/
10 Comments
Hari ke-2 berada di Seoul, Korea secara bersendirian. Hari ini seawal 9 pagi saya dah bersiap sedia untuk memulakan perjalanan pertama di sini. Perancangannya adalah untuk ke Itaewon, salah sebuah daerah yang terletak di Seoul yang menempatkan masjid utama penduduk Muslim di sini iaitu Seoul Central Mosque. Hajat saya memang nak cuba menimba pengalaman bersolat jumaat dan mendengarkan khutbah yang mungkin pada saya ada kelainannya yang tersendiri dari segi penyampaian.

Cabaran pertama hari ini ialah untuk mengetahui bagaimana sistem keretapi bawah tanah (subway) menjalankan operasinya. Kalau anda lihat peta di bawah ni, inilah dia laluan subway yang terdapat di Seoul. Kalau di Malaysia kita ada Putra LRT dan Star LRT sahaja, tetapi di Seoul terdapat 9 laluan (line) yang menghubungkan pelbagai destinasi. Kesemua laluan subway ini dibezakan dengan warna. Contohnya line 1 berwarna biru gelap, line 2 berwarna hijau gelap, line 3 berwarna oren, dan lain-lain lagi.



Hotel tempat saya menginap terletak lebih kurang 100 meter dari Stesen Wangsimni. Berdasarkan peta laluan ini, untuk ke Stesen Itaewon saya perlu menaiki subway line 2 (warna hijau) dari Stesen Wangsimni dan turun di Stesen Sindang, kemudian tukar ke line 6 (coklat gelap) untuk ke Itaewon. Sepanjang ke Stesen Itaewon kita akan melalui beberapa stesen seperti Cheong Gu, Yaksu, Beoti Gogae, dan Hangang Jin.
Setibanya di Stesen Itaewon, saya perlu mencari exit nombor 4 untuk menuju ke Seoul Central Mosque (Maklumat lokasi masjid boleh diketahui dari laman web masjid tersebut). Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih kurang 8 hingga 14 exit yang terdapat bagi setiap stesen. Kalau tersilap exit silap-silap boleh sesat barat la jawabnya.

Keluar dari exit 4 yang dapat dilihat di sebelah kanan adalah balai polis, di sebelah kiri pula jalanraya 2 hala. Mengikut direction yang ditunjukkan dalam laman web tersebut saya perlu jalan sehingga berjumpa balai bomba, tapi nampaknya arahan yang diberi macam tak berapa nak tepat. Setelah berjalan hampir 1 km saya rasa macam dah terlalu jauh sebab dah melalui 2 pintu masuk ke stesen subway lain. Untuk mengelakkan sesat lebih dahsyat saya pun patah balik dan singgah di restoran masakan morocco, sebuah restoran halal yang terdapat di tepi jalan tersebut untuk bertanyakan arah ke masjid. Mujur pekerja wanita di situ bermurah hati untuk tuntun saya mencari jalan ke masjid.

Kedai menjual cenderahati di tepi jalan utama di Itaewon
Antara kedai kosmetik yang popular di Korea, The Face Shop

Untuk ke masjid saya perlu menaiki kawasan yang agak cerun ke atas. Jadi ianya seolah-olah mendaki lereng bukit yang perlu melalui bangunan-bangunan tinggi kerana masjid sememangnya tidak mudah dilihat dari bawah. Terdapat pintu gerbang yang membuka laluan ke kawasan masjid. Di sekitarnya pula terdapat beberapa restoran makanan halal dan kedai menjual barangan makanan halal. Berdepan dengan pintu gerbang itu terdapat sebuah kedai alat telekomunikasi dan saya sempat membeli sekeping international calling card yang berharga 10,000 won (boleh call Malaysia lebih kurang 3 jam) dan hubungi keluarga di Malaysia.

Kad Telefon Antarabangsa 13,000 won tapi dapat beli dengan harga 10,000 won (lebih kurang RM 30)
Pasaraya menjual barangan makanan halal
Restoran Salam, salah sebuah restoran makanan halal di sekitar Seoul Central Mosque
Pintu gerbang menuju ke masjid
Pintu masuk masjid

Jam menunjukkan kurang 11 pagi dan masuk waktu solat fardhu jumaat ialah pada jam 12.30 tengahari. Setelah bergambar di sekitar perkarangan masjid, saya terus duduk beri’tikaf menantikan masuk waktu solat yang mana sepanjang itu saya dapat melihat kedatangan jemaah-jemaah yang majoritinya terdiri dari orang arab, orang Malaysia, dan tidak kurang juga rakyat Indonesia. Boleh dikatakan sangat-sangat sikit orang tempatan yang dapat saya lihat di masjid itu. Setelah masuk waktu solat, seusai azan yang kedua seorang lelaki korea (umur lingkungan 40-50 tahun) bercermin mata, memakai jubah dan berkopiah putih berdiri di atas mimbar yang tidak terdapat kerusi. Beliau merupakan khatib pada hari tersebut dan khutbah pertama dimulakan dengan bahasa inggeris dan seterusnya khutbah kedua berbahasa korea.


