/
3 Comments
Assalamu'alaikum semua,

Alhamdulillah, syukur kehadratNya kerana masih lagi memberikan saya kesempatan untuk update & kongsi story mory saya yang latest, dan tentunya ramai pembaca blog ini (perasan ramai) yang menantikan cerita-cerita menarik yang saya bawa pulang dari Beijing, China. Yes! I'm back again from another wonderful trip =)

OK terlebih dahulu kepada sesiapa yang x tahu, saya baru sahaja balik dari Beijing, China untuk Lawatan Sambil Belanja (..bukan Belajar ke..?) bersama dengan beberapa orang kenalan pada 4-8 Februari 2012 yang lepas. Saja jalan-jalan tengok negara orang, selami tamadun, belajar budaya dan pelajari keunikan bangsa asing.


Penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Tianjin dengan Air Asia (kerana hanya ini je yang saya mampu) cuma RM 722, di mana tiketnya saya dah beli sejak November 2011 yang lepas lagi. Flight kami dijadualkan jam 8.30 pagi dan dijangka tiba pada 2.30 petang. Oh ye, kenapa dari Kuala Lumpur ke Tianjin? Sebab Air Asia tidak menyediakan flight direct dari LCCT to Beijing, jadi kami perlu transit di Tianjin dan ke Beijing dengan kenderaan darat.



Kami berkumpul di Lapangan Terbang LCCT kira-kira jam 4.30 pagi 4 Februari 2012 iaitu hari sabtu. Setelah selesai urusan check in bagasi, solat subuh, serta lain-lain, kami pun mula la tercongok kat depan Gate 1 menantikan masa untuk dibenarkan boarding.

 Alhamdulillah, sempat bersarapan mee goreng mamak di ruang menunggu. Walaupun ni segera punya (dah siap masak, tinggal panaskan je), tapi rasanya memang terbaek.


8.00 pagi, boarding gate dah dibuka dan jom! Sempat pulak bergambar perasan depan kapal terbang Air Asia X



Alhamdulillah, walaupun tiket harga ekonomi dan saya tak pilih seating langsung, tanpa disangka-sangka gue dapat Hot Seat la derrr~ (Hot Seat ni adalah untuk orang-orang yang hot shj..ehh, yeke? Tidak2.. Hot Seat ni tempat-tempat duduk tertentu yang strategik dan lebih selesa, sepatutnya kena bayar lebih untuk dapatkan seat ni)



Departure Card dan Arrival Card untuk masuk ke Republik China. Pergi mana-mana negara pun mesti kena isi kad macam ni untuk tujuan rekod pihak imigresen mereka



Flight tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin jam 2.00 petang, 30 minit lebih awal dari jangkaan. Cuaca cerah dan suhu ialah 1 darjah celcius. (Apa kaitan gambar ni dengan suhu..?)



Setibanya di lapangan terbang, kami disambut oleh wakil syarikat pelancongan iaitu Harry, warganegara tempatan yang menggunakan bahasa perantaraan bahasa Indonesia (ada la sikit-sikit bahasa melayu dan boleh difahami). Kami dibawa menaiki bas menuju ke masjid  berdekatan untuk solat zuhur



Setiap peserta diberikan sebotol air mineral setiap hari, dan lihatlah........Macamana nak minum kalau air mineral pun beku



Antara pemandangan awal di sekitar bandar Tianjin yang saya sempat capture dari dalam bas



Juga antara panorama awal yang membuatkan saya sangat excited iaitu jualan mercun dan bunga api secara terang-terangan di tepi jalan. Oh ye, semasa kedatangan kami ni masih dalam sambutan Tahun Baru China iaitu hari yang ke-13. Mereka bercuti dan sambut sampai hari ke-15, lepastu baru lah tak boleh main mercun lagi


Masjid Xiningroad yang terletak dalam bandar Tianjin. Masuk waktu solat fardhu zuhur di sana lebih kurang jam 12.15 tengahari.


