/
4 Comments



TAFSIR

Tafsir aku dengan adil
Jangan juri dengan batil

Fahami dulu maksudku
Meski tak kau ketahui
Cubalah untuk kau beri
Masa tuk difahami

Mungkin aku salah di matamu
Tapi bukan di mataNya
Mungkin silap aku dipandangmu
Asal tidak di pandanganNya

Yang ikhlas pasti
Adanya janji
Tak perlu aku bersusah hati
Dia Mengetahui
Setiap yang terjadi


oleh Abd Halim Bin Ahmad


Sering terjadi dalam hidup ini apabila niat baik kita sering disalahertikan, apa yang kita lakukan demi kebaikan bersama tidak dipandang apatah lagi untuk diberikan sedikit kredit. Manusia sememangnya lebih ramai yang melihat keburukan daripada kebaikan seseorang, dan kebaikan itu hanya dipandang apabila mereka memerlukan manfaat dari kebaikan itu. 

Walau apapun, Allah tidak akan pernah terlepas pandang kebaikan itu. Apa lah yang diharapkan sangat pujian dan penghargaan daripada manusia yang hanya sekadar hambaNya sedangkan Allah jua lah yang layak melabelkan dan memilih siapakah di antara kita yang layak mendapat pengiktirafan untuk menginap di syurgaNya. 

Teruskanlah berbuat baik walau tiada makhluk yang terlihat akannya, kerana kita tidak minta makhluk untuk menilai, tetapi Allah jua lah yang Maha Menilai dan Maha Mengurniakan. :)


You may also like

TAFSIR Tafsir aku dengan adil Jangan juri dengan batil Fahami dulu maksudku Meski t...

4 comments:

nias said...

:)

*IFI* said...

Lagu baru! Update! siap ada terjemahan lagu, bagus2..hehe

nisa_islam89 said...

Subhanallah..betul,apalah sgt pndgn org pd kita,apa yg pntng bagaimana pandangan Allah pada kita.

nirhamna said...

Biar hina di mata manusia, yg penting mulia disisi-NYA..inshaAllah.

ALLAH know best. :