/
0 Comments
Bismillah, assalamu'alaikum smua..
Maaf sbb lama x update blog. Msa sgt padat dengan kerja2 yg mendatang x pernah surut. Xpe, itu maknanya Allah masih nak uji diri ni bila ada ujian boleh ke sy lalui tnpa melupakanNya. Alhamdulillah, tahun ni skali lagi Devotees akan ke Kemboja pada 15-19 Nov 2010 atas tajaan EZ Qurban Sdn Bhd. Jadi di sini saya ingin sama2 mengajak para pembaca budiman sekalian utk sertai kami kembara ke bumi Kemboja yang merupakan antara 1000 Places To Visit Before You Die (pinjam ayat ni dari 1 dokumentari) selama lebih kurang 5 hari ini.

Apa yang menariknya di sana? Ha baca je kat banner yg saya attach skali ni. Bagi saya sndiri yg tmbh istimewanya tahun ni berbanding tahun2 sblum ni kami pergi ialah Devotees akan buat pelancaran album ke-2 kami di sana. Jadi jika anda join sma kira bertambah2 la meriah bila kita geng2 dari Malaysia datang melancong then berkumpul skali utk plancaran album produksi dari Malaysia sndiri, mmg satu pngalaman yg susah nak dapat.

Selain Devotees turut sama berkembara ke kemboja ialah Abon, Muadz, Hafiz Uudu/gendang, DJ Erwan dan DJ Maslina IKIM.FM. Dengan bayaran serendah RM950 (termasuk makan minum, penginapan, jalan2 sana sini - tidak termasuk tiket flight dan airport tax), rasanya sangat berbaloi dan sekali sekala merasai cuti2 sebegini di samping atas tujuan utk sama2 melihat aktiviti qurban aqiqah dilaksanakan di negara yang lebih memerlukan.

Jadi apa tunggu lagi? Jom sama2 sertai kami dalam Kembara Korban 2010 ke Kemboja ini, jangan daftar lewat2, nnt dah habis tempat plak. Untuk tempahan boleh direct hubungi EZ Qurban di talian 03 6186 1911. InsyaAllah kembara ni akan jadi salah satu pengalaman manis dlam hidup kita! ;-) Syukran.


You may also like

Bismillah, assalamu'alaikum smua.. Maaf sbb lama x update blog. Msa sgt padat dengan kerja2 yg m...