/
7 Comments


Assalamu'alaikum,
Apa khabar semua? Masih tak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan kelahiran rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang untuk kemaskini blog ini dengan berita-berita terbaru yang fresh terus dari Neurotic Studio untuk tatapan anda semua :)

Kali ini saya nak kemaskini tentang album yang telah lama kita nanti-nantikan iaitu Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 - Nasyeed Semesta, terbitan Neurotic Studio. Untuk makluman kepada sesiapa yang baru nak kenal apakah yang sedang saya perkatakan ini, secara ringkasnya ialah album Nasyid Indie Vol. 2 ini merupakan album ke-2 atau sequel (sambungan) kepada album Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 yang berjudul Nasyeed Underground terbitan Neurotic Studio pada tahun 2009. Konsepnya mudah sahaja iaitu album Koleksi Nasyid Indie ini menghimpunkan lagu-lagu yang dirakamkan oleh para penasyid indie (tidak terikat dengan mana-mana label rakaman) di dalam sebuah album sebagai album kompilasi.

Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 - Nasyeed Semesta ini telah memulakan produksinya pada awal 2010 yang lepas dengan menghimpunkan 12 munsyeed (solo dan berkumpulan). Kelainan yang saya tonjolkan dalam koleksi kali ini berbanding koleksi yang pertama ialah dari segi vokal, genre lagu, susunan muzik, dan kualiti. Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh setiap munsyeed yang terlibat, dan dengan lagu-lagu yang pelbagai genre pastinya membuatkan para pendengar bebas memilih jenis lagu yang disukai.

Sepatutnya album ini dijangka release di pasaran Ogos 2010, tetapi disebabkan kekangan masa dan tenaga kerja, ianya terpaksa dianjakkan beberapa kali dan sehingga ke saat saya menulis posting ini, hanya tinggal proses mixing untuk 2 lagu terakhir sahaja yang perlu disiapkan sebelum proses mastering & cetakan.

Berikut adalah nama-nama munsyeed yang terlibat untuk album kali ini:

1) Bytiey (Judul: Hijrah)
2) Che An (Judul: Bahtera Persahabatan)
3) Elhamz (Judul: Cerita Cinta)
4) Feelhoney (Judul: Curang)
5) Fine (Judul: Baru Kenal Cinta)
6) Hilwan (Judul: Sahabat Dengarkan)
7) Readone (Judul: Ratu Hatiku)
8) R if (Judul: Serang Balas)
9) Rahmat (Judul: Isteri Buatku)
10) Rxeme (Judul: Di Pangkuan CintaMu)
11) Univoice (Judul: Pesona Fana)
12) Zulhilmi feat. Halim (Judul: Pengabdi CintaMu)

InsyaAllah lepas siap mixing lagi 2 lagu akan terus hantar untuk proses mastering dan saya sebenarnya sangat teruja nak menerima respon dari para peminat nasyid tempatan terutamanya mereka yang telahpun memiliki koleksi yang pertama. Pastinya anda akan dapat rasakan peningkatan dari segenap sudut dan saya harap dengan wang yang anda laburkan untuk dapatkan produk orang Islam yang original ini anda akan berpuas hati. Tentang harganya saya belum decide lagi, mungkin sekitar rm20 ke rm 25 kot..Apa-apahal pun kita nantikan dulu kemunculan album ini sekejap je lagi.hehe. Doakan mudah-mudahan segalanya berjalan lancar insyaAllah. Terima kasih kerana membaca :)


You may also like

Assalamu'alaikum, Apa khabar semua? Masih tak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyamb...

7 comments:

chAq said...

LIKE this entry :)).

Che An Dusuki said...

Like...^_^...

cik bunbun said...

saya sukaaaaaaa:D hehehehe ;DD

Intan Martina Md Ghani said...

tak sabar nak dgr semua lagu nasyid indie vol.2..

Nursyahida said...

moga best (^_^)
dan moga sama2 dapat manfaat
ameen =)

"Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat.tidakkah engkau melihat bahawa mereka mengembara setiap lembah, dan mereka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)?KECUALI orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan berbuat kebajikan dan banyak MENGINGATI ALLAH dan mendapat kemenangan setelah terzalimi (kerana menjawab puisi-puisi orang kafir). Dan orang-orang zalim kelak akan tahu ke tempat mana mereka akan kembali." (Asy-syuara:224-227)

teruskan berdakwah!
moga Allah permudahkan.ameen

*Azdah* said...

xsabar nak beli

A.s.m.A.A w.A.h.A.D said...

saLam : )
entry yg sgt interesting ya . ?
n i will make my mOve in getting da nasheed cOllctiOn sOoner : )
n finally . ,Bytiey is One Of them . ^ ^