/
1 Comments
Bismillah...

Sambungan Winter in Beijing (2012) Part 4 - Silk Factory & The Summer Palace...

Hari ke-3 di Beijing, China. Pagi ni seperti biasa bangun dan bersiap2, setelah bersarapan di bilik kami pun mula berkumpul di lobi hotel. Destinasi utama hari ini tak lain dan tak bukan iaitu Tembok Besar China atau The Great Wall of China. Semua dah tak sabar-sabar ni nak pegi tengok binaan yang diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia.

OK apa-apahal pun macam biasa sebelum nak ke sana tu pastinya kita akan lalu dan singgah di beberapa tempat lain dulu. Pagi ni kami singgah di Jade Museum terlebih dahulu untuk melihat-lihat macamana proses pembuatan produk berasaskan batu jade. Pernah tengok x? Ha jom tengok!


Ukiran patung Terracotta yang diukir daripada jade 


Kuda-kuda jade. Nampak x harganya tu? 2300 Yuan lebih kurang RM 1150 


Bantal diperbuat daripada kombinasi batu-batu jade yang kecil


Bantal diperbuat daripada seketul batu jade. Walaupun diperbuat daripada batu tapi tetap boleh bikin tidur nyenyak di samping untuk tujuan kesihatan


Salah seorang pekerja menerangkan tentang kebaikan penggunaan batu jade dalam kehidupan seharian selain menunjukkan beza antara batu jade asli dan yang palsu. Yang original bunyinya padat dan yang palsu bunyinya lebih berdenting 

video
Video 1 - Harry menerangkan cara pemakaian gelang jade


Antara koleksi batu jade yang dijual di sini 


Bergambau jap dengan bapak dan anak-anak Terracotta ni. Harga yang bapak ni mencecah ratusan ribu ringgit la der~


Inilah dia mesin yang digunakan untuk mengukir batu jade


Antara ukiran batu jade yang dipamerkan di sini. Buatannya sangat halus dan cantik


video
Video 2 - Keluar dari kilang jade


Baiklah seterusnya kami masih lagi tak terus ke Tembok Besar China tapi kami dilencongkan ke Shuijing, iaitu kilang kristal pulak. Kristal ni salah satu unsur bumi yang lebih kurang berlian (diamond) dan boleh dijadikan perhiasan alternatif menggantikan berlian kerana harganya lebih murah tapi kualitinya sangat bagus.


Shuijing 


Pengenalan tentang kristal


Kristal mempunyai banyak warna dan setiap warnanya dikatakan mewakili emosi dan personaliti manusia yang berbeza-beza. Warna oren untuk persahabatan, kebahagiaan dan kekeluargaan. Warna kuning untuk orang yang optimis, matang dan fokus. Hijau mewakili semulajadi, seimbang, dan penyembuh. Biru pula kepercayaan, kejujuran, kesabaran, dan ketenangan. Ungu simbol kreatif, berhikmah, dan pengetahuan diri. Merah jambu pula sudah tentunya cinta, romantis, dan pengubat. Merah sebagai orang yang bertenaga, cinta sejati dan keinginan yang kuat. Hitam melambangkan pelindung, kuasa dan pemelihara, selain putih yang pastinya melambangkan kesucian, bersih, dan tidak bersalah...? (innocence).

Setibanya di sini kami terlebih dahulu dibawa masuk ke bilik tayangan yang menceritakan tentang asal usul dan segala informasi berkaitan kristal. Akhir sekali kami dibawa masuk ke ruang pameran yang mempamerkan pelbagai produk berasaskan kristal termasuklah yang dibawah ni...


 Cermin mata diperbuat daripada kristal jernih. Agak berat cerminnya tapi selain berfungsi melihat dengan lebih jelas ianya juga dalam masa yang sama meneutralkan sel-sel penglihatan (Kononnya nak cakap boleh bantu perbaiki penglihatan, tapi buat ayat sendiri camgini cambest gak..ada bunyi cam medic sket..hehe)


Kristal merah sangat besar walawehhh~


Ruang pameran kristal 


Kedai cenderahati yang terdapat di tingkat bawah kilang kristal. Selain menjual produk berasaskan kristal, terdapat juga banyak produk cenderahati yang lain



Seterusnya kami masih lagi tak terus ke Tembok Besar China tapi kami singgah makan tengahari dan solat di The Golden Palace, sebuah kilang produk diperbuat daripada gangsa yang terdapat restoran di dalamnya.

Jin Dian Cloisonne Factory yang merupakan kilang pembuatan produk daripada gangsa. Terdapat restoran di dalamnya iaitu The Golden Palace 


Ruang makan utama di tingkat atas. Restoran ini menyediakan makanan halal, jadi ramai lah pengunjung beragama Islam terutamanya dari Malaysia yang singgah makan di sini sebelum ke Tembok Besar


Di tingkat bawah boleh lihat proses pembuatan pasu daripada gangsa dan lain2, tapi x dibenarkan ambil gambar. Jadi cuma boleh ambil gambar produk yang dah siap untuk dijual sahaja. 


