/
0 Comments
Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah selamat sampai di Incheon International Airport lebih kurang jam 8.30pm (9.30pm waktu Korea). Lepas je daripada kastam, claim luggage, then terus ke platform 3B dan beli tiket ke Seongdong-Gu Office dan terus naik bas.


Borang yang perlu diisi semasa dalam flight untuk diserahkan semasa pemeriksaan kastam.


Mata Wang Korea, Won.

Jadual nama-nama Air Bus yang terdapat di dalam Incheon International Airport


Tiket bas dari Incheon International Airport ke Seongdong-Gu Office. Bas nombor 6101 boleh didapati di platform 3B atau 10A. Harga 14,000 won (lebih kurang RM 46) & perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih.


T-Money card yang berfungsi macam Touch n Go. Boleh dibeli di kedai-kedai serbaguna macam 7-Eleven, Family Mart, dan banyak lagi. Harganya cuma 3000 Won (Lebih kurang RM 10). Sangat berguna bila nak menaiki Subway (macam LRT)


2C Hotel. Terletak berdekatan dengan Wangsimni Station, Seongdong-gu Office




Inilah rupa bilik saya. Agak kecil, tapi cukuplah ada semuanya.(Haha, tak kemas barang lagi so sangat bersepah la ye katil tu)



Mesin basuh juga disediakan di tingkat bawah, so pandai-pandailah nak basuh baju sendiri. Sabun basuh pun dah disediakan.




Soket yang hanya gunakan 2 pin sahaja. So kena bersiap-sedia dengan Universal Socket sendiri lah kalau nak travel ke negara-negara yang berlainan soket.


Jam loceng yang disediakan di bilik. Ini memang style mau kasi orang confirm bangun punyelah.

Turun di bus stop je sepanjang nak sampai ke hotel ni agak terpinga-pinga jugak la sebab kebanyakan rakyat tempatan tak mahir berbahasa inggeris. Kat 7-Eleven pun budak tu pegi cakap Korea dengan saya. Kita tanya dalam english dia tanya balik dalam Korea, last2 bayar jelah duit T-money card tu and tanya orang lain pulak.

Once dah sampai hotel ni kena call dia punya tuan pulak thru interkom sebab rasanya dia tak duduk situ kot. Sempat jugak berborak dengan seorang backpacker japanese sementara tunggu tuan hotel ni datang bawak tunjukkan bilik.

So untuk hari ini rasanya cukuplah dulu kot catatan sampai di sini. Masih letih lagi ni sebab perjalanan yang jauh. Apa-apapun tadi sempat catitkan beberapa perkara untuk panduan bersama untuk next time punya perjalanan, tapi takpe, esok saya update. Nak berehat pulak. Selamat malam semua :) Assalamu'alaikum.


You may also like

Assalamu'alaikum, Alhamdulillah selamat sampai di Incheon International Airport lebih kurang jam...