Selesai menunaikan solat jumaat, kelihatan semua jemaah dari pelbagai bangsa masing-masing berkumpul sesame mereka dan bersalam-salaman. Saya ibarat musafir di perantauan yang tak punya mana-mana kenalan terus beredar, tak sempat nak touching-touching pun kat situ sebab perut dah lapar, dan destinasinya ialah restoran masakan morocco tadi.

Bergambar di hadapan Seoul Central Mosque

Di restoran masakan morocco tersebut saya ambil nasi beriyani kot (tapi berasnya sangat lembut dan halus, macam beras biasa dipotong 3) dan lauk ayam serta kentang. Air yang dipesan pula ialah jus oren. Setelah selesai menjamu selera saya ke kaunter untuk membuat pembayaran dan tahu tak berapa harga untuk juadah sebegitu? Harganya ialah 22,000 Won iaitus lebih kurang RM 68! Menarik kan..hehe

Marakech Night Restaurant yang menyediakan makanan Arab & Morocco
Juadah tengahari

Masa menunjukkan jam 2 lebih petang. Saya kembali ke stesen itaewon dan menuju pulang ke stesen Wangsimni. Oh ye, stesen Wangsimni terletak di dalam Plaza Wangsimni yang di dalamnya terdapat pasaraya seperti Jusco, dan juga ada wayang, medan selera, dan kedai-kedai menjual pakaian. Setibanya di stesen Wangsimni saya sempatlah juga melihat-lihat suasana dalam Plaza Wangsimni tapi tak membeli pun. Dek kepenatan saya pun balik ke hotel.

Malam itu saya dah buat temujanji dengan seorang rakyat Malaysia yang belajar di sana untuk berjalan-jalan sekitar tempat-tempat utama di Seoul. Kami berjumpa di Stesen Myeong-Dong selepas waktu maghrib dan lokasi pertama kami ialah sebuah restoran yang menyediakan masakan khas sotong kurita. Eh, saya bagitau tak yang student tersebut ialah seorang gadis? Hehe. Ye, namanya Cik H (nama penuh dirahsiakan demi keselamatan negara..hehe). Jadi segala urusan pesan memesan makanan ni dibuat oleh Cik H ni. Di atas meja makan kami ada satu set dapur di mana makanan yang kami pesan akan dimasak secara steamboat. Pada mulanya saya agak terkejut kerana pelayan kedai tersebut membawakan 2 ekor sotong kurita hidup yang diletakkan di dalam kuali beserta dengan rempah dan sayur-sayuran di dalamnya sebelum memasak hidup-hidup sotong itu di depan mata saya. Nak kata timbul perasaan geli melihatkan sotong itu yang masih meliuk lentuk ibarat penari inang yang mengikut alunan muzik gamelan pun tak juga, sebab perut tengah lapar dan rasa keterujaan mengatasi segala-galanya. Maklumlah, di tempat sendiri tak pernah cuba masakan sebegitu, apa salahnya di tempat orang kita rasai kelainan.

Sotong kurita (Octopus)yang sedang dimasak

Jadi setelah sotong siap dimasak, pelayan kedai terus memotong sotong-sotong itu kepada bahagian-bahagian kecil dan kami pun memulakan santapan. Rasanya boleh tahan sedap (atau mungkin sebab lapar?) dan ianya dimakan dengan nasi kepal (macam pulut) disertai beberapa juadah sampingan seperti telur, kepingan fish cake, dan sup sayur.

Sotong sedang dipotong setelah siap dimasak
Sup sayuran
Kepingan fish cake
Telur hancur yang agak pelik rupa bentuknya

Bergambar di hadapan restoran tersebut

Setelah kenyang mengisi perut, kami pun meneruskan perjalanan melihat-lihat sekitar kawasan Myeong-Dong. Myeong-Dong merupakan sebuah kawasan membeli-belah seperti Petaling Street, Cuma ianya lebih eksklusif dan bersih. Di situ terdapat banyak butik-butik mewah dan juga kedai-kedai kecantikan diri. Kebanyakan masyarakat Korea menggunakan produk kecantikan buatan tangan dan di sana juga kita dapat lihat banyak butik kecantikan diri yang dikira sebagai hand made cosmetics. Myeong-Dong juga ialah lokasi yang sering dikunjungi artis dan selebriti, jadi kepada sesiapa yang teringin nak jumpa Lee Min Ho boleh lah duduk kat situ setiap hari. Hehe.