Semua ini diperbuat daripada gangsa. Harganya agak mahal.


Bergambar kenangan dengan pasu terbesar di situ diperbuat daripada gangsa. Harganya memang ratusan ribu ringgit la der~


Antara produk yang dibuat fresh di sini. Menarik kan?



video
Video 3 - Makan ais krim


Ya akhirnya kami selesai makan, bersolat, dan bershopping lebih kurang di The Golden Palace dan kini tibalah masanya menuju ke destinasi utama kita iaitu Tembok Besar China. OK sedikit latar belakang tentang Tembok Besar China. Ianya merupakan binaan terpanjang dalam sejarah tamadun manusia, dan dikatakan kalau dari angkasa lepas kita cuma boleh nampak 2 binaan sahaja iaitu yang pertama Tembok Besar China ni dan satu lagi saya tak ingat apa dia. Tembok sepanjang lebih kurang 6259.6 Km ini telah dibina sejak sebelum masihi lagi menggunakan bahan-bahan semulajadi. Panjang aih kalau nak story pasal benda alah ni. Kalau rajin sila baca di Wikipedia :)

Dalam perjalanan menuju ke Tembok Besar China ni Harry sempat menceritakan beberapa perkara. Antaranya dikatakan barangsiapa yang berjaya menaiki Tembok Besar China, dia dikira sebagai pahlawan. Kalau kita sampai di tapaknya sahaja pun sekarang ni dah dikira sebagai pahlawan sejati. Jadi kalau sesiapa yang dah sampai tu akan diberikan (sebenarnya kena beli) sijil sebagai bukti kita adalah perwira sejati. Cewahh..

Selain itu juga, Harry kata di Tembok Besar China menjadi tempat bukti cinta bagi pasangan suami isteri, iaitu pasangan yang baru berkahwin akan datang ke sini dan membuang cincin sebagai lambang cinta selama-lamanya dan mereka tak akan berpisah. Kalaulah ditakdirkan jodoh x panjang, mereka kena datang semula ke sini dan cari cincin tu sampai dapat.

Info sampingan : Hal ini lebih kurang sama dengan sebuah tempat yang dinamakan sebagai Padlock Bridge yang terdapat di Estonia. Ada sebuah jambatan yang terdapat pagar, di situ ramai pasangan datang dan melekatkan mangga yang tertulis nama mereka dan pasangan dan kemudian anak kuncinya akan dibuang ke dalam sungai. Ini juga untuk membuktikan cinta sejati yang selama-lamanya. Kalau nak berpisah kena terjun balik cari kunci yang mana 1 sampai jumpa. Gilerr...


Padlock Bridge di Estonia (Gambar kredit to dsphotographic.com)



video
Video 4 - Tiba di Tembok Besar China


Bergambar kenangan dengan para jemaah di tapak parking bas di kaki Tembok Besar China


Nampak macam panas kan? Ketahuilah sebenarnya suhu dibawah sini sahaja dah bawah 0 darjah celcius. Sejuk ya amat yoo~ 


Ada macam rupa sapa ek..? Superman? Ish..malu la saya camtu...^^,


Mula menaiki tangga dan nampak x berapa jauh dah saya naik tu..huh penat gilo sebab sejuk sangat. Memeningkan kepala 


Pemandangan yang dapat diambil dari jarak setingi lebih kurang 100 meter dari tapak 


video
Video 5 - Tembok Besar China

video
Video 6 - Pali buat kerja gila pakai jersi Malaysia je nak tawan Tembok Besar China la konon-konon. Balik Malaysia demam...


Tak cukup membuktikan saya betul-betul di Tembok Besar China? Ha tengok yang bawah pulak...


 Ini baru betul-betul punya Tembok Besar China. Siap dengan awek cina sekali saya bergambar..gosip2..(OK jangan tanya lebih-lebih siapa perempuan ni. Off record.haha)


Kedai kopi yang terdapat di bawah. Boleh panas-panaskan badan setelah mengharungi kesejukan yang dah mencecah -12 di bahagian atas Tembok Besar China


Monumen yang terdapat di tapak permulaan mendaki Tembok Besar



 Menuruni Tembok, part ni jalan dah rata dah, bukan lagi bertangga


Suasana sekeliling 

Alhamdulillah selesai satu tujuan yang sangat bermakna di sini. Teringin juga nak naik lagi jauh tapi apakan daya, dalam keadaan suhu yang teramat sejuk, tangganya memang sangat curam, nak naik boleh lagi, tapi tang nak turun tu memang gayat sebab terlalu curam. Harry kata dalam bulan lepas or tahun lepas sebelum kami pergi ada tourist dari Pakistan rasanya dia nak ambik-ambik gambar, undur punya undur tak tengok belakang terus terjatuh dari tangga yang memang tinggi ni. Terus terkubur jadi pahlawan kat situ gak.



