari duit persembahan setelah ditolak dengan kos2 yg berkaitan seperti penginapan, pengangkutan, makan minum, tol, dan lain2. Contohnya, kalau dapat show yang harganya RM 1,000, setelah ditolak kos2 yg disebutkan tadi mungkin bakinya tinggal RM 900. Jadi 30% dari RM 900 ialah RM 270 dan perlu dibahagikan kepada 4 orang Devotees dan hasilnya, sorang Cuma dapat RM 67.50 sahaja. Kesian kan?

Itu bertuah juga kalau dapat bayaran. Selalunya kami mmg habis ditipu dengan alasan Mr S iaitu dapat cek tendang, penganjur tipu x bayar, penganjur bayar sikit daripada yg dijanjikan, dan lain2. Padahal semua penipuan tu dilakukan oleh Mr S sndiri.

Ini terbukti bila suatu hari tu kebetulan saya dan shauqi duduk di rumah banglo tu, posmen pun sampai hntr surat, kami tgk surat tu atas nama Mr. S ni dan surat tu dari RTM, so mmg kami expect isi kandungannya ttg bayaran show kami. Dan mmg tepat jangkaan kami bilamana isinya menyatakan yang payment show tu tlh dimasukkan kedalam akaun Mr. S. Kami pegi kedai, fotostat surat tu, dan masukkn smula surat yg asal kedalam sampul dan letak kembali kedalam mailbox, seolah2 ianya x terusik. Jadi, beberapa hari lepas tu kami saje tanya kat Mr S ni ttg payment show tu, dan seperti yang dah dijangka jawapannya ialah RTM bagi cek tendang. Mmg panas giler dengar dia menipu lagi tu, dan dalam masa yg sama kami mmg cuba kumpulkan bukti2 penipuan yang telah dia lakukan.

Forum Kerabat Devotees

Setelah beberapa siri penipuannya nyata terbongkar di hadapan mata kami sndiri, saya cuba menyatakan kebenaran ini di laman forum peminat Devotees iaitu Forum Kerabat Devotees. Di situ sndiri saya telah di’banned’ oleh orang2 yang menjadi tali barut Mr S ini. Mereka x tahu hal sebenar, mreka cuma diceritakan dengan cerita yang very twisting, penuh dengan tipu dan putar belit, smpaikan saya x boleh nak post di forum kami sndiri, utk menyatakan hal sebenar. Semua yang saya post kena buang, akaun saya sndiri jadi bermasalah. Masa tu tahun antara akhir 2005 dan awal tahun 2006 di mana kehidupan Devotees mmg x tenteram. Jiwa rasa memberontak tp x mampu nak buat apa2.

Kontrak

Kenapa kami x mampu buat apa2 sedangkan kami boleh sebenarnya? Smuanya disebabkan kontrak yg telah mengikat kami shingga membataskan segala2nya. Kami telah ditipu ttg isi kontrak. Sebelum menandatangani kontrak sebagai artis rakaman iaitu sekitar mac 2005, sebelum album Devotees siap dipasarkan, kami telah duduk bersidang dengan Mr S ttg isi kontrak dan memang ada beberapa terma dan syarat yng kami telah suarakan dan minta utk diubah.

Antaranya kami tidak dibenarkan berkahwin sehingga tamat kontrak, dan bebrapa pkara lain yang melibatkan bayaran. Dalam perbincangn tersebut dia dah berstuju untuk pinda semula perkara2 yg kami nyatakan. Tapi malangnya, setelah album kluar baru kami tahu yang dia telah menukar tarikh kami menandatangani kontrak tersebut kepada bulan mei 2005. Ini kerana sewaktu kami menandatangani kontrak tersebut pada mac 2005, syarikat DME Records Sdn Bhd sbenarnya masih belum didaftarkan dan tidak wujud! Jadi kontrak yg kami tandatangni tu sepatutnya tidak sah, kerana tiada syarikat ! tapi dek kelicikan Mr S ni dia telah menukar tarikh kami menandatangani kontrak tersebut pada mei 2005 setelah dia betul2 mendaftarkan DME Records.



You may also like

Dalam Tempoh Rakaman Tempoh rakaman album pertama yang mengambil masa selama setahun setengah mmg p...