/
1 Comments

Alhamdulillah..dalam Part 2 yang lepas saya dah pun bercerita tentang The Forbidden City dan kali ni masih lagi dalam hari yang ke-2 di Beijing, ahad 5 Feb 2012. Kali ni kami terus ke restoran makanan halal iaitu Al Mat'am Al Islami (Restoran Islam). Ha macam biasalah sebab perut tengah lapar tunggu makanan sampai sempat la snap beberapa je lauk pertama yang sampai, lepastu dah tak ingat nak bergambar dah. Jadi gambar juadah yang kami makan memang tidak terdapat di sini.

Suasana dalam Restoran Al Mat'am Al Islami 


Pintu masuk restoran


Ok jam pun dah menunjukkan jam 1 tengahari, zuhur dah masuk jam 12.15 tghr tadi jadi kami pun lepas makan terus bertolak menuju ke satu lagi khazanah sejarah yang tidak ternilai iaitu Masjid Niujie yang sangat popular dan juga merupakan masjid tertua di China. Masjid Niujie ini terletak di Daerah Xuanwu. Niujie bermaksud jalan lembu. Kenapa jalan lembu? Kerana kawasan sini dulu asalnya memang terdapat banyak lembu.

Pintu masuk ke kawasan Masjid Niujie


Pelan kawasan Masjid Niujie yang diletakkan di kawasan pintu masuk 


Papan tanda arah. Terdapat juga makam para sheikh, ulama, dan imam yang pernah menabur bakti di sini. 


Bangunan tempat wudu' lelaki 


 Papan info mengenai bilik wudu'. Untuk pengetahuan anda, disebabkan pada masa ini musim sejuk, jadi air yang disalurkan ke paip adalah air panas untuk keselesaan para jemaah berwudu'. Masalahnya pulak air panas giler, boleh tahap melecur nak basuh muka..huhu


Ruang solat utama


Masjid Niujie ini berusia lebih 1000 tahun sejak ianya dibina pada tahun 996 masihi. Lama kan? Kita pun sedia maklum sejak dari zaman Rasulullah S.A.W lagi baginda telahpun mengutuskan sahabat untuk pergi merantau untuk menyampaikan dakwah Islam dan antara tempat terawal yang menerima kedatangan Islam adalah di negeri China ni sendiri.


Terdapat seni khat khufi bertulis 'Masjid Niujie' pada karpet


 Senibina dalaman di bahagian siling masjid yang menggabungkan elemen Arab dan China


Mimbar khutbah


Antara senibina dan rekabentuk dalaman yang mengadunkan seni khat dan kebudayaan masyarakat cina 


Khat di dinding hadapan ١ن الله يحب المتوكلين (Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal)


 Meja dan kerusi untuk warga emas yang tidak mampu solat berdiri


 Lagi senibina dalaman yang unik dan penuh kebudayaan


 Bumbung luar masjid


Mengambil kesempatan bergambar dengan otai-otai yang jaga masjid. Saya terlupa nak bawak tongkat 


 South Stele Pavilion


Copper Caldron. Boleh baca sendiri kan.? hehe


The Mosque Stele


Bangunan lain bersebelahan dewan solat utama


 Setiap ukiran melambangkan budaya dan warisan masyarakat di China


Majoriti jemaah yang hadir ke masjid untuk solat berjemaah menaiki basikal


dan juga kereta aneh (untuk Orang Kelainan Upaya) 


 Kenapa ada ukiran patung? Memang di setiap bumbung terdapat ukiran patung kerana ini merupakan tradisi turun temurun masyarakat cina dan disebabkan Islam melarangnya, mata setiap patung itu dibutakan dengan ditutup


Masjid Niujie 


Kebanyakan jemaah yang hadir untuk solat jemaah kami dapati lebih kepada golongan warga emas. Macam biasalah kat Malaysia pun macam tu jugak. Tapi di China ni mereka memang betul2 tua dan tahap moyang dah yang pergi masjid ni. Oh ye, masuk waktu zuhur jam 12.15 tghr, tapi waktu solat berjemaah dimulakan adalah pada pukul 1.30 tghr.

Berkunjung ke salah satu masjid yang bersejarah ini memang merupakan satu kenangan manis dan tak akan dapat dilupakan (melainkan dah nyanyuk). Mudah-mudahan ada kesempatan untuk berkunjung dan bersolat lagi di sini insyaAllah. Baiklah, next destination adalah daerah Hutong yang sangat terkenal dengan becanya, atau digelar Hutong Rickshaw.

Andrology Center of Peking University First Hospital merupakan landmark yang terdapat di kawasan beca Hutong ini 


Deretan beca yang terdapat di sini, kesemuanya merupakan milik syarikat tempatan iaitu Beijing Liuyin Information Consultation Service Co. Ltd


Setiap beca juga dilengkapi dengan nombor plat masing-masing


Gay tak gambar ni?? uwekkkk... 


Beramai-ramai memulakan rondaan 


Antara pemandangan di sekitar Hutong ...


 termasuklah awek berskarf yang teruja tengok saya...he he (tidak termasuk yang baju hitam tu ye)


 Kenangan bergambar di sekitar Hutong




Apa yang menariknya tentang Hutong ni selain becanya yang terkenal? Hutong merupakan kawasan asal penduduk China di mana kalau kita ronda dengan beca tu kita akan lihat rumah-rumah lama yang masih mengekalkan bentuknya, dengan pintu gerbang yang sebijik besar ada 2 besi bulat sebagai tombol pintu macam yang selalu kita tengok dalam citer hantu cina lompat-lompat dulu. Kedai-kedainya juga lama, anjing-anjingnya juga berbulu tebal (xde kena mengena), tiada bangunan tinggi-tinggi, dan nampak pun ramai warga emas je yang duduk situ. Agak tenang dan cambest gak.

Oklah, sampai sini dulu untuk Part 3. InsyaAllah akan datang sambung cerita baru di mana masih lagi dalam hari ke-2, tapi kali ni memang tempat-tempat yang best jugak iaitu Kilang Sutera dan The Summer Palace yang sungguh menakjubkan. So stay tune & terima kasih kerana membaca. Assalamu'alaikum :-)




You may also like

Sambungan Winter in Beijing (2012) Part 2 ... Alhamdulillah..dalam Part 2 yang lepas saya dah p...