Baiklah, destinasi seterusnya sebab hari dah nak petang, kami pun dalam perjalanan balik tu sempat singgah di satu lagi tempat perubatan yang saya sendiri pun tak tahu apa namanya. Di sini kami duduk dalam sebuah kelas untuk diberikan taklimat tentang produk kesihatan yang mereka buat. Apa yang menarik di sini? Tiada yang lebih menarik selain pemeriksaan kesihatan secara percuma yang diberikan dan juga 1 produk penyembuhan yang nampaknya sangat berkesan.

Pemeriksaan kesihatan yang dibuat melalui titisan iodin ke atas jari, kemudian mereka akan check pembuluh darah (iyeke? or salur darah la kot) pada jari kita dan dia boleh tengok kelancaran aliran darah kita. Kalau bagus maka baguslah. Kalau tak tu mungkin banyak kolestrol ke, dan sekaligus diorang juga dapat terangkan simptom-simptom yang kita alamai. Saya check kena gak diorang bagitau saya banyak guna bahu dan sering sengal-sengal bahu. Betul la gak sebab kita kan kerja dok mengadap PC, biasalah tu lenguh-lenguh bahu. Kemudian 1 krim tu x tahu apa namanya tapi mereka ada buat demonstrasi secara langsung. Perempuan yang explain tu dia karate besi yang dah dipanaskan, lepastu dia tunjuk pada semua orang tangan dia yang melecur, lepas dia sapu krim tu dan lebih kurang dalam 10-15 minit, kesan luka dah berkurangan. Dan setelah balik Malaysia memang beberapa orang kawan guna alhamdulillah terbukti mujarab.


Pemeriksaan kesihatan secara percuma


Krim mujarab yang saya maksudkan tu yang berwarna putih.InsyaALLAH berjaya merawat luka-luka


Inilah lambang syarikat ni. Malangnya saya tak ingat langsung apa nama tempat ni (Excited baru balik Tembok Besar)


OK sudah kepenatan berjalan. Dalam bas balik ke hotel pun kami dah tertidur-tidur dalam bas. Sampai-sampai je terus ke Restoran Salama lagi untuk makan malam. Nak gambar jugak ke? Tak payahlah..Kita makan sudah...

Malam ni rasanya macam nak tido awal lepas balik bilik tu. Tengah transfer-transfer gambar di laptop dapat pulak tengok pemandangan malam yang cukup cun dari sliding door bilik saya. Tengoklah betapa indahnya pemandangan ni :)


Malam di sekitar Crystal Internation Hotel


Bunga Api!!!!!!!!!!!


Baru je nak bancuh milo panas, tetiba pintu bilikku diketuk. 2 orang kawan itu sudah mau ajak jalan-jalan daa. Walaupun penat, tapi kitorang on je. Terus siap-siap terus keluar. Milo pun tak jadi buat. Kalau semalam kitorang keluar hotel dan jalan ke sebelah kiri, kali ni kita try jalan ke sebelah kanan pulak. Dan tau apa hasilnya?






Penjual mercun. Haha, terima kasih kerana sudi dirakamkan gambarnya


Akhirnya dapat jugak saya beli mercun dan bunga api kat sini. Korang pernah dengar tak orang cakap bunga api & mercun kat China murah? Seriously memang murah giler dan saya sangat teruja sampai beli banyak-banyak. Maklumlah kat Malaysia mahal, kat sini pulak main memang kena pada masanya. Malam ni merupakan malam ke 15 sambutan Tahun Baru Cina. Maksudnya malam ni je last dibenarkan bakar mercun. Esok dah tak boleh lagi. Tu yang kitorang pun join orang-orang tempatan main macam nak bakar satu bandar Beijing tu.

Malam waktu main tu memang sejuk tahap giler gaban punya lah. Saya sampai dah nak surrender tak boleh nak go on bakar lagi pasal tangan dan beku nak petik lighter hidupkan sumbu mercun pun x larat. Tapi dek kecekalan budak-budak ni, kitorang berjaya gak bakar semua. Malam tu memang sangat indah dan suwweetttt sangaattt sebab 360 darjah sekeliling kita orang main bunga api & mercun yang cantik-cantik. Berbaloi sangat pergi time ni.


Muka kesejukan dah tak tahan ni tapi masih nak bergambar sebab suasana yang sangat indah :)






Alhamdulillah hari ketiga ni berjalan dengan sangat lancar dan memang menyeronokkan. Memang on time lah kalau pegi time Chinese New Year ni. OK saya rasa tangguh sampai sini dulu memandangkan ni dah jadi post yang terpanjang. Penat gak taip dan korang pun mesti ada skip-skip baca kan..haha. Sambung next posting plak. Bila nak habis ni? InsyaAllah lagi 2 posting habis la kott..hehe. C ya soonnnn..


Next Post : Winter in Beijing (2012) Part 6 - Bird Nest Stadium (Olympic 2008)


You may also like

Bismillah... Sambungan Winter in Beijing (2012) Part 4 - Silk Factory & The Summer Palace... ...

1 comment:

ZaHrA PiNk said...

mana adi? dah hilang ke?