Apa khabar semua? Masa yg pantas berlalu meninggalkan kita hinggakan tak terasa hampir sebulan kita dah lalui Ramadhan. InsyaAllah lagi 2 hari puasa, kemudian kita akan sambut aidilfitri 1432H. Di saat saya taip posting kali ni sumpah saya x buat apa2 persiapan langsung utk sambut aidilfitri, baju x beli, kasut pun belum beli, duit raya tak sediakan lagi, dan lain2. Tapi dek kemeriahan tag menge'tag' di facebook dengan kad raya digital yg bermacam2 design, saya pun rasa teruja nak join the club sama.
Inilah dia kad raya drpd saya, khas buat anda semua, terima kasih kerana berkunjung ke blog ni. Boleh la nak print kad ni kalau rasa suka (haha,perasan). Terima kasih juga buat insan2 yang mengirimkan kad raya betul2 punya kad raya kepada saya. InsyaAllah saya akan balas juga dengan kad raya yang betul2 punya kad raya. Hehe, pening kan..Apa2 pun selamat menjalani fasa terakhir ramadhan kali ini, mudah2n dipertemukan lagi dengannya masa akan datang, amiinn ya Rabb!

6 comments:
HAHAHA perasan sekali sekala takpe XD
cntik la kad raya ni..
nk kad raya ni yg betul2 drpd abg halim boleh x?? hihi
slmt hari raya aidilfitri..:)
cantek e-kad tu..yg gambar kartun tu mcm kenal je..hehe..
selamat hari raya aidilfitri :)
nanti sy bagi alamat rumah cepat2 pos tau HEHEHE. takpe, sy tunggu kt uia. hahaha :P
nak print la.. simpan dalam frame..:P
cantik kad raya :)
salam lebaran ^^
Post a Comment