/
14 Comments
Sambungan posting Seoul, Korea (13/05/011 - Jumaat)

Sebelum menjengah negara orang, saya memang agak risau tentng keselamatan dan perjalanan di sana memandangkan kebanyakan rakyat Korea agak sukar berbahasa inggeris. Jadi komunikasi sangat terhad. Oleh itu saya ada la try2 cari di internet kot2 ada kenalan orang korea yang boleh jadi tourist guide. Alhamdulillah permohonan saya utk ditemani tourist guide termakbul gak melalui sebuah laman web tourism korea ni. (Untuk pengetahuan semua permohonan ni saya buat sebelum mengenali Cik H)

 Kenalan baru saya ni namanya Sue, seorang guru sekolah rendah dan memang suka buat part time sebagai tourist guide, dan dah hampir 10 tahun membawa ramai pelancong dari pelbagai negara jalan2 di Korea. Tahu tak, kita tak perlu bayar pun kos perkhidmatan tourist guide ni cuma kita kena tanggung kos perjalanan, tiket masuk, dan apa2 saja yg kita pegi dengannya, seolah2 kita pegi bawak awek sendiri, takkan awek nak bayar plak kot kan..? hehe. Sue janji akan bawa saya jalan2 pada hari sabtu dan ahad memndangkn hari2 lain dia kerja dan waktu saya pergi ni bukanlah musim cuti sekolah. Melalui beberapa perbualan kami di Yahoo Messenger beberapa minggu sebelum saya ke Korea Sue telah merangka lokasi2 yg akan dibawa utk melawat memandangkan saya sendiri takde idea kemana nak pergi, antara cadangannya ialah melawat sebuah universiti perempuan, beberapa kawasan bandar, dan gereja..!! Oh tidak..Saya katakan kepada Sue yang saya beragama Islam dan tidak boleh masuk ke rumah ibadat agama lain. Syukurlah dia memahami, dan saya juga jelaskan yg saya tidak boleh makan khinzir. Dia kata ok, kita ada ayam dan daging..haha, sudaaaah..klu dua2 tu pun x sembelih ikut syarak pun sudah jadi haram ituuu. Takpe, saya x mahu tambah lagi pening kepala dia kalau awal2 lagi saya dah bagitau x boleh buat itu dan ini. Nanti di sana bila dah jumpa baru bagitau.

 Sabtu pagi di Hotel 2C, hari ni saya kena check out sebab dah tidur 2 malam. Memang cuma buat tempahan secara online utk 2 malam je memandangkan Sue dah plan nk bawa berjalan ke tempat dia, jadi takut2 jauh dari Hotel 2C so saya akan menginap malam ke-3 di hotel yg berdekatan dengan lokasi lawatan kami sahaja. Pagi tu jam 10pagi buat pertama kalinya saya bertemu dengan Sue. Setelah check out kami pun memulakan perjalanan dengan mnuju ke destinasi pertama iaitu Hongik University. Dari stesen Wangsimni (berdekatan dengan Hotel 2C), kami menaiki subway line 5 (ungu) terus ke Cheong Gu, then tukar ke subway line 6 (coklat) ke stesen Hapjeong. Dari stesen Hapjeong terus berjalan ke Hongik University yang merupakan sebuah universiti kesenian (art). Suasana di universiti memang tak jauh berbeza dari segi feelnya, tapi dari segi student confirm la berbeza2 kan..sebab semuanya Korean2 belaka dan aweks2nya berskirt..fuhh..hehe. Ada gak yg berseluar panjang.

Sue. Cikgu sekolah rendah yang suka buat part time as tourist guide. Kelihatan dia sedang membuka bungkusan roti gardenia perisa jagung yg sy bawak dari Malaysia..hehe

Frisbee, merupakan pengedar rasmi barangan Apple di Korea - ini antara bangunan yang terdapat di sekitar jalan di Hongik University

Seorang rakyat Malaysia yang berpakaian ala k-pop la konon dengan cardigan bergambar di hadapan pintu pejabat di Hongik University..hehe

