/
5 Comments
Assalamu'alaikum,

Salam Ramadhan yang ke-8 buat semua pembaca blogku ini. Saya menulis post untk kali ini sementara menantikan waktu berbuka puasa (ada ke tulis blog, patutnya baca Quran ke, zikir ke..hehe). Kali ni hajat di hati nak membicarakan tentang sedikit sebanyak panorama dalam industri nasyid tanahair sepanjang umur saya berkecimpung di dalamnya.

Untuk pengetahuan semua, secara rasmi saya baru 6 tahun (sejak 2005 album Devotees diterbitkan) terlibat dalam dunia nasyid komersial Malaysia. Sebelum itu saya telahpun terlebih dahulu bertatih-tatih dengan group UNIC sejak tahun 2002 sebagai ahli pengganti. Sangat muda dan hijau lagi saya ni. Jadi apa yang saya akan perkatakan adalah berdasarkan sejauh mana pengalaman dan ilmu saya, dan pastinya ia tak akan dapat menandingi pengalaman2 yang diraih oleh artis2 senior seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, InTeam, UNIC, Mirwana, dan lain2 yang tak tersebut namanya di sini.

Para penasyid sememangnya sebuah institusi kekeluargaan yang sangat besar. Dengan ber'abang sulung'kan Rabbani, Hijjaz, Raihan, dan lain2 yang seangkatan pada zaman mereka, nasyid sebenarnya memerlukan sebuah badan atau persatuan yang benar-benar boleh dijadikan 'mak' dan 'ayah' untuk membela nasib mereka bila mereka mula hendak belajar merangkak, bertatih,dan berjalan. Sayang sekali terdapat sebuah badan yang sepatutnya membuka peluang dan harapan kepada para penasyid ini untuk membantu mereka tetapi sekadar wujud menjadikan para penasyid sebagai latar 'perjuangan' mereka.

Adanya badan tersebut sepatutnya membantu setiap kumpulan nasyid mendapatkan tempat mereka dalam industri, tetapi sayangnya mereka hanya memikirkan periuk nasi sendiri tanpa langsung berpegang pada prinsip yang sepatutnya. Sila fikirkan bersama, apabila sesebuah acara atau program diadakan, pastinya penganjur meraih imbuhan atau pendapatan, jadi mengapa tidak artis-artis nasyid ini dijemput juga dengan layanan yang selayaknya?

Seringkali menjadi bualan antara para penasyid, tidak perlu ada badan ini untuk para penggiat nasyid meneruskan perjuangan nasyid kerana telah terbukti melalui kejayaan Hijjaz Records yang telahpun melahirkan ramai artis handalannya seperti InTeam yang kini telahpun memiliki syarikat bertaraf antarabangsa tanpa perlu sokongan daripada badan tersebut. Raihan juga panjang langkahnya ke serata dunia berbekalkan jenama mereka sendiri tanpa perlu kebergantungan terhadap badan tersebut. Dan jika dilihat sekarang lebih ramai bakat-bakat baru nasyid lahir sendiri dan cuba berjuang tanpa melihat badan tersebut sebagai satu platform untuk mereka memulakan perjalanan sebagai anak seni.

Sekali lagi saya terpanggil menulis posting ini kerana apa yang dialami oleh kumpulan saya, Devotees. Satu hari saya menerima panggilan telefon dari seorang staf badan tersebut & mereka meminta Devotees membuat persembahan untuk sebuah acara anjuran mereka, tanpa apa-apa imbuhan atau bayaran. Sila jangan pandang kenyataan saya ini sebagai 'demand' atau 'tidak ikhlas' atau sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, sepanjang kami hidup dalam industri nasyid, tidak ada 1 show atau persembahan pun yang pernah diberi oleh badan tersebut walhal mereka menerima banyak job untuk persembahan nasyid. Setiap kali kami dipanggil maka jawapannya memang 'free show'. Artis nasyid kebanyakkannya memang tak berapa demand atau ambil pusing tentang harga show, kami faham perjuangan ini juga penuh dengan tanggungjawab atas nama agama, dan kami sedar semua itu. Jika show itu utk mengumpul dana, membantu yang susah, kita sedia menghulurkan kerjasama yang sewajarnya dan memberikan manfaat bagi kedua-dua pihak. Namun begitu lain pula yang ditawarkan oleh badan tersebut. Sedang mereka membuat duit dari program-program mereka, artis-artis nasyid dijadikan perencah dalam menaikkan rating program mereka kerana mereka tahu kehadiran artis-artis nasyid ini akan menambahkan lagi jumlah hadirin. Siapalah yang ingin dijadikan 'bahan' untuk mengenyangkan isi perut orang lain sedangkan nasib kita sendiri tak dipedulikannya.

Saya berharap para pembaca tidak melabelkan kami sebagai demand, kerana posting ini sekadar meluahkan rasa kesal di hati kerana industri nasyid ada mereka-mereka ini yang hanya tahu 'pakai' kumpulan nasyid bila mereka nak, dan kesenangan tidak langsung dikongsi bersama.

Sekian, salah silap harap dimaafi. Siapa makan cili, kalau dia terbaca blog ini memang dia akan terasa pedasnya. Sekadar mengeluh di blog sendiri. Terima kasih kerana membaca. InsyaAllah posting akan datang adalah sebuah lagu baru ciptaan saya. Nantikannya ye :) Assalamu'alaikum.


You may also like

Assalamu'alaikum, Salam Ramadhan yang ke-8 buat semua pembaca blogku ini. Saya menulis post untk kali ini sementara menantikan waktu ...

5 comments:

Devotees_Eylia said...

betul ckp akhi halim tu....lagu baru????tidak sabar rasanya..

::Cik Pija:: said...

begitula manusia, gunakan kita utk kepentingan diri sendiri. sabar jela, xdpt ganjaran di dunia, InsyaAllah di akhirat menanti. :)

btw, apekah lagu yg akan dipost entry akan datang ialah sambungan message undelivered? heee :D

Nur Ilyani said...

it's all about niat kan..manusia kdg2 tlupa dgn nikmat yg Allah kurniakan..btw, truskan dakwah dan jgn toleh ke blkg..Innallaha Ma'ana..

Menunggu lagu baru.. =) ke sambungan Message Undelivered??

Humaira' said...

Salam.. urm... saya sokong sngt dgn pendapat Halim 2!! Nasyid hanya dipandang sebelah mata.. Tp x ape, nasyid still ada ramai peminat dan penyokong yang kuat dibelakang anda semua...=)Kami disini setia menyokong industri nasyid tanah air!

Nur Asy Shuhada said...

Assalamu'alaikum..
Sekadar utk berkongsi cerita..
Mcm yg kita sume tau, nasyid ni adalah satu medan dakwah, perjuangan..
Saya sebenarnye xla berapa nk minat sgt satu grup ni..Tp, ade satu kisah yg membuatkan saya btambah2 xminat..Grup ni mmg la sgt terkenal..Tp, saya sdikit tersentak bila ade anugerah yg dimenangi (slalu mmg grup ni je menang), salah sorg anggota grup tesebut mengeluarkan statement lbh kurang berbunyi begini "moga2 anugerah ini menjadi penyuntik smgt utk kami terus bersaing dengan penasyid2 lain"..Whooaaaa...!!!!

Mmg terkedu..di mana perjuangan yg sebenarnya..? Mesti ke wujudkan persaingan..? Jd saya harap penasyid2 di luar sana, jgn la hanya memikirkan nama, untung, anugerah dan sbgnya, mcm yg Halim cakap tu..Dh jauh menyimpang dr tujuan sbnrnya..

Wallahualam..