/
10 Comments
Assalamu'alaikum :)

Alhamdulillah, syukur ya Allah atas nikmatMu. Seronok & teruja rasanya hati ni masa mula taip posting ni. Kali ni a simple post tp full of picts. OK first of all sebagai makluman kepada yg masih belum tahu, pada 5 hingga 8 November 2011 lepas saya dan kumpulan Devotees sekali lagi untuk tahun ke-4 berkesempatan berkunjung ke negara Kemboja atas tiket duta EZ Qurban Sdn Bhd bagi menyertai Program Kembara Korban. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, siri Pengembara Muslim musim ke-4 terbitan Ikim.fm ni telah memilih lokasi Kg. Keh yang terletak di daerah Kampot, nun jauh lebih 2 jam perjalanan menaiki bas dari ibu kota Phnom Penh. Kali ni juga para peserta menikmati pengalaman istimewa iaitu bermalam di rumah penduduk Kg Keh dengan keluarga angkat yang telah diaturkan oleh urusetia program. Jom tengok gambar-gambar ni dan cerita di sebaliknya...


Sampai di bandar Phnom Penh kami dibawa menuju ke pusat bandar & Shauqi mintak singgah sebentar di tepi jalan untuk beli simcard. Actually para peserta Kembara Korban yang lain dah sampai sehari lebih awal iaitu pada hari jumaat dan mereka dah pun tidur 1 malam di hotel, jadi hari kami sampai ni ialah hari ke-2 mereka dan hari ni kami semua akan terus masuk kampung untuk menginap di sana 2 malam

Kami dibahagikan kepada 2 bas memandangkan terdapat lebih kurang 80 peserta semuanya. Saya & Adi menaiki bas biru manakala Shauqi & Muhammad bas merah. Dalam perjalanan menuju ke Kg. Keh bas kami sempat singgah sebentar di tepi jalan untuk menikmati hasil bumi Kemboja. Sempat juga lah merasa jagung rebus & air kelapa mawar :)

Merakamkan saat-saat indah sesudah melaksanakan solat sunat aidiladha bersama para peserta Kembara Korban. Waktu ni ramai penduduk kampung turut sama berkumpul di perkarangan masjid.

Abon, Encik Zul, Ustaz Abdullah, & Ustaz Erwan IKIM

Penulis Majalah Anis bersama anak-anak warga Kg. Keh

Yang Berbahagia dan Baik Hati, Ustaz Azhar sekeluarga (Fuhh~mintak2 dapat offer g kemboja lagi..hehe). Beliau merupakan CEO EZ Qurban Sdn Bhd yang sangat disenangi dan sangat pemurah..

Arlinda & Faizal, orang kuat Kembara Korban 4 yang bertanggungjawab menguruskan para peserta Kembara Korban. Si Faizal ni akan bernikah 12 November ni tapi masih tetap memberikan komitmen seolah-olah macam takde event yang penting dalam hidupnya yang akan berlaku

Junior-juniorku mewakili UIAM yang datang dari pelbagai course (mainly mewakili Mahallah Bilal)

 Devotees sewaktu ditemubual oleh DJ IKIM untuk slot aidil adha

Halimah Si Gadis Kemboja, Fura Sabah Bahhhh & errrrr..lupa lak tanya sapa nama budak ni..kui3

Ya Allah, Kau terimalah korban ini sebagai amal ibadah di sisiMu. Amiin. (Total 24 ekor lembu di Kg. Keh shj). Ada juga peserta Kembara Korban yang masuk bahagian turut melakukan penyembelihan.

Kenapa tension ni makcik2? Hehe, sebenarnya memang wajahnya begitu. Sesudah disembelih haiwan korban tersebut akan terus dilapah dan bahagiannya terus dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung

Para peserta mula menaiki remok untuk berjalan-jalan melihat kampung. Nak tahu apa tu remok? Baca di sini


Saya selalu melalui kawasan sawah padi tapi seriously ini first time bergambar dalam sawah padi lebih-lebih lagi di Kemboja..Oh ye, di dalam sawah memang ada ketam ke? Sebab nmpk 2.3 ekor ketam dalam sawah..hmmm..

Penerangan tentang kawasan sawah garam yang terletak di belakang Kg. Keh oleh warga tempatan

Para peserta berjalan di batasan sawah menuju semula ke kampung, destinasi berikutnya menuju ke laut! 