Next destination is Sinchon di mana ia terletak bersebelahan dengan Hongik University. Lokasi2 yang kami pergi ni semua ada stesen subway masing2, cuma untuk niat berjalan2 ni memang kita betul2 berjalan lah dari satu ke satu destinasi yang lain. Sinchon merupakan kawasan town yang banyak deretan bangunan kedai, dan sebelum tiba di Sinchon, terdapat sebuah kawasan yang menjadi tarikan saya iaitu sebuah pasar semacam uptown di Malaysia, tapi di sini namanya Free Market. Walaupn nama free tapi beli barang tetap kena bayar yop. Masa tu sekitar jam 11.30pagi dan Sue dok lepak kat tepi, saya sorang pusing2 Free Market tu. Ada pelbagai barangan buatan tangan yang dijual di sini yang tak terdapat di tempat lain. Antaranya beg kain, kad ucapan, keychain, handphone strap, handphone pouch, wallet, dan banyak lagi. Memang semuanya comel2 dan unik belaka. Di sini saya sempat menghabiskan duit beli beberapa beg kain bercorak kucing utk adik beradik perempuan saya, ada gak beli handphone strap bentuk tutup botol, dan apa ntah lagi (x ingat). Harganya pulak kalau dibandingkan dengan Malaysia memang nampak agak sedikit mahal disebabkan taraf hidup masyarakat di Seoul ni pun tinggi.

Welcome to Free Market! Free to view ;-)

Para pelanggan juga terdiri daripada rakyat tempatan

Handphone strap berbentuk penutup botol

Beg kain yang cute dengan pelbagai corak kucing


Lepas membeli tu saya pun sebenarnya dah rasa lapar dan Sue pun suggest bebrapa kedai kat area Sinchon. Tapi memandangkan semuanya berasaskan daging dan ayam (yg sangat diragui ke’halal’annya), saya ajak dia makan something yang lebih bersifat seafood. Hehe, sekurang2nya xdelah keraguan sangat kan. Then kebetulan ada lah satu kedai sushi berhadapan dengan  pasaraya Hyundai (tahu x kereta jenama Hyundai?). Kitorang pun masuk dalam dan Sue lah yang tolong order. First time weh makan sushi walaupun kat Malaysia dah berlambak2 kedai sushi.


Sushi - Kepah yang dimasak dengan campuran sayur-sayuran 

Sushi - Macam-macam ada!

Eksklusif! Sue tengah pegang cd Devotees 'Berjalan Tanpa Henti' tuuuu..Anda dah dapatkn? Pastikan yg original :p

Pemandangan selepas makan ;)

Antara kedai fesyen yang terdapat di sekitar Sinchon. Wah! Besarnya kasut tuuuu..

Sushi yang dihidangkan Nampak macam seciput2, tapi sebenarnya boleh buat makan 3-4 orang. Saya makan pun sekadar mengalas perut dan utk ada tenaga nak teruskan perjalanan. Sesudah makan kami teruskan perjalanan menuju Ehwa University. Universiti ni khas hanya utk perempuan sahaja. Datarannya merupakan destinasi yang memang jadi tarikan pelancong sebab cantik dan terdapat juga Ehwa Museum yang menempatkan barangan2 antik masa lampau zaman permaisuri hapekebendantah ( x ingat gak). Oh ye, Ehwa (disebut sebagai E-Hwa) ini maksudnya bunga mawar. Jadi memang seswai sangat you olzz university ni untuk kaum hawa sahaja..hehe.

Pintu gerbang Ehwa Womans University

Ehwa Womans University Museum

 Bergambar di taman bunga depan Ehwa University. Sebijik macam perangai mat bangla..hadoi

Gadis Korea memang suka berjalan dengan rentak kaki yang sama..hehe..Sebenarnya bangunan di belakang tu merupakan kelas-kelas. Nampak x? Cuba perhatikan di sebelah kiri ada signboard tertulis nombor 1. Itulah kelasnya!

OK setelah penat berjalan2, kami dah lepak dan Sue bawa saya terus ke Seoul Station. Destinasi seterusnya ialah kampung halaman Sue iaitu Daejeon yang terletak kira-kira 300 Km dari Seoul. Huh, memang jarang dibuat orang bagi pelancong2 yang first time datang Korea terus pergi sejauh tu melainkan ke Busan (utk musim panas). Alhamdulillah hajat saya untuk naik Korea Train Express (KTX) termakbul juga. KTX merupakan bullet train atau keretapi laju yang mampu mencecah kelajuan lebih 300 km/j. Untuk ke Daejeon memang pengangkutan awam yg ada ialah KTX. Harga terbahagi kepada 2, yang murah dapat berdiri je sepanjang perjalanan, dan yang mahal dapat la seat dalam ruang berhawa dingin. Malang plak kami sebab tiket untuk seat berhawa dingin dah habis, dan kitorang beli jelah tiket berdiri sepanjang perjalanan..huhu

