Apa khabar semua? Ya, sekarang semakin rajin update blog sebab ada baaaaaaaaaaaaaaaanyak cerita nak kongsi, nak tanya, minta pendapat, dan lain-lain. Sepertimana yang anda dapat lihat gambar di atas ialah pemandangan Tembok Besar China dalam musim sejuk. Nampak cambest kan? Hehe, insyaAllah minggu depan dari 4 hingga 8 Februari 2012 saya akan ke berjalan-jalan membawa diri yang kegersangan nak berjalan-jalan ke sana dengan beberapa orang kenalan.
Jadi alang-alang nak ke sana dan saya pun sedang dalam perancangan untuk terbitkan album solo pertama, hajatnya nak photoshoot utk cover album nnt di sana insyaAllah. Sekarang masih dok memikir-mikirkan macamana gamaknya photoshoot tu nanti. Nak buat kat Tembok Besar China ke? or Bird Nest Stadium? or kat tetepi jalan dengan salji? Haha, dengan ini saya berhasrat untuk memohon idea dan cadangan dari anda2 semua kot-kot la ada terbayang scene yang cun untuk dijadikan cover album tu nanti. Sila tinggalkan cadangan dan pendapat di ruangan komen ye. Mudah-mudahan dapat membantu saya.
Oh ye, lagu-lagu dalam album nanti ada dalam 6-7 track (masih sedang finalize lagu mana yang akan dimuatkan). Yang pasti antara lagu yang akan dimuatkan ialah Dalam Sujud Cintaku, dan yang lain-lain tu sila tunggu dan lihat dan beli yang original ok. Saya sedang berikan effort yang terbaik untuk album ni dari segi kualiti, kos, dan kepuasan para pendengar. Nak cerita lebih-lebih pasal album ni nanti di post seterusnya k.
Sila jangan lupa tinggalkan pendapat anda tentang cover album tu nanti. Terima kasih u olsssss~


7 comments:
En Halim, ouch kat tembok besar china ni cun!~ ^^V
terbayang org sujud atas salji. ke..gambar close-up baca doa dibawah rintik2 salji.
semua nak bersalju ni.hehe
lagi satu, playlist kat blog ni tak dpt play la :I
andi.Hanin -
boleh je ana play~ :)
view kat tembok besar china ni ok gak. tp jgn nmpk kn sgt tembok tu. haha.. fokus on ke"natural"an..view tepi jln pun ok kot^^
em,,setuju dgn pendapat ain nardir..focus on natural view..mesti cantik(",)
hepi sebab lagu dalam sujud cintaku akn ada dlm album ni..insya allah mesti beli punya~~~
ape tjuk album? hehe... kalau dh tau tajuk, sng nk imagine..
Post a Comment