/
5 Comments
Tarikh: 30/09/2010 (khamis)
Masa: 9.00malam
Event: Malam Sinar Mahabbah Aidilfitri
Tempat: UNISEL
Artis Jemputan: Halim (Devotees), Hafiz Hamidun, Saff One, Fitri Haris, R If

Pertama kali menjejakkan kaki ke UNISEL, even Devotees sndiri pn blum berpeluang mengadakan persembahan di sini. Show yg dimulakan dengan persembahan dari grup R If yang menympaikan 2 buah lagu dri album sulung mereka, kmudian kumpulan teater UNISEL sndiri megambil alih pentas & rasanya psembahan mreka lbih kurg stengah jam gak sblm smpai gilirn saya. Masalah teknikal dari segi PA system yang berlaku agak mengganggu sdikit kelancaran mjlis. Disebabkan mslh kurang power supply, kerap gak PA system klua bunyi teeetttttt. Sampai giliran saya perform, mmg dah dijangka bunyi tu akan muncul..hehe, tapi Alhamdulillah sy dapat teruskan gak persembahan dgn baik. Sy mmbawakan 2 buah lagu dari album solo sy iaitu Maha Mendengar & Dalam Sujud Cintaku. Alhamdulillah setakat ni show2 yang saya hadiri mmg kedua2 lagu ni mndapat permintaan yg menggalakkan utk dinyanyikan. Seterusnya persembahan diteruskan oleh kumpulan Saff One, Fitri Haris, dan Hafiz Hamidun. Satu perhimpunan yang lma tak berlaku mlm tu sbb sy sndiri bsama Devotees rasanya dah lama x mengadakan persembahan dgn mereka2 ni. Sekurang2nya bila berpeluang bertemu dalam satu event macamni dapat lah tahu perkembangan terkini masing2.

Tarikh: 01/10/2010 (jumaat)
Masa: 9.00malam
Event: Konsert sempena Karnival Keusahawanan
Tempat: Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
Artis Jemputan: Devotees, UNIC, Fine



Bertolak dari KL sekitar jam 12.30tghr, saya tiba di KUIN lbh kurang jam 6ptg. Saya pergi berasingan dengan Devotees yang lain kerana ada urusan keluarga, Alhamdulillah smpat tiba masa mreka tgh buat soundcheck. Ini adalah kali pertama Devotees mengadakan persembahan di sini dan dikatakan daripada 1500 tiket yang dibuka untuk jualan, 1300 keping dah sold out shingga ke ptg hari persmbhan tersebut. Wlaupn pertama kali menjejakkn kaki ke KUIN, sy mudah nak ke sana sini memandangkan beberapa kenalan termasuklah adik2 dari kumpulan Fine (nasyid indie vol. 2), dan Univoice (nasyid indie vol. 2) sendiri terdiri dari pelajar2 KUIN.

Fine membuka tirai persembahan dengan menyampaikan 2 buah lagu, slh satunya ialah lagu Baru Kenal Cinta (ciptaan saya sndiri yang bakal dimuatkan dalam album nasyid indie vol. 2). Seterusnya persembahan Devotees malam tersbut dimulakan dengan acapella selawat, diikuti dengan lagu Sahabatku, Berjalan Tanpa Henti, Bersama, dan Tika Dinihari. Selain Devotees turut sama mengadakan persmbhan pd malam tersebut ialah UNIC.

Apa yang dapat kami rasakan pd malam tersebut ialah kawalan keselamatn terhadap kami yg sangat rapi dan menakutkan..hehe. dari turun pentas sehinggalah ke bilik jamuan setiap kami dijaga dan dikawal macam pesalah juvana. Seriau pun ada gak. Saya berjaya meloloskan diri dari keadaan tu dan cepat2 keluar utk pergi berjalan2 di sekitar Alor Setar mlm tesebut.

Tarikh: 02/10/2010 (sabtu)
Masa: 9.00malam
Event: Pertandingan Nasyid IPTA
Tempat: UiTM Pulau Pinang
Artis Jemputan: Devotees

Bertempat di Dewan Perdana UiTM Pulau Pinang, pertandingan akhir ini dimulakn dengan persembahan oleh peserta dari Politeknik, KUIN, UiTM Pulau Pinang, UiTM Pahang, UPM, UPNM, UiTM Melaka, dan USZA. Devotees yang hadir selaku juri di mana saya mengadili bahagian suara & susunan muzik, Shauqi mengadili bahagian persembahan, Muhammad mengadili bahgian lagu & lirik, dan Adi Akmal selaku pemerhati dan ketua juri. Pertandingan yang berakhir pada jam 11malam ini menyaksikan kumpulan Nahwan Nur dari UPM muncul sebagai juara, diikuti naib juara Muslim Gravity dari KUIN, dan tempat ketiga disandang oleh USZA.

