/
2 Comments
Assalamu'alaikum,

Salam aidilfitri semua! OK hari ni dah masuk hari ke-3 aidilfitri 1432H. So far macamna sambutan meraikan hari raya ni? Kali ni saya nak berkongsi sedikit sbanyak tentang hobi diriku yg mungkin ramai x tahu, iaitu i love to watch movies!! terutamanya sebelum tido..hehe..tapi posting kali ni nak share ttg few movies & series yg boleh kita sama2 tonton utk menjana minda atau mudah dikatakan brilliant movies.

1) Hollywood: Ocean 11



Ini antara movie yg terbaik pada saya yg dilakonkan oleh watak2 yg anchor dalam industri perfileman hollywood. Dibintangi oleh George clooney (batman & robin 1997), Brad Pitt, Matt Damon, Julia Roberts, dan ramai lagi. Berkisar ttg komplot utk merompak bank sebuah kasino di Las vegas, apa yang best ttg cerita ni ialah macamana diorang ni 11 orang boleh sumbangkan kepakaran masing2 untuk 1 kerja yang menjanjikan pulangan yg besar. Macamana cara rompakan tu dilaksanakan memang is the best part yang pastinya betul2 bijak! Cerita ni gak ada sequelnya iaitu Ocean 12, dan Ocean 13 :)

2) Bollywood : 3 Idiots



Saya tak fikir ada satu pun cerita hindustan atau bollywood yg berdurasi lebih 3 jam untuk saya tonton lebih dari 3 kali, tapi cerita ni memang so perfect! Dilakonkan oleh Amir Khan & Kareena Kapoor, cerita ini mengisahkan tentang 3 sekawan yang masing2 dari latar belakang berbeza yg belajar di sebuah kolej kejuruteraan yang sangat masyhur & dipimpin oleh seorang pengetua yang sangat tegas dan mementingkan kecemerlangan akademik. Cerita ni lebih memfokuskan tentang nilai persahabatan & unsur cinta sebagai penyeri cerita. Apa yang best ialah jalan ceritanya yang pada saya langsung xde cacat cela & sangat balance dari segi lawak, sedih, gembira, dan seriously, I've watched this film for more than 5 times! The moral is be what we intend to be, jangan buat sesuatu atau belajar tanpa kafahaman. Sesiapa yg belum tengok, saya sangat sangat sangat sangat sangat sangat menggalakkan anda tengok sbb mmg best giler!! ;)

3) Japanese Series : The Liar Game



Drama yang menjadikan 'game show' sebagai jalan ceritanya ini menampilkan seorang gadis yang sangat jujur secara tiba2 terlibat dalam sebuah permainan menipu iaitu The Liar Game. Permainan ni ialah sebuah reality show yang ada beberapa peringkat, dan dalam setiap peringkat akan ada lebih ramai pesaing yang akan merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan dengan jumlah yg sangat banyan. Mereka perlu melakukan tipu muslihat dan perlu saling memperdaya pesaing mereka untuk mencapai objektif setiap peringkat dalam game tersebut. Sememangnya pemikiran orang2 Jepun sangat brilliant dan kalau anda tengok drama ni mmg nampak betapa bijaknya pemikiran mereka2 yang menghasilkan storyboard cerita ni. Silalah tonton kerana ia memang sebuah drama berepisod yang very2 brilliant! :)


Actually ada banyak lagi cerita2 yang bila ditonton boleh menjana pemikiran kita utk lebih kreatif dan lebih rajin berfikir. I wish suatu hari nanti akan ada pengarah malaysia yang boleh bikin cerita2 bijak macamni supaya minda rakyat lebih terasah. Apa2 pun, selamat menonton! :)


You may also like

Assalamu'alaikum, Salam aidilfitri semua! OK hari ni dah masuk hari ke-3 aidilfitri 1432H. So...

2 comments:

Nur Ilyani said...

boleh jd pngkritik movie ni..btw, i love very much '3 idiots'..mmg ssuai utk sume..tnx 4 sharing ^_^

Nadzirah Amiruddin said...

Antara ketiga-tiga movie tu yang saya pernah tengok ialah The Liar Game. Tak dinafikan, memang brilliant! Drama-drama Jepun memang unik dari segi penyampaian cerita dan mesej. Biasanya akan diselitkan unsur-unsur kekeluargaan dan persahabatan yang menyentuh perasaan. Kalan Japanese animation pun sama. Tambah lagi dengan OST yang best!

p/s: Tetiba macam nak tengok "3 idiots", :-)