KORAIL, syarikat yang mengendalikan beberapa pengangkutan utama di Korea termasuklah Korea Train Express (KTX)
Tiket KTX - Waktu beli 4.40 ptg, nombor train KTX 389, nombor gerabak 9, waktu dijangka sampai 5.35ptg, harga 19,500 won seorang


KTX ni mempunyai beberapa gerabak. Setiap gerabak adalah ruang berhawa dingin, dan ruang yang menyambungkan gerabak2 ni adalah kawasan yang tidak berhawa dingin dan memang khas untuk kami..hehe. Namun begitu kalau sepanjang perjalanan ada orang yang duduk di seat berhawa dingin ni turun di mana2 stesen, kita yang berdiri ni boleh masuk dan  replace seat yang ditinggalkan tadi. Alhamdulilah saya dapat gak duduk  Oh ye, attendant setiap gerabak merupakan seorang awek Korean yang kebiasannya cun melecun, dan sopan gitu. Mereka akan melayan keperluan setiap penumpang di seat berhawa dingin, dan sebelum keluar dari gerabak tu mereka akan berdiri menghadap semua penumpang dan diorang akan bow (tunduk). Soppppann sangat! :D

Kira-kira sejam kemudian, kami tiba di stesen Daejeon. Waktu itu petang lebih kurang jam 5.30. Di Daejeon cuma ada 1 sistem subway sahaja klu nak dibandingkan dengan Seoul yg ada lebih 7 laluan. Sewaktu berjalan di laluan subway tu kebetulan ada la satu band ni tengah buat promosi. Kami pun lepak jap, saya sempatla layan sebuah lagu yang mereka nyanyikan. Nama band ni Fineapple. Dah layan sepam lagu, kami pun meneruskan perjalanan.


Papan tanda Stesen Daejeon

Kalau di Malaysia ada kumpulan Fine, di Korea ada band Fineapple..hehe 

Keunikan senibina jambatan utama di Daejeon

Kali ni kami teruskan perjalanan menaiki bas pula menuju ke sebuah taman tema yang saya x sangka ianya sangat ohsem! (awesome ejaan budak2 sekarang). Namanya O World. Terletak di pinggir bandar Daejeon, Taman Tema O World memang merupakan sebuah kawasan yang lengkap dengan pelbagai taman tema di dalamnya. Antara yg terdapat di dalamnya ialah pameran pelbagai bentuk batu, zoo, taman tema permainan, taman bunga, dan taman lampu seperti di i-city shah alam. Ada juga disediakan pentas yang akan diserikan dengan beberapa persembahan bagi menarik para pelancong. Kami sempat duduk dalam setengah jam menyaksikan persembahan silap mata, k-pop show, dan tarian yang juga terdapat penari mat dan minah saleh yg cun, memang menghiburkan.



Pintu masuk ke O World!

Bergambar dengan posisi memeluk kaki zirafah untuk kelihatan comel..(comel ker..?)

Pameran pelbagai batu seperti zamrud, jade, dan lain2

Memandangkan waktu lawatan hanya sehingga jam 9 malam, tempat2 yang sempat saya lawati hanyalah zoo, taman bunga, dan taman lampu. Yang menariknya, zoo di situ terdapat pelbagai jenis haiwan yang x ada di zoo negara kita. Ini mungkin sebab habitat haiwan2 tersebut tak sesuai dengan suhu di sini. Antara haiwan yang ada ialah dubuk, burung Herring, dan banyak lagi. Kemudian bagi gugurl (girl-girl) yang sangat mencintai bunga, saya pasti anda akan terpegun gak melihat keindahan taman bunga yang sangat ohsem jugak, penuh warna warni dan saya yang lelaki sejati ni pun teruja tengok panorama yang rasa bestnya kalau dok situ hari-hari.Hehe.  Then kalau anda lihat taman lampunya pun tak kalah dengan i-city shah alam. Kira sama2 menang la. Cuma bezanya suhu di sana sejuk dan rasa romannnnntiik sangat youuu! :p

Comel kan? Tak ingat apa nama dia.