Selesai acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sekitar jam 11.30pm, saya terus memandu pulang ke KL untuk menantikan acara esok hari plak..sampai KL sekitar jam 2.30am.

Tarikh: 03/10/2010 (ahad)
Masa: 12.00tghr
Event: Walimatul Urus
Tempat: Lubuk Cina, Melaka
Artis Jemputan: Devotees

Tiba di rumah mempelai sekitar jam 11.30am, Devotees sepatutnya mengambil alih tugas menghiburkan para tetamu pada jam 12tghr tp dilewatkan sdikit kpd 12.30tghr. Kami sempat mengisi perut dengan hidangan nasi minyak, dan sempat mendengarkan alunan muzik caklempong yang dibawakn khas dari negeri Sembilan. Devotees memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu Mencari Cinta, Sahabtku, Junjungan Mulia, Berjalan Tanpa Henti, dan Luahan Rindu sebelum berhenti rehat.

Sesi kedua persembahan dimulakan sebaik sahaja kedua mempelai memulakan santapan. Kali ini lagu2 yang dinyanyikan merupakan dedikasi istimewa dan atas permintaan pengantin perempuan sndiri. Antaranya ialah lagu Doa Seorang Kekasih, acapella Selamat Pengantin Baru, Mahar Cinta, dan acapella For The Rest of My Life. Usai mengadakan persmbahan kami terus memohon utk minta diri memandangkan perlu berkejar ke Pulau Pinang smula utk konsert malam nnt.

Tarikh: 03/10/2010 (ahad)
Masa: 9.30malam
Event: Konsert
Tempat: UiTM Pulau Pinang
Artis Jemputan: Devotees, UNIC



Bertolak dari Melaka sekitar jam 2.30pm, kami selamat tiba di UiTM Pulau Pinang jam 7.00pm. Masing2 dah sangat kelaparan sebab kami hanya berhenti rehat di R&R utk solat dan x makan pn. Setelah bersiap2, lebh kurang jam 8.15pm kami berada di ruang makan VIP di dlm dewan utama tempat bakal berlangsungnya konsert. Alhamdulillah kami dikhabarkn konsert bermula jam 9.30mlm, jadi kami sempat menikmati hidangan nasi ayam yang disediakan. Mmg lazat, dan saya sndiri tambah nasi 2x..hehe. Show kali ini yang sekali lagi mempertemukan Devotees dan UNIC bermula jam 10.30pm dek kerana professor yang merasmikan malam penutupan tersebut mmg seorang yang peramah dan terlbih ucapan. Akhirnya tba masa konsert bermula dengan Devotees sebagai artis pertama mengadakan persembahan dengan mmbawakan lagu Sahabatku, Lament, Bersama, dan Tika Dinihari. Persembahan seterusnya diserahkan kepada UNIC dan kami terus ke bilik rehat belakang pentas utk berehat.

Majlis malam itu diakhiri dengan sesi autograph dan bergambar. Setelah menikmati jamuan makan mlm sekali lagi, kami terus balik ke hotel dan bersiap2 untuk terus balik ke KL mmandangkan isnin masing2 dah mula bekerja dan kelas.


Kredit: Terima kasih kepada para penganjur dan mereka2 yang telibat secara langsung membantu, menjemput, dan memudahkan kerja2 spnjng saya berada di lokasi2 berkenaan. Kepada Kak Shamsiedah UNISEL, Zulkhairi Insaniah, Naeim FME, Fine, Univoice, Jamal Rafaie, Azrul UiTM Penang, Azari Mecky UiTM Penang, UNIC – Bazli, Fadzli, Fakhrul, abg Najib, Shahril ducados dan Aishah.



You may also like

Tarikh: 30/09/2010 (khamis) Masa: 9.00malam Event: Malam Sinar Mahabbah Aidilfitri Tempat: UNISEL Ar...

5 comments:

Nur Asy Shuhada said...

wahhh...memang mggu yg sgt meletihkan...neway...all d bes...!!

AieN_AtirA said...

saya 'rindu' kalian~
sayangnya, saya tak dpt join walaupun hanya utk 1 event :(

miss_purplish89 said...

sila lah ke MSU Shah Alam :)

*Azdah* said...

Lubok cina kampung saye..nanti datang lagi ye :)

NURILHAM said...

datang UTP meh..hoho