/
1 Comments


Assalamu'alaikum semua :)

Alhamdulillah, dah lebih kurang seminggu syawal 1433H kita raikan, dan ramai dah start puasa sunat 6. Siapa2 yang belum boleh mulakannya dengan segera supaya x terlepas ganjaran pahala yang dikatakan menyamai puasa setahun.

Baiklah, gambar ni baju raya saya tahun ni yang warnanya macam kerbau, dan yang paling penting sebenarnya nak share gambar anak buah saya yang sulung, Hana Rafilah hasil perkongsian hidup kakak saya dengan suaminya :). So bila dah ada orang baru dalam family ni memang meriahla rumah sebab semua orang nak layan si Hana ni. Hana lahir tak cukup bulan iaitu 8 bulan je secara operation. Orang kata kalau lahir 7 bulan bayi masih boleh hidup, kalau 8 bulan tidak, tapi Alhamdulillah kuasa Allah Hana dah nak masuk 3 bulan pun lepas dilahirkan, dan memang perubahan fizikalnya yang masa mula2 lahir aduhai keciiiikkk sangat, takut nak dukung tp sekarang dah macam bayi normal yang lain.

Doakan Hana jadi anak yang solehah dan boleh bantu ibu bapa dan ahli keluarganya masuk syurga..Amiinnn..OK terima kasih sudi baca, ada lagi post akan update dlm masa terdekat. Assalamu'alaikum :-)


You may also like

Assalamu'alaikum semua :) Alhamdulillah, dah lebih kurang seminggu syawal 1433H kita rai...

1 comment:

qurratul aini said...

moga hana sentiasa sihat dan diberikan nikmat kecerdikan..aaamin...