Burung Herring yang merupakan pemakan bangkai

Pintu gerbang ke Flower Land

Taman penuh bunga (Nampak macam x penuh seba excited terlebih sekali sudah terkurang amik gambar daaa)

Ohh..sungguh feel kalau berada di sana

Lampu berbentuk hati..kiiiiiiut sangat! :p

Penat berjalan, kami pun mencari susur jalan keluar dari O World tersebut. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Pada asalnya plan Sue ialah untuk membawa saya pergi ke sauna! Oh tidaaakkk..! sekali lagi, otak saya dok ligat memikirkan camner nak cari excuse tak mau pergi sauna. Al maklumlah, sauna Korea ni kan sangat open dan karang terbeliak pulak bijik mata ni tengok suasana yang pelik-pelik dalam sauna nanti. Semasa dalam bas menuju ke bandar, tiba2 Sue pulak tanya saya x penat ke, padahal lututku ini sudah hampir tercabut sebab seharian berjalan, cuma saya tak tunjuk penat je memandangkan Sue pun bersemangat nak bawak jalan-jalan. Rupa2nya dia yang dah kepenatan, dan katanya kita postpone esok malam jelah pegi sauna. Malam ni saya gi check in hotel dan berehat, esok akan jumpa dia untuk teruskan berjalan2. Yes! Alhamdulillah dapat gak mengelak dari pegi sauna tu. Sebelum pergi check in hotel tu kitorang sempat singgah di sebuah restoran fast food, Sue beli makanan untuk bawak balik rumah dia, dan saya hanya beli makanan2 berasaskan kentang shj untuk mengisi perut. Then Sue tolong saya check in hotel di area situ sebelum dia balik umah, dan saya masuk bilik bersiap membersihkan diri untuk tidur, menunggu hari esok yg bakal menjelma :)

Awek-awek Korean yang menjadi pelayan di restoran fast food ni. Nampak x betapa sepetnya mata mereka..hehehe

 Malam ke-3, menginap di Daelim Hotel. Letih sudahhh..




You may also like

Sambungan posting Seoul, Korea (13/05/011 - Jumaat) Sebelum menjengah negara orang, saya memang ag...

14 comments:

*IFI* said...

Oh sambungan cerita rupenye, ingatkan ke korea lagi..hehe

cantiknye korea! Devotees kena buat trip bersame peminat kesane ni! mesti ramai yang nak ikot nanti ^_^

Abd Halim Ahmad said...

Sy sedang merangka team utk makan angin ke korea lagi tahun depan,insyaAllah. So pakat2 simpan duit dari sekarang minimum RM 1800 untuk g sana ramai2 as backpackers. Jom! ;-)

are_jah91 said...

ceria je muka sis Sue pegang cd kumpulan Devotees..

setuju sgt dgn komen kak IFI. kmpulan Devotees kena bt trip bersama peminat(^_^)

lps ni ada sambungan lg x?? terasa enjoy pulak bila baca pengalaman org ni~~~

*IFI* said...

InsyaAllah, diberi kesempatan , kesihatan badan, nak sangat pegi! semangatnye..jom kumpul duit ramai2, A.halim dah 'mahir' jalan korea, lepas ni kite2 senang la..hehe (^_^)

aJJeLiNa said...

Best la dapat melancong.. minimum rm1800? tiada diskaun ka? hihihi

Abd Halim Ahmad said...

minimum rm1800 tu mksud saya termasuk tket flight, penginapan, transportation, makan minum, dan duit belanja (sebab tu minimum rm1800 sebab klu anda byk berbelanja maka bertmbah2 la kosnya.hehe)

aJJeLiNa said...

owh... ingatkan ada peruntukan utk join.. hikhik...
Tempat d mana? korea gak ka?

Hea Jung said...

jeles T_T sangat2 jeles.sampai tak sanggup nak baca T_T T_______T

Nurul Aini Izzati Binti Abd Rahman said...

Subhanallah! Cantiknya bumi Allah...

Bermusafir, berjalan dan menghayati ciptaan Allah...

Semoga Allah makbulkan niat sahabat2 semua untuk jejakkan kaki ke Korea... Amin Ya Rabb~ :)

airieyahh aider said...

HA..bestnyerrrrrrr dapat ke sana! :) nak ikot....! hehe..

.. DAELiM Hotel... HALiM Hotel pon ok jgk.. :p

zIyEn said...

awesome!!seronoknya dpt backpackers kt sana.teringin nak pegi jugak..

eKa said...

assalamualaikum,saya pun akan ke sana bln 12 ni.boleh tak bg tau saya, canne nak contact teacher sue tu...harap dapt membantu cik_eka@yahoo.com

Adyani Al-aydrus said...

Assalamualaikum.....besnyer da dpt p korea...insyaAllah jan 2015 sye pon akan ke sana..tp bole tahu mcm mana nk cntact sue tu?available x
lg?

:: Dhiya :: said...

saya pernah menetap di daejeon. Bingkisan kembara saya di daejeon dan seoul banyak ditulis dalam blog saya. Insya Allah akan kembali ke Daejeon untuk melanjutkan pengajian pd tahun 2015