/
3 Comments
Sambungan Winter in Beijing (2012) Part 1...

Hari ke-2 di Beijing, China. Pagi ni bangun jam 6.00 (subuh masuk waktu jam 5.30 pagi), setelah bersiap-siap dan solat subuh (mandi pun lebih kurang je pasal sejuk yang teramat sangat) saya & rakan sebilik bersarapan di bilik sahaja dengan berbekalkan roti dan kaya yang kami bawak. Actually sarapan memang disediakan oleh pihak hotel, tapi memandangkan menu pilihan untuk orang Islam sangat terhad jadi better kami sarapan sendiri-sendiri je. Pagi ni dikatakan suhu mencecah -1 darjah celcius. Mujur dalam bilik disediakan heater, baru lah rasa nyaman.

Hari ni aktiviti kami sangat padat, dan pagi ni lokasi pertama yang akan dilawati ialah The Forbidden City ataupun Kota Larangan. Setelah semuanya berkumpul di lobi hotel jam 7.00 pagi, kami pun bergerak menuju ke bas untuk memulakan perjalanan.

Malam pertama kali sampai di hotel tak sempat nak amik gambar, so pagi ni sempat lah snap gambar hotel tempat kami menginap - Hotel Crystal International

Pemandangan awal pagi di jalan raya sekitar Beijing yang agak lengang memandangkan kebanyakan rakyat tempatan masih dalam tempoh bercuti sempena Tahun Baru Cina

Antara shopping complex yang terdapat di Beijing

Juga antara bentuk bangunan yang terdapat di sini

Antara warna teksi yang terdapat di Beijing. Menurut Harry, setiap teksi akan mempunyai kombinasi warna dengan warna kuning

Spa Itik Panggang..?? Em..nampak macam sedap dan pelik...

Stesen Keretapi Beijing yang menghubungkan Beijing dengan pelbagai tempat di serata China. Juga kita boleh terus ke Russia dengan menaiki keretapi dengan perjalanan dikatakan mengambil masa kira-kira 6 hari


Setibanya di Tiananmen Square yang terletak di tengah-tengah bandaraya Beijing, kami pun turun dari bas dan berjalan kaki menuju ke The Forbidden City dengan diketuai oleh Harry



Inilah dia ahli-ahli Rombongan Sambil Belanja kami. Panda pun ada tau


Ahhaaa, antara gambar saya yang cambest di tengah kesibukan para pelancong yang turut sama menuju ke The Forbidden City. Watak sampingan di sebelah kiri saya tu kawan sebilik & juga penasihat syariah saya, Pali namanya

video
Video 1 - Tiananmen Square



Pondok kawalan polis sebelum memasuki kawasan The Forbidden City


Bergambar kenangan dengan para peserta yang semuanya dah mula kebekuan pasal sejuk gilerr yoo~


Gue dah mula tak boleh handle tahap kesejukan di sini menyebabkan gue terpaksa gak tutup hood kepala tu sambil bergambar berlatarbelakangkan tembok pintu gerbang The Forbidden City


Panorama pertama setelah melepasi tembok pintu gerbang The Forbidden City


Satu lagi gambar perasan, cuma kali ni ada featuring panda...


Berehat sebentar di hadapan salah sebuah bilik yang terdapat di The Forbidden City ni.



OK dah tengok kan sebahagian gambar-gambar di The Forbidden City ni, so meh kita kenal sedikit sebanyak latar belakangnya pulak. The Forbidden City ni suatu masa dulu merupakan pusat pemerintahan maharaja China dan dengan keluasan 72 hektar, ianya telah didiami oleh beberapa orang maharaja sejak daripada Dinasti Ming sehinggalah ke Dinasti Qing. Ianya dikatakan sebagai istana tertua di dunia dan telah tersenarai sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) oleh UNESCO.

Antara fakta menarik yang boleh kita ketahui di The Forbidden City ini juga adalah jumlah bilik yang terdapat di sini yang sangat banyak iaitu menghampiri 10,000 buah bilik.Dikatakan jika seseorang itu baru lahir dan setiap hari dia tidur di bilik yang berlainan, sehingga umurnya 27 tahun barulah dia dapat habiskan semua bilik.

Selain itu, pada masa dahulu terdapat 1 ujian kelayakan yang dibuka kepada seluruh warga China dan hanya seorang sahaja yang akan lulus ujian tersebut. Orang tersebut seterusnya akan diiktiraf sebagai manusia terpintar di seluruh China dan kebiasaannya dia akan dijadikan menantu kepada Maharaja.