Disebabkan barangan yang dijual di Myeong-Dong agak sedikit mahal dan saya kurang berminat dengan kebanyakkannya barangan wanita, kami meneruskan perjalanan menuju ke City Hall dengan menaiki teksi. City Hall ialah kawasan tengah Bandar di mana di situ kita dapat lihat patung raja lah kot, zaman dulu-dulu punya, dan pintu gerbang istana hapekebendantah (tak berapa ingat namanya sebab tak boleh masuk pun malam-malam). Sebenarnya apa yang paling saya tertarik di City Hall ialah sebuah sungai yang terletak di tengah-tengahnya yang merupakan sungai yang sangat cantik, bersih, dan airnya jernih menampakkan dasar. Di sepanjang kiri dan kanan sungai itu terdapat laluan pejalan kaki, dihiasi dengan lampu yang samar-samar menaikkan lagi mood romantic. Cewah..hehe. Tapi memang sangat cantik kawasan itu pada waktu malam. Ditambah lagi dengan dingin malam yang suhunya sekitar 12 darjah celcius, terasa macam awok ni orang Korea je :p Namun begitu sayang sekali saya terlupa bawak memory card kamera, kameranya bawak tapi memory card tak bawak sebab tertinggal dalam laptop masa transfer gambar petang tadi di Itaewon. Jadi pemandangan di sekitar sungai itu sekadar tersimpan di kotak memori sahaja ;)

Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam waktu tempatan. Disebabkan Cik H ada kelas esok dan pada waktu itu memang dah tiada bas ke kawasan perumahannya (yang terletak di luar Seoul), beliau mengambil keputusan untuk bermalam di rumah rakannya yang terletak di Sadang. Kami merayau-rayau di sekitar City Hall tersebut untuk mencari teksi dan setelah menghantar Cik H ke rumah kawannya saya pun balik ke hotel. Sekian cerita untuk hari kedua di Seoul ;-) Nantikan sambungannya untuk hari ke-3…

Kredit to Cik H yang banyak membantu saya & tolong bayar makanan malam tu. Mahal tu 38,000 Won. Takpe lain kali saya pulak bayar ye.Pengalaman yang diajarkan sangat-sangat bermakna. Terima kasih banyak2 :)


You may also like

Hari ke-2 berada di Seoul, Korea secara bersendirian. Hari ini seawal 9 pagi saya dah bersiap sedia ...

10 comments:

bunbun said...

malaysia punya pengangkutan awam masih lagi nak membangun. tak macam negara lain yang dah lama ni kan. takpela we're looking forward for the developement kaaan.

btw, menarik gila harga nasi beriani. siapa cik H tueeeeee? jengjengjengggggg.XD





p/s: halim ni ke halim yang merendek dekat shoutbox saya? saya rasa bukan kot, kaaaan? hahah

AdeQ said...

bestnye..tringin sgt nk g sna..budget tinngi x nk ke sna?hehe..
oh ya..all da best exam eap esk..kiki..

::Cik Pija:: said...

cik H sapekahhh ? hehehe. well, still tringat kat sotong b'gerak2 tu. ewww~lbih 'indah' kalu abg halim ltak the real one kat sini. HEHEHE. =)

Beatrice said...

Sotong tu kah yg nak bawa kita g makan hari itu..nasib baik x sempat g mkn.haha..well i had great experience travel with u. Wishes u sucess in u career.

Nur Ilyani said...

as salam..wah..nice journey..dpt mkn sotong gerak2 g2..btw, tma kasih la update blog ni yea.. =D

Nur Ilyani said...

btw..nak tau spe cik h 2?

Sarah Azizul said...

Halim, nak request...awak catatkan perbelanjaan perjalanan di sana boleh? termasuk penginapan, pengangkutan, makan minum dan yuran tempat2 tertentu jika dikenakan... dalam bahasa awak lah..backpackers.

cik_h said...

pandai2 je bg nama ek..saya balik sadang la awak bukan sindang...patung rajalah kot 2 nama king sejong..btw tempat saya bawa awak malam tu sekarang dah femes sejak2 lee min ho (aka gu jun pyo dalam boys before flower) shoot drama baru dia kat situ...

roy said...

Best ya dapat tengok negara orang. Jauh berjalan luas pengalaman

Salwa said...

Terima kasih. Dapat la idea saya nak pergi korea lusa nanti.hehe. ;)