/
4 Comments
Assalamu'alaikum smua,

Alhamdulillah, dapat gak sy luangkan masa sket utk update sket cerita di sini. kebelakngn ni sibuk dgn kerja2 dan actually xde cerita menarik pn nak dikongsi kali ni, cuma nak update tentang projek album-album yang sedang saya laksanakan.

In progress punyer projek album yang sedang saya usahakan sekarang ni ialah album Koleksi Nasyid Indie Vol 2 - Nasyeed Semesta Bertahmid. Album yg sepatutnya release april 2010 ni terpaksa delay byk kali sbb tenaga kerja & masa yg tak mengizinkan, maklumlah, saya sorg je yg bertindak selaku penerbit, komposer, penyusun muzik, juru rakam, juru adun, dan koordinator..hehe. Album ini mengandungi 12 buah lagu nasyid pelbagai genre, dan sy dengan x sabar2nya nak mengumumkan gak yg lagu2 dalam album ni semuanya mmg best giler, jauh lagi best dari nasyid indie vol 1! ;) sgt teruja nak tunggu respon pendengar lepas album ni dipasarkan nnt. Sy jamin dengan harga yg anda keluarkan utk dapatkan album ni sgt berbaloi dengan 12 lagu yg kami hidangkan. InsyaAllah akan berada di pasaran x lama lagi. Mohon doa semuanya.

Selain itu, akan menyusul album penuh kedua Devotees dijangka berada di pasaran November 2010 nnt. Skrg ni dah 7 lagu siap dirakamkan, dan insyaAllah kami target utk siapkan 10 lagu kalau sempat. Pelancaran akan dibuat di Phnom Penh, Kemboja dan soft launch juga insyaAllah akan dibuat di Malaysia nnt. Antara lagu-lagu yg bakal dimuatkan ialah Selawat (ciptaan saya), Selagi Hayatmu Di Sini (adi akmal), Bersama (adi akmal), Dont Walk Away (adi akmal), Harapan (DakMie), Berjalan Tanpa Henti (Yassin Sulaiman), Rindu Kedamaian (taufik/muhammad), dan Pertemuan Cinta (devotees/fatimah syarha noordin). Ini masih list secara draft, maklumat penuh akan diumumkan bila produksi dah selesai nnt.

Album seterusnya ialah album kumpulan nasyid dari Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu. Album ni mengandungi 5 buah lagu di mana 4 lagu ciptaan sepenuhnya oleh sy sndiri, dan sy sgt berbangga dgn kemantapan vokal yg dipamerkan oleh 4 org ahli group ini. Masih dalam proses pra-rakaman seperti mixing, mastering, dan lain2. Salah satu lagu mereka iaitu Dengarkan Sahabat juga saya msukkan dalam album Nasyeed Semesta Bertahmid sbg memperkenalkan kehadiran mereka sbg sbuah kumpulan nasyid baru.

Akhir sekali album yg saya x berapa nak fokus ttg kemunculannya sebb saya rasa saya boleh go on slowly tnpa perlu fikir deadline, iaitu album solo saya sndiri. Seperti mana yg anda smua dpt tonton di blog ni, lagu2 sperti Nilaian Sebuah Tangisan, Dalam Sujud Cintaku, Tuhan Ingin Khabarkan, Selawat, ini smua insyaALLAH merupakan lagu2 yang akan dimuatkan dlm album solo sy nnt. Setakat ni masih x plan berapa byk lagu akan dimuatkan, masih menanti kalau2 ada pihak yang sudi menaja utk dana album ini boleh la saya perluaskan lagi skop perancangannya. Album solo ini bukan bertujuan utk mengaut keuntungan, populariti, menyaingi mana2 pihak, atau yg swaktu dengannya, tp muzik dalam album ini merupakan ekspresi lagu2 yang saya suka untuk bawakan, muzik2 yang dekat dengan jiwa saya. Lagu2 ini mewakili Halim sndiri, bukan Halim Devotees sbb Devotees ada haluan muzik yg tersndiri. Secara kasarnya saya dapat simpulkan lagu2 dalam album sy ini lebih kepada ketuhanan (hampir ksmua lagu tentang Nya), motivasi diri tntg cinta, dan kemanusiaan. Setakat ini dah 7 lagu ada dalam list dan boleh je klu saya nak release akhir bulan ni, tp relaks2 dlu..bagi smuanya diatur dengan baik dan x tergesa2.

Semua album ni target dipasarkan dalam tahun 2010 ni jugak, jadi saya mmg sedang menghadapi waktu kehidupn yg sangat padat, dengn study lagi, komitmen sy sgt byk. Walaubagaimanapun khdupn mesti diatur dengan bijak, jgn stress, dan kena happy selalu. Buat semua ini kerna Nya, insyaAllah Dia akan lapangkan hati kita dalam menghadapi semuanya.

Terima kasih kerana membaca, dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yg bakal menjelang lagi 3,4 hari. berhati2 ketika memandu, jangan main mercun yang meletup2 sbb saya pun cuma main mercun yang keluar warna warni je..hehe. Sekian, maaf zahir batin, assalamu'alaikum ;)


p/s : saya sudah kembali ke facebook & alhamdulillah berjaya mengawal ketagihan daripada terus mengadap fb je. online bila perlu shj ;)


You may also like

Assalamu'alaikum smua, Alhamdulillah, dapat gak sy luangkan masa sket utk update sket cerita di sini. kebelakngn ni sibuk dgn kerja2 da...

4 comments:

nur solehah said...

subhanallah!

tak sbr tunggu kmunculan album2 tu semua..=)

semoga terus sukses dlm redha allah.

^-^

shikinwahab said...

gud luck to all devotees member.... ^_^

aFifAhmM said...

wah..saudari fatimah syarha pun ada..ni yang lagi teruja nak beli!
semoga dipermudahkan urusan.

SALSABILA HUMAIRAH IBNI SAFWATULLAH WALIUDDIN said...

Assalamualaikum halim..kak sham doakan halim berjaya dunia akhirat dalam usaha menyampaikan kalam Allah ni...Jemput ziarah ke blog akak musafirilmu.blogspot.com