/
6 Comments
Itu Cinta...




Kalau hati mula aktif. Macam-macam perasaan yang terhasil kerana pemprosesan emosi & gangguan minda terhadap sesuatu yang telah menarik perhatiannya. Kita boleh jadi lemah dan tidak bersemangat kalau cinta itu tidak memberikan perhatiannya terhadap kita. Kita boleh jadi gelisah kalau cinta itu sepi, sunyi, dan tiada khabar berita walau sengkang masanya cuma sejam dua. Kita boleh jadi cemburu dan berprasangka bila cinta lebih mengutamakan yang lain. Kita boleh jatuh tersungkur, tak mampu nak bangkit semula bila cinta itu berpaling dan bukan ditakdirkan untuk bersama kita.


Sifatnya..Cinta itu...



Bila kita merasakan dia yang paling cantik. Bila kita merasakan kehadirannya bagai ada sejambak bunga yang sedang memekar di taman hati ini. Bila kita sanggup mengorbankan masa, tenaga, dan syiling 50 sen terakhir dalam saku seluar hanya untuknya. Juga bila kita sanggup memberikan 999 alasan untuk memastikan 1 alasan bagi bersama dengannya tercapai.


Hakikatnya..Cinta itulah...



Yang menyakitkan tapi dialah juga penyembuh. Yang menuntut untuk memberi, bukan mendidik untuk meminta. Yang membuatkan kita lengkap dan sempurna :)


You may also like

Itu Cinta... Kalau hati mula aktif. Macam-macam perasaan yang terhasil kerana pemprosesan em...

6 comments:

SNS said...

:) Itulah cinta. Eh, saya suka entri ni....

Azeyra said...

nice entry...

PashaHikaru_etsuko said...

macam dah jatuh cinta jer? hehe :))

Piperz's said...

tapi saya rasa cinta kepada Allah adalah penyembuh sebenarnya..bukan pd makhluk...terutamanya yang bkn halal milik kita...insyallah janji Allah itu pasti buat umatnya..Cinta kepada Allah itulah Yang membuatkan kita lengkap dan sempurna :)

Abd Halim Ahmad said...

betul. sebab tu cinta itu hakikatnya menjadikan kita sempurna kerana cinta yang terbaik adalah bila kita semakin dekat dengan Allah :-)

Aina Iman said...

betul...saya sokong sangat...cinta Allah itu adalah cinta yang hakiki...itulah cinta abadi...yang sememangnya agung...Best entry ni...syukran sebab share:)