/
1 Comments


Assalamu'alaikum semua,

Allahu akbar, rasa dah bersawang betul blog saya ni pasal lama sangat tak get connected dengan internet dan ada masa2 untuk update. Alhamdulillah, panjang lagi umur ni untuk update n share tentang perkembangan terkini.

RAMADHAN KAREEM

OK baiklah, terlebih dahulu saya kira x terlalu lambat untuk ucapkan selamat menyambut dan meraikan kemuliaan Ramadhan, kita masih ada baki lebih kurang 3 minggu lebih untuk manfaatkan bulan maghfirah ni. Jadi jangan lepaskan peluang setahun sekali ni, isi dengan ibadah2 umum dan khusus, terutamanya kalau boleh jangan la ada yang terlepas tunaikan solat sunat tarawih. Walaupun sunat tapi besar fadhilatnya dan cuma boleh dilakukn dalam bulan ramadhan ni je. Tak dapat berjemaah di masjid atau surau memadailah dengan buat di rumah je.

ALBUM TERBARU - ZIKIR PARA PERINDU SYURGA





Bersempena dengan Ramadhan ni juga saya dengan rasa sukacitanya nak war-warkan sepertimana tajuk posting di atas, iaitu kemunculan album solo pertama saya yang pertama yang berkonsepkan zikir berjudul Para Perindu Syurga. Album yang menghimpunkan 9 buah trek alunan zikir yang biasa kita dengar dan ada juga yang jarang kita dengar, diiringi sentuhan muzik yang disusun oleh saya sendiri yang lebih kepada memberi semangat, dan juga di penghujung trek ke 10 iaitu trek bonus lagu Dalam Sujud Cintaku versi rakaman semula.

Album ini diterbitkan sepenuhnya oleh Neurotic Studio dan insyaALLAH akan mula diedarkan minggu hadapan (nuzul Quran 17 ramadhan@6 Ogos 2012) dengan harga pasaran RM 19.90, kalau beli direct atau order melalui Neurotic Studio harganya cuma RM 15, dan pre-order sebelum release ni sehingga Sabtu 4 Ogos 2012 harganya cuma RM 10 sahaja. Jadi kalau anda rasa2 nak dapatkan album ini dengan harga serendah RM 10, tempahan preorder sekarang, caranya emelkan NAMA, NO TELEFON, dan JUMLAH TEMPAHAN ke halim.devo@gmail.com sebelum 4 Ogos 2012. Lepastu harga dah kembali kepada normal price semula.

DALAM SUJUD CINTAKU - PERTANDINGAN REKA CIPTA LAGU

Selain itu saya juga sangat bersyukur kerana lagu yang saya muatkan sebagai bonus trek dalam album Para Perindu Syurga ini iaitu lagu Dalam Sujud Cintaku dah pun terpilih sebagai 15 finalist lagu2 yang bertanding dalam Pertandingan Cipta Lagu anjuran Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara. Kesemua lagu yang bertanding akan diputarkan melalui radio ikim.fm, dan pemenang adalah berdasarkan undian para peserta. Jadi diharapkan anda smua dapatlah support karya-karya Islamic, dan dapat la undi lagi ni ye..hehe.

Baiklah rasanya cukup dulu untuk posting kali ni. Mudah2an album Zikir Para Perindu Syurga ni akan dapat dimiliki oleh setiap orang dan yang paling manfaatnya sampai dalam setiap jiwa. Terima kasih kerana setia menunggu update2 daripada saya. Doakan saya untuk lebih masa nak update lepas2 ni. Jumpa lagi insyaALLAH. Assalaaaamu'alaikum :)


You may also like

Assalamu'alaikum semua, Allahu akbar, rasa dah bersawang betul blog saya ni pasal lama sanga...

1 comment:

Miss Nur said...

Good luck ~.~ semoga lagunya mendapat tempat di hati juri2 =)