/
6 Comments
Bismillah..
Assalamu'alaikum semua :)

How's everybody doing? (macamana semua orang buat?) hehe. Harap2 semuanya sihat-sihat belaka lah hendaknya k. Alhamdulillah, ahad lepas (9/10/2011) telah berlangsung siri ke-2 jelajah Anugerah Industri Muzik (AIM) 18 bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Devotees berpeluang untuk turut serta bersama dengan finalist2 lain dari pelbagai kategori bersama2 menghiburkan para pengunjung di situ.

Actually posting kali ni nak share pengalaman yang dilalui sepanjang mengikuti program2 sebegini, memandangkan mungkin sebahagian besar dari kita nak tahu apa yg berlaku behind the scene, dan macamana agaknya rasa bila duduk dalam posisi artis ni.

Ok firstly kalau nak dibandingkan dengan scenery nasyid dan dunia hiburan mainstream, tersangatlah berbeza dan ada pro dan kontranya. Saya kupas yang pro bagi nasyid dulu ok. Dalam suasana berkumpul, bergaul, dan mengadakan persembahan di kalangan para penasyid dan peminat nasyid, perasaannya lebih damai, dapat rasakan saya tak perlu menjadi orang lain kerana mmg di situ kita selesa berada, x duduk dengan perkara2 yang gharar (meragukan), dan mudah dari segi komunikasi. Walaubagaimana pun kontranya pula ialah dari sudut pengurusan sesetengah pihak penganjur yang kadang2 x faham posisi dan keperluan artis. Bukannya kami minta disanjung tinggi pun,bukannya minta disediakan itu dan ini, cuma apabila kami dijemput maknanya penganjur kena tahu nak uruskan kami sepanjang kami berada di situ. Contohnya jika diundang mengadakan persembahan di sesebuah universiti, kadangkala pihak sistem audio (PA System) malas nak bagi komitmen jika kami perlukan sesi uji suara (sound check). Ada yang jaga soundcheck main2, kita nak minta adjust betul2 sampai rasa macam menyusahkan dia dah pulak walaupun tu memang kerja dia, dan pernah terjadi ptg tu kami soundcheck then malam tu masa perform boleh pulak brader PA system ni main tambah reverb, echo sesuka hati dia. Lagu yang pertama suara jadi bergaung, pastu jadi meleret2 pulak, dan macam2 kejadian yang x diingini oleh sesiapa sahaja jika diundang mengadakan persembahan.

OK next is pro apabila duduk dalam pengurusan industri hiburan mainstream. Mereka lebih bersifat profesional dan tahu menjaga kebajikan kami. Contohnya bab pengurusan masa, sesi soundcheck pun kita boleh betul2 mintak sound engineer tu adjust level microphne kita sampai kita puas dan mereka akan buat sebab mereka tahu keperluan kita sebagai performer. Namun begitu, kontranya lebih dahsyat..hehe, paham2 jelah ye. Duduk dgn artis2 yang datang dari pelbagai latar belakang, lelaki dan perempuan, dedah aurat, terdedah kepada risiko bersalaman dengan artis dan krew wanita yg bukan mahram, dan lain2. Seriouslny kadang2 untuk menyesuaikan diri terasa diri ini hipokrit sangat seolah2 cuba untuk jadi orang lain. Walau macamana pun as long as kita ada limitation dan sempadan yang kita dah gariskan, insyaAllah akan tahu cara bergurau, cara berkomunikasi, dan bahasa badan yang sesuai.

Untuk lihat gambar2 roadshow, boleh terus ke Facebook Devotees k. Terasa banyak perkara dan cerita nak dikongsi tapi masa tak berapa mengizinkan. InsyaAllah akan share few things soon. Jaga diri semua, terima kasih kerana membaca di sini lagi. Love u all! :) Assalamu'alaikum.


You may also like

Bismillah.. Assalamu'alaikum semua :) How's everybody doing? (macamana semua orang buat?) hehe. Harap2 semuanya sihat-sihat belak...

6 comments:

Hea Jung said...

salam. Saya terlepas hari tu.mmg terasa nk pergi Plaza Alam pun sbb ada barang nk beli.tp batalkan niat atas sbb kemalasan yg melampau.buka fb pun lmbt.buka aje fb, terbaca post yg devotees akn buat persembahan.tgk time dh 2 hours ago. frust jugalah sbb tak berpeluang dgr devotees secara live.tp, nk buat mcm mn,dah takde rezeki. mungkin lain kali T_T

HANI said...

Waalaikumussalam! :)

Abd Halim Ahmad said...

xpe, sila datang ke jusco AU keramat 15 Oktober 2011 ni. Waktu yg sama, kami akan roadshow di sana pulak insyaALLAH:)

bintuuthman91 said...

Selamat Bermujahadah...
Setiap mukmin itu adalah daie...
tunjukkanlah akhlak yang terbaik ikot kemampuan kte.wlupun x mampu tgur scre direct,skurng-kurangnye kte x menjadi sebab "fitnah kpd agame"...InsyaAllah...
Teruskan usaha!!!

eR said...

ske ayt nie...
"kadang2 untuk menyesuaikan diri terasa diri ini hipokrit sangat seolah2 cuba untuk jadi orang lain"
thanks

Nadzirah Amiruddin said...

Thanks for sharing. At least kami tau jugak "behind the scene" things and apa yang you guys rasa. Hmm..rasa hipokrit..been there. Yupe, as long as ada prinsip, should be okay..InsyaAllah, :-)