/
0 Comments
Assalamu'alaikum,



Dengan ini secara rasminya diumumkan penyertaan Koleksi Nasyid
Indie Vol.3 berjudul The Signs telahpun dibuka.

Untuk pengetahuan semua, album bersekuel ini telahpun dimulakan sejak tahun 2009 dgn terbitan koleksi yg pertamanya iaitu Nasyeed Underground. Album ini merupakan sebuah album yang menggabungkan para penasyid independent dan tidak bernaung di bawah mana2 syrikat rakaman.

Pada edisi Nasyeed Underground, sebanyak 14 buah lagu baru telah dimuatkan yang menampilkan lebih 7 kumpulan dan penasyid solo mempertaruhkan lagu masing2 sebagai single mereka.

Kejayaan Koleksi Nasyid Indie vol.1 telah membawa kepada penghasilan Vol.2 iaitu Nasyeed Semesta yang telah diterbitkan pada tahun 2011. Dengan menampilkan 12 buah lagu baru yang lebih segar & matang, Nasyeed Semesta telahpun menjadi antara album pilihan pendengar sebagai sebuah produksi yang berpotensi besar utk diteruskan yang mencetuskan fenomenanya tersendiri.

Kini Koleksi Nasyid Indie kembali dengan Vol.3 yang bakal memulakan produksinya pada awal Februari 2012 dan dijangka akan diterbitkan pada Ogos 2012.

Penyertaan ini terbuka kepada mana2 kumpulan atau solo yang ingin melebarkan sayap dalam bidang muzik dan memerlukan platform terbaik utk memulakan langkah dalam arena nasyid tanahair.

Bayaran yang dikenakan hanya RM 1,500 yang merangkumi penciptaan lagu, lirik, susunan muzik, sesi rakaman, proses mixing & mastering, fotografi kulit album serta 70 keping CD yang siap dicetak utk dijual.

Sekiranya anda berminat & ingin memulakan langkah pertama anda, sila berhubung melalui talian
017 7222 612 utk maklumat lanjut. Anda mungkin bakal penasyid indie seterusnya yang kami nantikan. Jangan biarkan bakat dan minat itu terhenti sekadar di atas pentas pertandingan!!


You may also like

Assalamu'alaikum, Dengan ini secara rasminya diumumkan penyertaan Koleksi Nasyid Indie Vo...

No comments: