OK baiklah kita sambung cerita saya di Beijing, masih lagi dalam hari ke-2 dan setelah selesai berbeca di Hutong, kami pun menaiki bas menuju ke salah satu kilang yang cukup popular dengan industri fabrik China iaitu kilang sutera. Inilah dia gambar Beijing Dizhen Silk Products Co, Ltd.
Di sini kami diterangkan tentang proses bagaimana sutera dihasilkan sejak dari telur ulat sutera itu sendiri. Saya sempat merakamkan penerangan yang disampaikan oleh Amy, pekerja yang berkebolehan bertutur dalam bahasa inggeris untuk membantu menyampaikan informasi kepada para pelancong yang datang. Walaubagaimanapun, dek kerana agak panjang videonya, jadi saya akan upload lain kali lah ye.
Destinasi seterusnya yang kami tuju merupakan sebuah tasik yang sangat luas dan sungguh cantik. Ia terkenal kerana maharaja China suatu masa dulu menjadikan tasik ini tempat persinggahannya pada musim panas. Oleh kerana itu ia dinamakan sebagai The Summer Palace.
Pintu gerbang ke The Summer Palace
Antara posing saya yang paling i loikee~
Antara senibina yang terdapat di The Summer Palace
Aku di kala senja~poyo je
Jambatan merentasi tasik
Video 1 - Suasana petang di The Summer Palace
Papan maklumat South Lake Island
Panda, Angry Bird kuning, Rabbit, Beruang, dan Angry Bird Biru..siapakah..??
Haha, comel kerr..aksi spontan kitorang sehinggakan ada foreigner turut sama snap picture kitorang ni (suka-suka je dia amik gambar artis..hihi)
Bergambar spontan dengan kanak-kanak tempatan. Pipi diorang merah-merah macam epal, hidung saya merah-merah macam jambu air
Video 2 - Angry Bird
MasyaAllah~sangat-sangat cantik panorama matahari terbenam di sini. Nampak jelas sangat bulat dan memang mengkagumkan. Terlalu indah untuk digambarkan dengan kata-kata
Pesisir tasik yang membeku jadi tempat untuk para pelancong turun untuk bermain ski
Kucing pertama yang saya jumpa di China, sangat gemok dan comel!
Selamat tinggal The Summer Palace...
Juadah makan malam kami ^^
Kali ini dihidangkan dengan pencuci mulut istimewa popular China iaitu kuih apakebendantahnamanya...Diperbuat berasaskan tepung dan kurma. Sedap & saya sangat suka!
Pasaraya Gold Long
Sebelum balik semula ke hotel tu sempatlah kami singgah di sebuah kedai pakaian sebab nampak macam murah. Dan surprisingly, first time in my life, saya terpandang signboard kedai sebelah..ini diaaaaa..
Sex Shop (24 hours la kot kan..)
Betul la orang kata China ni memang pelacuran merupakan salah satu industri. Jadi tak hairan kalau kedai-kedai sebegini memang banyak di China. Takut tengok signboard ni. Terpikir gak macamana agaknya budak2 yang membesar di situ dan terbiasa dengan pendedahan sebegini. Tapi nak buat camner kan, dah diorang tu orang cina mana ada akidah ye x..
Baiklah, kali ni kita stop dulu. Bakal bersambung Part 5 hari ke-3 di Beijing dan pastinya tempat menarik yang dilawati termasuklah Tembok Besar China. Jadi stay tune di blog ni ye..Terima kasih u olsss~haha
Next Post : Winter in Beijing (2012) Part 5 - The Great Wall China




















1 comments:
agaknya part yg ke berapa la yg akan jd last episode ni? hehe ツ
Post a Comment