Toilet pun ada bintang tersendiri. Kelas kan? tapi tetap takde paip dalam tandas..hampeh~


Dataran luar (Outer Court)


Keterangan dan informasi yang dipaparkan bagi memudahkan para pelancong mengetahui sejarah asal setiap senibina dan rekabentuk


Kaunter perkhidmatan bagi pelancong


Tangki air (boleh la gak nak disebut periuk) yang diperbuat daripada besi yang berfungsi untuk menakung air untuk tujuan kecemasan seperti kebakaran. Terdapat 308 tangki seperti ini di seluruh The Forbidden City. Pada asalnya ia disaluti dengan emas tulen, tetapi telah dikikis semasa pergolakan sekitar tahun 1900


Istana Hall of Preserving Harmony (x tau nak menterjemah ke bahasa yang lebih mudah)


Di sinilah tempat bersemayam maharaja China untuk istiadat-istiadat tertentu


Untuk pengetahuan anda semua, maharaja China memang memiliki ramai isteri dan sampai kadang-kadang dia sendiri pun tak kenal siapa isteri dia. Ha, teruk kan..ish ish ish.. Asal cun je memang dia sebat punyalah.

Menurut Harry, pada sekitar tahun 1542 terdapat seorang maharaja yang sangat kaki perempuan. Dia meminta tabib istana untuk menciptakan formulasi ubat untuk menguatkan staminanya di ranjang. Ubat yang dihasilkan berasaskan herba itu sepatutnya diambil secara berperingkat-peringkat, tapi dek kerana kegilannya itu maka dimakannya dalam jumlah yang banyak sehinggakan dia sampai meminta 27 orang wanita sekaligus untuk memuaskan nafsunya dalam satu-satu masa. Wanita-wanita ini merupakan gundik istana dan mereka hanya akan dipanggil ke bilik maharaja apabila diperlukan untuk memuaskan nafsu maharaja sahaja dan di waktu lain mereka akan dilayan dengan teruk.

Hal ini membuatkan seorang daripada gundik tersebut (saya tak berapa ingat namanya) telah berpakat dengan beberapa orang gundik-gundik lain untuk membunuh maharaja. Mereka berbincang untuk menggunakan cara apakah bagi membunuh maharaja kerana setiap kali sebelum masuk ke bilik maharaja mereka akan diperiksa terlebih dahulu,jadi agak sukar untuk membawa masuk senjata.

Akhirnya mereka memutuskan untuk menggunakan tali sebagai alat pembunuhan, dan setelah tiba masa mereka dipanggil oleh maharaja tersebut, mereka pun masuk ke bilik dan bertindak untuk membunuh maharaja dengan menjerut lehernya. Walaubagaimanapun maharaja dapat menjerit dan sida-sida yang berjaga di luar terdengar akan jeritan maharaja lalu masuk ke bilik maharaja dan mematahkan rancangan gundik-gundik tersebut. Kesemua gundik itu kemudiannya telah dihukum bunuh tanpa soal bicara, dan sejak dari itulah peraturan baru dikenakan bagi sesiapa gundik yang akan ditiduri oleh maharaja, mereka akan dimandikan terlebih dahulu dan dibalut dengan kain yang disediakan sebelum dihantar ke ranjang.

video
Video 2 - Dalam The Forbidden City


Pintu gerbang ke ruangan belakang tabir istana


Signboard "Kedai Makan Rosnah"


Haha, mesti korang percaya kan signboard atas tu memang tulis Kedai Makan Rosnah..kui kui.. Sebenarnya ini adalah rumah simpanan artifak-artifak berharga yang diperbuat daripada batu Jade yang pernah digunakan oleh maharaja-maharaja terdahulu


Ada cawan, sikat, sanggul, dan banyak lagi yang diperbuat daripada batu jade


Bergambar kenangan di hadapan rumah simpanan artifak batu jade


Pokok pelik dan unik


Bangunan semacam kuil ke hapantah terletak sedikit tinggi nun di atas bukit dan disebelahnya terus menuju ke pintu gerbang keluar dari The Forbidden City


Rombongan kanak-kanak ribena turut sama menceriakan suasana


Signboard di pintu keluar "Jumpa Lagi, Jangan Nakal-Nakal Tau~"


Jalan keluar dan mula bersepah-sepah menghala ke destinasi masing-masing


video
Video 3 - Keluar dari The Forbidden City


Sememangnya The Forbidden City ni merupakan tempat yang penuh bersejarah sepertimana yang kita selalu tengok dalam cerita-cerita kungfu cina zaman-zaman Wong Fei Hong dulu, di sinilah pusat pemerintahannya yang kita memang sedia maklum China suatu masa dulu merupakan kuasa besar yang berjaya menakluk banyak bangsa lain. OK sampai sini dulu untuk Part 2 hari ke-2. Lepasni insyaAllah sambungan masih dalam hari ke-2 cuma lokasi berbeza yang semakin best. Nantikan ye ;)




You may also like

Sambungan Winter in Beijing (2012) Part 1 ... Hari ke-2 di Beijing, China. Pagi ni bangun jam 6.0...

3 comments:

Hani Mirhani said...

wow bestnya...len kali halim g memana ....sy nak ikut....huhu

fieha said...

kota larangan ni mcm biasa tgk dlm drama cina dulu2..diorg berlakon kat sini kot kan..

Alin Marlini said...

seronoknye...tak sabar nak ke sana