Pemandangan kawasan padang berhadapan dengan Masjid Xiningroad


Bergambar kenangan di hadapan Masjid Xiningroad


Selesai menunaikan solat jamak qasar zuhur dan asar, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Beijing. Perjalanan ke Beijing mengambil masa kira-kira 1 jam setengah dari Tianjin. Disebabkan masih keletihan, kami semua rasanya terlena sepanjang perjalanan menuju ke Beijing.

Setibanya di Beijing, kami terus di bawa ke restoran yang menyediakan halal untuk menikmati makan malam iaitu di Restoran Salama.


Kaunter bayaran di dalam Restoran Salama. Jangan terkejut kalau nampak banyak botol arak dijual di sini kerana memang kebanyakan peniaga restoran halal sekalipun terpaksa menyajikan makanan untuk rakyat tempatan yang non-Muslim dengan arak atas permintaan mereka. Walaubagaimanapun mereka tidak menyajikan yang halal kepada orang Islam


Antara juadah terawal yang sampai di meja kami. Mula-mula tu ingatkan 1,2 lauk je, so saya sempatla snap beberapa keping terawal sahaja..Kemudiannn..

..datang pulak ikan masak 3 rasa (tapi cuma rasa 1 je)..

dan sate kambing panggang yang sangat-sangat sedap !

Disebabkan perut sedang kelaparan yang amat sangat, awal-awal lauk sampai je semangat nak mengambil-amil gambar, pastu dah mengadap makanan memang kamera letak tepi dulu la jawabnya. Kita makan dulu jom.


Di tepi jalan berdekatan dengan Restoran Salama

Selesai mengisi perut, kami pun naik bas semula dan terus ke tempat penginapan yang tak berapa jauh dari Restoran Salama, kira-kira 500 meter je. Selama 4 malam ini kami akan ditempatkan di Hotel Crystal International yang bertaraf 3 atau 4 bintang. 


Kiosk yang terdapat dalam hotel, menjual pelbagai barangan cenderamata dan makanan ringan

Bilik 1226 yang terletak di tingkat 12, lihatlah dunia! Lihatlah! Cantik kan bilik ni? Sangat luas boleh muat sampai 8 orang sebenarnya.Terdapat 2 katil queen size walaupun kami cuma duduk 2 orang sahaja sebilik

Siap ada ruang gossip sambil menikmati pemandangan bandar Beijing.Oh, suwweettt sangattt~

TV yang macam tak berapa nak ada fungsi sebab total lebih kurang tak sampai 20 channel, dan semuanya full bahasa cina tanpa ada subtitle dan sangat tidak sesuwai untuk pelancong yang cam kitorang ni

Masuk je bilik masing-masing terus berkemas apa yang patut, bersihkan diri dan solat jamak qasar maghrib dan isya'. Waktu ni rasanya baru pukul 7 petang. Maghrib dah masuk waktu seawal jam 5.30 petang lagi. Disebabkan sedang musim sejuk, waktu malamnya lebih panjang dan juga disebabkan kami keletihan, maka berehatlah kami sepuas-puasnya malam tu kerana esok akan mula lah pengembaraan sebenar di kota penuh tamadun, Beijing! ;-)


Next Post : Winter in Beijing (2012) Part 2


You may also like

Assalamu'alaikum semua, Alhamdulillah, syukur kehadratNya kerana masih lagi memberikan saya ...

3 comments:

fifa said...

wahhhh..bestnye!!!..cm menarik & cantik je tmptnye...:)

nawwar_hanifah said...

halim ni memang lawak ea?
haha~saya bace yg part3 dulu baru yg lelain...lawak la baca catatan perjalanan awak..

bestnya dapat pegi Beijing~hrp2 dpt smpai sana 1 hari nnt...

ai haibara said...

Nak Tanya, guna ajen pelancongan apa ni. mcm best