Inilah dia keluarga angkat kami di Kg. Keh iaitu Tuan Ibrahim. Beliau merupakan seorang ustaz yg disegani & pandai berbahasa melayu. Anak lelakinya berbaju biru namanya Him Navy, inspired to be a doctor :) Di sebelah Navy ialah ibunya, manakala di sebelah kanan sekali ialah Ustaz Farihan, kenalan baru kami yang masih menuntut di Syria

Pakcik ni merupakan seorang tukang urut, habis dah malam sebelum balik tu diurutnya smpai 5 orang kot..tapi diriku buat2 tido awal..malas ah kena urut :p huahua..sakit woo pakcik ni urut

 Wakil pelajar UIAM menyampaikan sumbangan printer kepada Tuan Ibrahim untuk kegunaan penduduk kampung

Wajah penduduk sedih bercampur gembira atas kunjungan ukhuwwah rakyat Malaysia

Wajah penduduk sedih bercampur gembira atas kunjungan ukhuwwah rakyat Malaysia 

Abg Rozali merupakan tourist guide utama EZ Qurban Sdn Bhd. Selama 4 tahun kami berkunjung ke Kemboja ni memang beliau dan keluarganya yang banyak membantu melancarkan perjalanan kami dan alhamdulillah beliau baru sahaja memulakan perniagaan restoran makanan halalnya lebih kurang 5-6 bulan. Restoran ni terletak di kawasan pusat bandar, lokasinya sangat strategik dan memang menjadi tumpuan para pelancong dan warga tempatan

Azrul, krew Kembara Korban yang sedih meninggalkan Kemboja sebab ramai 'serai saat' (gadis cantik).haha. (Aan, anak Ustaz Azhar layan pakai gue punya headphone Beat by Dr. Dre yang baru..hehe)




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & Kembara Korban kali ni saya rasa merupakan yang the best sepanjang pernah berkunjung ke sini. Seronok dapat pengalaman duduk di kampung, bergaul dengan masyarakat tempatan, mandi laut, buat persembahan yang pertama kali kawasan masjid tu dibanjiri penduduk kampung yang sangat ramai, para peserta yang sporting & sempoi, dan banyak lagi. Terima kasih sekali lagi kepada EZ Qurban Sdn Bhd, tahniah buat para staf yang bertungkus lumus, dan semua yang menjayakan kembara kali ni :)


You may also like

Assalamu'alaikum :) Alhamdulillah, syukur ya Allah atas nikmatMu....

10 comments:

FiZ said...

bestnye dpt tengok keadaan raya di negara jiran kita..

*IFI* said...

waah meriahnyer raya korban kat sane, tak nampak kak ina sepang pon AHA?

Abd Halim Ahmad said...

best..pengalaman beraya di kg halaman masing2 meriah sbb bkumpul sanak saudara, tapi beraya di kemboja kita dapat menghayati betapa bermaknanya anugerah aidil adha ni bagi mereka yang serba kekurangan :) IFI, kak ina tak banyak termasuk dlm gmbr2 kamera saya kot..kamera org lain mgkn ada..

Nursyahida said...

:)
thx 4 sharing this with us

Pena Milikku said...

As'salam.. Best laaa.. en. halim dpt pegi sana... wow wow wow... teringin juga lihat sawah dpn mata.. :)

Nur Asy Shuhada said...

tiap2 tahun teringin nk join.tp, masih belum ade rezeki..

Airieyahh Aider said...

Salam HA.... Rasa gembira bila saya baca entry ni. apatah lagi HA yg merasai suasana di sanakan. Seronoknya!!!~

fatinadiah said...

warga utp pon ad join ibadah korban ni..tp not sure yg ni ke x..apa2 pon, nice sharing..:-)

Gadis Pantai Timur said...

saya oun berpeluang menyertai misi bantuan kemanusiaan kemboja pd aidiladha yang lepa.satu pengalaman yang sangat menarik.rasa syukur sangat dapat kehidupan yang lebih baik dari diorang.dan rezeki lebih yang kita dapat kita kongsikan dengan mereka yang tak berkemampuan.semoga ramai lagi orang yang akan bantu umat islam di Kemboja.InsyaAllah,kami sedang kumpulkan dana untuk membina sebuah surau di kampung chnang,kemboja.Harap usaha kami ini akan berjaya.Doakan kami.

nisa_islam89 said...

salam, ni kali ke 2 rsanya nisa tgk devotees ke kemboja, yang dulu da video, yg baru ni xda ke?