/
6 Comments

Assalamu'alaikum,

Sihat kah? Smoga semuanya gembira berpuasa, gembira beramal ibadah, dan senyuuummm selalu =) Alhamdulillah, kali ni saya nak kongsi sedikit sebanyak apa yg saya tahu untuk manfaat bersama.

Meluruskan saf atau barisan merupakan keutamaan dalam solat berjemaah. Rasanya banyak posting atau blog2 di internet yang boleh kita baca tentangnya. Walau camnerpun saya agak sedikit kesal bila mengenangkan dan melihatkan sikap segelintir masyarakat kita yang tak kisah tentang kedudukan saf.

Contohnya perkara yang seringkali berlaku dalam jemaah lelaki, first ialah apabila bilal mula melaungkan iqamah maka masih ada yang berlengah-lengah duduk lagi menantikan laungan kalimah "..Haiya 'alas solaahhh.." baru rasa nak bangun. Padahalnya seruan iqamah itu sendiri menunjukkan solat sudah siap untuk dikerjakan dan bersegeralah bangun membuat saf.

Kemudian bila saf di hadapan kita ada kekosongan, maka akan adalah jemaah melayu ni (saya sebut melayu sebab melayu merupakan bangsa yang sangat bertolak ansur) yang mempelawa orang di sebelahnya untuk mengisi ruang kosong tersebut, dan kadangkala berlaku pula tolak menolak atas dasar hormat menghormatilah kononnya. Tahukah kita bagi jemaah lelaki semakin depan safnya maka semakin tinggi fadhilat dan kedudukannya? Dan tahukah kita dalam urusan ibadah tiada tolak ansur atau kompromi?

Apa yang dikatakan tiada kompromi dalam beribadah ialah tiada istilah memberi peluang untuk mengutamakan perkara lain selain daripada ibadah yang wajib. Contohnya apabila telah sampai masuk waktu solat dan kita pada waktu itu berada di pasaraya, tempat solatnya sangat sempit dan mungkin hanya boleh memuatkan seorang sahaja dalam satu-satu masa, maka kita wajib menyempurnakan solat kita terlebih dahulu sebelum memberikan ruang tersbut kepada orang lain (sekiranya kita terlebih dahulu memiliki wudhu').

Begitu juga dalam perihal meluruskan saf. Nabi Muhammad S.A.W sendiri memberikan amaran bahawasanya sesiapa yang tidak memperbetulkan safnya maka Allah akan memperselisihkan wajah-wajah mereka (Hadith riwayat Muslim. Meskipun kita tidak tahu akan suruhan ini, sekurang-kurangnya janganlah sampai terlalu bertoleransi sehingga peluang mendapatkan pahala di depan mata diberikan kepada orang lain.

Semoga entry kali ni bermanfaat buat semua. Saya agak terkesan sehingga menulis entry ni disebabkan apa yang berlaku di sebuah surau di perkampungan saya bilamana bilal mula melaungkan iqamah, masih ada pakcik-pakcik ni yang boleh dikatakan orang lama dan 'kaki' surau masih tak bangun dari duduk. Kemudian ada anak muda yang telahpun siap berdiri untuk membarisi saf hadapan dikatakan 'kurang menghormati' orang tua yang kononnya lebih layak berada di baris hadapan.

InsyaAllah bertemu di posting lain. Selamat berpuasa ! :)


You may also like

Assalamu'alaikum, Sihat kah? Smoga semuanya gembira berpuasa, gembira beramal ibadah, dan senyuuummm selalu =) Alhamdulillah, kali ni ...

6 comments:

*Azdah* said...

Ramai juga sebenarnya orang islam yang masih jahil tentang merapatkan saf dalam solat ni, kita yg tahu sepatutnya menegur kan =)

Teruskan menulis, lama xbaca entri terbaru...keep it up HA! (^_^)

Ukhti Fazz said...

mmg banyak sgt masalah rapatkan saf...masa di masji hari 2 saf tu bole berselang selang...ada yg x nak rapatkan saf sbb rasa sempit n panas lah..n kbnyakannya mak cik2..xkn nk tegur..nt kurg ajar plak

mujahadah solehah said...

salam ziarah~
it should b our rsponsbility 2 tel them~
no matter how young we r.
then gne pndekatan yg bhikmah..
cntohnye..tampal artikel then ceramah pasal saf..nk tegur org yg lbh tua memg lah xmanis..in case,kne lah pikir cara yg boleh mndekati mereka:)

adeqs comeyll said...

betul la abg halim..
dkt mesia mmg masalah nie sgt kronik kot..
'org2 masjid' lak tu yg slalu bt masalah tu...
lega bile solat dkt Mesir nie...
bkn shj bahu dirapatkn...
setgh2 tu smpai kaki bertemu kaki..
[sni kan byk mazhab]

btw...Ramadhan Kareem :)

Nur Ilyani said...

alhamdulillah..perkongsian yang bermanfaat..sebenarnya kita sendiri perlu cakna dalam membetulkan perkara ini kepada masyarakat..ala kulli hal, syukran..

-ballighu anni walau ayah-

aidanana said...

Betul3.. Tambah2 lagi kalau warga emas.. Rasa segan nak suruh mereka rapatkan saf.. Nak suruh macam mana ya?