Pages

'Raikan Syawal' by Fine&Univoice

Assalamu'alaikum,

Salam 25 Ramadhan semua. Terima kasih buat semua yg menantikan update drpd saya. Kali ni berkesempatan nk share sebuah lagu baru, lagu raya oleh group Fine & Univoice. Tajuknya ialah Raikan Syawal, ciptaan sepenuhnya oleh saya. Selamat mendengar & selamat menghabiskan saki baki ramadhan dengan penuh pengertian :)



RAIKAN SYAWAL

Bergema alunan memuji
Takbir membesarkan Ilahi
Tanda kemenangan dirai
Syawal hadir memberi seribu erti

Setelah sebulan berpuasa
Menahan lapar jua dahaga
Kini tiba saat dan masanya
Berdendang syukur kepada Yang Esa

Di hari mulia bahagia
Bertegur sapa berkunjung mesra
Lupakan segala sengketa lama
Maaf bermaafan menebus dosa

Bersama berhari rayalah kita
Sederhana jangan berlebihan pula
Berwaspada dengan batas dan
Syariat yang telah ditetapkan oleh agama

Biar kita jadikan
Hari ini kenangan
Yang manis indah tanpa sesalan
Raikannya dengan
Penuh kesyukuran
Kepada Allah kita panjatkan

Selamat hari raya
Maaf zahir dan batin dipinta
Salah silap oi..jika terkasar bahasa
Harap diampun juga dilupa

Biar kita jadikan
Hari ini kenangan
Yang manis indah tanpa sesalan
Raikannya dengan
Penuh kesyukuran
Kepada Allah kita panjatkan


Lagu/lirik/susunan muzik: abdhalim

4 comments:

*IFI* said...
This comment has been removed by the author.
*IFI* said...

Best! Lagu raya devotees? =)

::budak:: said...

like :)
lagu abg halim takde ke utk raya?

nisa_islam89 said...

salam, akhi halim. lagu ni best2 sgt3, nisa x thu pula lgu ni akhi yg cipta, tahniah dan pujian btNYA.T.KASIH DEVOTEES..slalu mghasilkn lgu2 yg ckp brmkna dan brmnfaat bt smua, trskn prjuangan! jgn berhenti..(bjln tnpa hnti)

Sinopsis Blogger

Assalamu'alaikum & selamat dtg. Nama diberi ialah Abd Halim Ahmad, anak jati Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Seorang graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dari UIA Gombak. Juga merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Malaysia, Devotees. Selain itu saya juga memiliki syarikat rakaman sendiri iaitu Neurotic Studio yang menguruskan hal-hal pembikinan album, pengurusan artis dan rekabentuk grafik.

Blog ini sekadar medium untuk saya menyampaikan informasi samada berkaitan diri sendiri, Devotees, berbentuk ilmiah, atau sekadar berkongsi pandangan terhadap sesuatu isu.

Sekiranya anda ingin memetik material yang terdapat di blog ini samada isi cerita, video, gambar, ataupun lagu, anda boleh berbuat demikian dengan meletakkan kredit atas nama blog ini.

Akhir kata, salam perkenalan & selamat bersiar :)
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates