/
7 Comments
Assalamu'alaikum,

Hari ni balik Johor lagi untuk majlis bertandang kakak no 2 yang baru kahwin minggu lepas. Pakcik-pakcikku yang suka usha kereta ni pulak sudah sound apa pasal tayar kereta depan dua-dua sudah botak licin. Aiyo, hari tu baru ganti yang belakang 2 biji & disebabkan bulan ni sangat banyak mau guna duit jadi utk tukar 2 biji tayar depan kita KIV dulu next month.

Balik dari majlis bertandang, tertidurlah diriku dek keletihan. Tiba-tiba mak kejutkan, hulur duit sebanyak RMxxx (dirahsiakan..hehe). Uiyoo, ni nape bagi duit pulak diriku pura-pura bertanya walaupun dalam tidur tadi dah terdengar-dengar sikit suara mak cakap "Halim, pegi tukar tayar kereta tu..".

BIASALAH, buat-buat sopan & ikut adat orang melayu kenalah tolak duit tu, tapi BIASALAH mak berkeras jugak bagi duit suruh pegi tukar tayar, dan BIASALAH diriku terima jugak duit tu. Hehe, bukan takde duit, tapi dah habis bajet untuk bulan ni. So bangunlah gak untuk pegi tukar tayar. Adikku offer diri dia nak ikut, ok je kalau dia nak ikut tapi gaya baju dia yg macam mak datin sebab baru balik dari majlis tadi, pulak tu dia tadi makan sebelah pengantin masa makan beradap, faham-faham jelah macamana vogue pakaiannya. Suruh dia tukar baju pasal segan nak jalan. Apa barang pegi tukar tayar je nak cun-cun?

So dalam perjalanan ke bandar dia cakap jom la singgah kedai kek jap nak tempah kek untuk hari ibu esok. Orait jom. Singgah di kedai kek SDS, lepas dah belek-belek & buat kajian yang terperinci terhadap setiap kek tu, kitorang pun decide beli kek aiskrim yang bertajuk "Loving You" ..hehe. Tak tempah pun, pasal memang dah ada banyak yang dah siap, so terus bayar & amik je.

Seterusnya pegi ke destinasi sebenar keluar ke bandar tadi iaitu kedai tayar. Macam-macam brand la yang ada kan dengan harga yang berbeza. Tapi disebabkan duit tu ehsan dari mak, tak sampai hati pulak diriku nak menghabisgunakan duit tu semua. Kalau ikutkan boleh je nak beli tayar Michelin 2 bijik terus (Michelin adalah antara tayar yang termahal & berkualiti), tapi takpelah, amik yang cikai punya jelah. Cap china punya. Beli mahal-mahal pun karang terlenyek tahi anjing gak kan kata hati kecilku ini. So confirm la angkat 2 bijik tayar cap ntahapekebendantah.

Balik rumah kebetulan sedara mara yang balik dari majlis bertandang tadi masih ada kat rumah, kitorang pun decide nak bukak terus kek tu & celebrate hari ni jugak walaupun kiranya awal sehari. Tak dosa kan? hehe. Patutnya memang nak buat surprise & sambut esok, tapi esok mungkin balik KL awal, so bila masanya nak makan kek tu. Takkan lah pagi-pagi sarapan nak mengadap kek aiskrim? Orang jawa mana tahan sejuk..(pinjam tagline cerita hantu kak limah..hehe)

Jadi inilah keknya, berperisa chocolate & mocha. Siap ada ukiran bunga lagi



Harga cuma RM 62, itupun jauh nak banding dengan Wang Ehsan Tayar (WET) yang mak bagi tadi. Dah la tu bayar kek pun kongsi 3 orang adik beradik..haha. Bukan tak boleh bayar sorang-sorang, tapi sebagai tanda kasih & sayang adik beradik bersatu hati belikan SEBIJIK kek untuk ibu, walaupun tak boleh lawan kasih sayang seorang ibu bagi 2 BIJIK tayar terus pada anak bujangnya ni :p

Jadi bersempena dengan Hari Ibu yang bakal disambut 8 Mei 2011 ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu, dan bakal bergelar ibu, terutamanya kepada ibu saya yang tercinta yang saya panggilnya sebagai MAK! yang telah mengandungkan, membawa saya kehulu banat dan kehilir banin (pepatah sendiri), mendendangkan saya dengan surah Yusuf ketika saya masih dalam kandungan kerna inginkan anak yang hensem & baik budi pekerti walaupun jadi tak berapa elok sangat ni..hehe..seterusnya melahirkan, menyusukan, mengajarkan saya tentang adab, adat, dan akhlak, yang marah saya kerana inginkan saya jadi seorang yang baik, cerdik, menghormati orang lain, dan yang mencubit peha saya sampai lebam-lebam masa kecik dulu kerna kenakalanku, bukan kerana cubitan mak itu kuat, tapi memang peha saya lembut & gebu..haha..seterusnya memberikan hak saya untuk menuntut ilmu, mak jugalah yang datang ke pertandingan-pertandingan azan, berzanji yang selalu saya sertai walaupun tempat pertandingan jauh terletak di hutan amazon (yang ni tipu), yang memasakkan puding kegemaran saya, ketam bercili, juga mencuba pelbagai resepi baru tomyam untuk memikat selera saya, mak jugalah orangnya yang menjahitkan hujung seluar saya yang tertetas (sebab adik malas nak tolong jahit), dan macam-macam lagi kasih sayang yang mak telah pamerkan tanpa perlu menyatakannya. Dan yang paling utama iaitu mak lah orang yang mengIslamkan saya dan kalau mak tidak membawakan Islam kepada saya sejak dari dalam perut, nescaya sekarang belum tentu saya kenal erti syahadah.

Mak, I love u. Aim sayang mak (Adoii, terkeluaq panggilan manja i..haha)Walaupun sukar nak mengucapkan kata-kata sayang & cinta kepada mak sebagaimana mudah menyebutkannya kepada awek, namun kuharap setiap salam yang kuhulurkan & kucium tanganmu, jua kedua pipimu akan dapat membuatkan dikau rasa betapa anakmu yang comel-comel nakal ini benar-benar mengasihimu. Selamat Hari Ibu, Mak ! Ikhlas dari anakanda Abd Halim Bin Ahmad :)


You may also like

Assalamu'alaikum, Hari ni balik Johor lagi untuk majlis bertandang kakak no 2 yang baru kahwin ...

7 comments:

::نور فيلزاتي:: said...

untung maknya dpt anak seperti akhi halim. :)

nadiRASUL@iman said...

this is the funniest entry i ever read! nice one :D happy mothers day to all mothers ^^

نور العين عبد الرشيد said...

lawak la en.halim ni~ suka baca en.halim punya celoteh~ hahahha:))

mak en.halim (konon2x): mak pun syg Aim =P

*lariiii~

wawa ;) said...

nice entry :) haha.
selamat hari ibu :)

Intisar said...

Hehhee.. menarik. Tersentuh lak baca. Jeles pon ade..hargailah ibu slagi ada. pe pon, moga ALLAH berkati ibu2 kita semua.

Akuro Kajiwara said...

wah!!! entry yg best!! seronok baca.... ^___^ selamat hari ibu jgk tuk smue ibu2 di msia... =)

ayeish nadia said...

klaka akhi halim ni..tp post ni mmg bnyk msg2 yg bermakna..sory sbb lmbt sgt sbb xpnh nk jguk blog2 yg da updated (sbb xpnh nk psan,syok dk tgk blog sndri)..hehe