/
2 Comments
Bismilillah, assalamu'alaikum semua


Hari ni baru balik dari kampung halaman di Kota Tinggi, Johor. Semalam (isnin) kami keluarga besar dari sebelah adik beradik ayah semua pakat-pakat balik bercuti untuk buat gathering tahunan dan kali ni lokasi di Jason Bay Beach Resort, Tanjung Sedili, Johor. Lebih kurang sejam je perjalanan dari rumah.

Last time kitorang berkumpul dan camping camgini lebih kurang tahun 2010, sebab sejak arwah nenek meninggal dunia tahun 2007 (al Fatihah) agak kurang aktiviti luar kawasan rumah. Lebih banyak buat BBQ dan tahlil di rumah.

Alhamdulillah most of our family members dapat datang dan macam2 aktiviti kitorang buat selain BBQ, jalan2 tepi pantai waktu malam, pasang jala, mandi manda, buat ukiran pasir, dan seperti gambar di atas adik sedara kitorang jadi mangsa kena tanam..Hehe, standard la aktiviti tepi pantai kan.

I think this would be one of the most memorable activities this year, dan insyaAllah sedang menantikan beberapa lagi aktiviti menarik untuk tahun ni. Antaranya insyaAllah akan ke China 4-8 Februari 2012 ni, then Korea 24 April - 1 Mei 2012, dan sekali lagi ke Korea 10-14 September 2012 ini. Lain2 aktiviti soon to be announced. Apa2 pun, i love my family!! ;-)



p/s: Kepada sesiapa yg tegar menjadi pembaca blog ni mgkn dah tau yg saya agak a bit privacy bila bercerita ttg family, so saya cuma selitkan sekeping gambar sahaja utk family day kami kali ni ye.





You may also like

Bismilillah, assalamu'alaikum semua Hari ni baru balik dari kampung halaman di Kota Tingg...

2 comments:

Ukhtyfillah Fitriah said...

wah..alhamdulillah.. bestnye dpt camping dgn family.. semoga dpt mengisi waktu lapang dgn aktiviti yg berfaedah & selamat bercuti.. ^__^

~tinta budak baru belajar~ said...

baju utm yg kat depan tu...*smngta utm dtg*