/
0 Comments



Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, masih bernyawa kita sehingga ke saat ini. Mudah-mudahan setiap nafas yang kita pinjam ni dimanfaatkan sebaiknya. Dah lama rasanya saya tak kongsi cerita disebabkan kekangan masa & komitmen yang sangat banyak. Kali ni saya cuba luangkan masa untuk berkongsi 1 pengalaman sekitar tahun 2008.

Saya & Devotees pernah join 1 karnival yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv di mana kami kena ikut tour ke beberapa negeri untuk mempromosikan stesen tv tersebut. Devotees merupakan salah satu artis yang memeriahkan acara tersebut di samping beberapa artis mainstream yang lain. Kalau saya sebut artis mainstream ni harap-harapnya semua fahamlah iaitu artis yang bukan nasyid. Jadi kita pun dah sedia maklum macam mana pergaulan, pemakaian, & cara hidup mereka sebab kita dah pun biasa didedahkan sebegitu melalui rancangan-rancangan di tv.

Karnival ni berlangsung dari pagi sampai malam di mana pengisiannya macam biasa ada pameran gerai-gerai yang mempromosikan program-program di stesen tv tersebut, petang ada rakaman slot agama, selepas masghrib sehingga isya' ada tazkirah di masjid yang berhampiran, dan selepas tu ada konsert! bukan konsert nasyid, tetapi konsert yang macam biasa kita tengok di tv.

Sepanjang program tersebut kami Devotees ni dapat merasakan bezanya pergaulan dan cara hidup kami 'budak nasyid' dan artis-artis mainstream yang ada di situ. Yang paling menarik bila waktu petang selepas makan lebih kurang jam 6.30pm, krew yang bertugas akan cakap begini "OK lepas ni Devotees akan terus ke masjid, dengar tazkirah sampai isya', then lepas isya' boleh terus ke tempat konsert. Untuk yang lain-lain (artis-artis mainstream) lepas ni terus pegi bersiap & makeup,prepar for the tonight show..". Pelik juga la kan sebab kenapa Devotees je yang disuruh ke masjid dan bersolat, sedangkan yang lain-lain tu pun Islam juga.

Kami pun sekadar mengiyakan arahan tersebut dan dalam masa nak berpisah ke 'destinasi' masing-masing, salah seorang dari kami sempat mempelawa seorang pengacara lelaki (yang turut sama dalam group artis mainstream) tu untuk sama ke masjid. Dipegangnya tangan pengacara tu dan dalam nada bergurau (tapi bersungguh)"Meh la jom g masjid, meh la..", tapi pengacara tu sekadar menolak sambil tersipu-sipu malu "Eh takpela, pegi dulu, takpe, nnt saya datang..". Kami yang menyaksikan aksi tarik-tolak tersebut hanya tersenyum & terus menaiki kenderaan yang disediakan ke masjid.

Setelah tazkirah & solat isya', memang tepat sangat jangkaan kami yang mereka tak muncul langsung sebagaimana yang dikatakan tadi. Setibanya kami di pentas konsert, artis-artis mainstream & pengacara tersebut sedang asyik bergurau & bergelak tawa.

Pelik kadang-kadang tengok aksi-aksi mereka ni sebab cara hidup tu macam bertuhankan glamour & hiburan sahaja sampai ajak ke arah ma'ruf pun ditolaknya. Cuba la bayangkan seolah-olah kita sedang ajak dia masuk syurga "Jom la masuk syurga, jom la..", tapi dijawabnya "Eh xpela, korang masuk la dulu..nnt saya masuk..". Bukan saya nak menuduh mereka tak solat, tapi secara logiknya memang kita dah tahu kalau show jam 8.45pm, sebelum maghrib tu memang dah kena bersiap-siap make up dan kalau nak katakan dah siap-siap ambil wudhu', make up artist ialah perempuan yang bukan mahram, jadi di mana ruang nak dikatakn mereka dah menunaikan kewajipan asas sebagai seorang muslim.

Apa-apa pun cerita ni sekadar perkongsian, bukan nak malukan mana-mana pihak. Mungkin di belakang kami waktu itu mereka sudah siap-siap solat berjemaah, siapa tahu? hehe. Yang paling penting moralnya ialah, apabila diajak melakukan kebaikan, mengapa mahu bertangguh? :)


You may also like

Assalamu'alaikum, Alhamdulillah, masih bernyawa kita sehingga ke saat ini. Mudah-mudahan seti...